Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jakim kenal pasti 1,500 pengamal Syiah seluruh negara

Posted: 14 Dec 2013 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (Akidah) Jakim, Mohd Aizam Masod berkata Jakim kini menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri bagi mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang telah dikenal pasti itu.

"Walau bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghadapi masalah untuk mendakwa mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membicarakan isu fahaman Syiah pada seminar mengenai 'Akidah Ummah' anjuran bersama Jakim, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd.

Ia dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Datuk Razali Shahabudin.

Mohd Aizam berkata bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim akan mengadakan perbincaangn dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi mencari jalan untuk mengatasinya.

Beliau berkata hebahan melalui media mengenai fahaman Syiah serta pemantauan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang ketat, telah memberi kesan kepada perkembangan fahaman itu di negara ini.

Mereka kini semakin berhati-hati dalam menjalankan aktiviti mereka, katanya.

"Apa yang penting kita melakukan pemantauan dan tindakan tegas yang membuktikan kesungguhan pihak berkuasa membanteras ajaran sesat ini," katanya. - BERNAMA

Operasi penguatkuasaan PATI dilaksana secara bersepadu

Posted: 14 Dec 2013 01:19 AM PST

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU 14 Dis. - Operasi penguatkuasaan bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini akan terus dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak polis.

Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaiton Abd. Samad berkata, pihak berkuasa juga akan memperketatkan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara.

Selain itu katanya, pemberian pas lawatan dan visa kepada pelancong asing akan dilaksanakan secara lebih teliti.

"Penggunaan sistem biometrik yang mempunyai banyak ciri keselamatan juga menjadikan kawalan menjadi lebih mantap," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2013 Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 2 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jepun terus jadi rakan kongsi utama ASEAN - Najib

Posted: 13 Dec 2013 11:31 PM PST

Daripada RAMLI ABDUL KARIM

TOKYO 14 Dis. - Selepas 40 tahun menjalin hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang, ASEAN hari ini memperbaharui komitmennya untuk meletakkan Jepun secara berterusan menjadi rakan kongsi strategik utama pertubuhan 10 negara Asia Tenggara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Ulang Tahun Hubungan ASEAN-Jepun Ke-40 di Istana Akasaka di sini petang ini, Najib memberitahu, persidangan kali ini yang memperingati empat dekad hubungan kedua-dua pihak, berakhir dengan jayanya termasuk menggariskan hala tuju hubungan dengan Jepun dalam konteks rakan kongsi.

"Dalam sidang kemuncak hari ini, kita telah melihat kepada sumbangan dan peranan Jepun dalam membantu pembangunan dan kejayaan ASEAN selama 40 tahun ini.

"Sidang kemuncak ini telah menggariskan secara spesifik bentuk kerjasama, hubungan dan perkongsian akan datang dengan Jepun berdasarkan dua dokumen penting iaitu Kenyataan Wawasan dan Pelan Tindakan yang diluluskan hari ini," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Malaysia berpuas hati dengan hasil persidangan hari ini serta percaya hubungan ASEAN dan Jepun akan dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved