Selasa, 15 April 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu bas ekspres positif dadah

Posted: 15 Apr 2014 08:07 PM PDT

BENTONG 16 April - Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 11, Jalan Bentong - Raub didapati positif dadah.

Sehubungan itu Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, pemandu bas yang berasal dari Kelantan itu akan dituduh mengikut Seksyen 15 (1) ( a ) Akta Dadah Berbahaya.

"Pemandu akan ditahan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan untuk siasatan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE

Suspek tembak polis, warga asing

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

SHAH ALAM 15 April - Suspek yang menembak dua anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandan Indah pada Jumaat lalu, dipercayai warga asing.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, pengesahan itu berdasarkan tiada persamaan daripada 18 kesan cap jari pada motosikal, topi keledar dan beberapa barang peribadi milik suspek dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, polis juga tidak menolak kemungkinan suspek merupakan anggota kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu lambang harimau pada bahagian belakang badannya.

Bagi warga asing, rekod pengenalan termasuk cap jari tidak disimpan dalam pangkalan data JPN. Oleh itu, kita membuat tanggapan bahawa suspek merupakan warga asing.

Kita juga sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu pada bahagian belakang tubuh suspek tetapi saya enggan mendedahkan lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pengambilan konstabel berketurunan Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Foochow Malaysia, Datuk Seri Tan Chia Lai; Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah ditembak di bahagian perut oleh seorang daripada dua suspek ketika mangsa dan seorang lagi rakan setugasnya cuba menahan mereka.

Rakan setugas mangsa turut terkena tembakan tetapi hanya cedera ringan.

Mohd. Shukri seterusnya memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat dengan petunjuk-petunjuk yang ada.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved