Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Monyet sertai roket Iran ke angkasa selamat mendarat di bumi

Posted: 14 Dec 2013 09:37 AM PST

TEHERAN 15 Dis. - Seekor monyet yang diberi nama Fargam selamat mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan Iran.

Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.

Januari lalu, Iran dikatakan berjaya membawa pulang monyet yang dinamakan Pishgam ke bumi dari orbit, namun eksperimen itu dipertikaikan apabila seekor monyet berlainan ditunjukkan kepada media selepas pendaratan itu.

Program angkasa Iran mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara Barat kerana ditakuti Teheran cuba menguasai teknologi yang diperlukan untuk melancarkan senjata nuklear. - AFP

Pungutan suara pindaan Perlembagaan Mesir tahun depan.

Posted: 14 Dec 2013 09:35 AM PST

KAHERAH 15 Dis. - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour berkata, pungutan suara bagi pindaan perlembagaan negara itu akan diadakan pada 14 dan 15 Januari depan, dengan beliau turut menyeru rakyat menyokongnya dengan memberi undi 'Ya' untuk mengubah hala tuju negara tersebut.

Adly berkata, draf perlembagaan berkenaan akan membuatkan 'rakyat Mesir berasa bangga' kerana ia mempunyai komponen penting bagi mendirikan sebuah negara demokratik yang moden.

"Undi kepada pindaan perlembagaan tersebut turut akan membuka jalan kepada berlangsungnya pilihan raya," kata Adly.

Draf baharu itu merupakan langkah pertama yang diambil oleh kerajaan sementara bagi melakukan perubahan politik selepas kepimpinan tentera berjaya menggulingkan bekas Presiden Mohammed Mursi. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved