Selasa, 15 April 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Empower ECER setiap daerah

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 15 April - Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan pelaksanaan Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada setiap daerah di seluruh negeri bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program yang telah dimulakan sejak 2010 itu melibatkan daerah Bentong, Temerloh, Raub, Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, Maran, Rompin dan Pekan.

Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar yang terlibat dan program ini. Tahniah kepada ECER yang berjaya membantu pelajar meningkatkan pembelajaran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Kecemerlangan Pelajar Empower ECER Mahkota di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Adnan berkata, secara keseluruhan Program Empower ECER itu telah mencatatkan rekod 100 peratus lulus dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Mengenai Program Empower Mahkota, beliau berkata, kerajaan negeri menghargai kerjasama antara UMP dan ECERDC yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Ini adalah situasi menang-menang antara kedua-dua pihak dan daripada apa yang saya lihat pada hari ini, rakyatlah yang mendapat manfaat terbesar.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UMP mempunyai kedudukan yang baik untuk menggunakan sumber akademik bagi melaksanakan program ini," katanya.

Majlis sama turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara ECERDC dan UMP bagi memperluaskan program berkenaan ke lima sekolah di Pekan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh, SK Seri Maulana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mahmud, SMK Pekan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Hua.

Dengan perjanjian itu, jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam Program Empower Mahkota pada tahun ini adalah seramai 2,057 orang.

528 minyak enjin tiruan dirampas

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

KUANTAN 15 April - Taktik sekumpulan individu menyewakan sebuah rumah di Taman Tunas Jaya, Jalan Semambu-Air Putih di sini untuk dijadikan stor simpanan minyak enjin tiruan terbongkar apabila kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Hasil intipan selama sebulan, rumah dua tingkat yang disewa sejak dua bulan lalu itu akhirnya diserbu dan sebanyak 528 botol minyak jenama Daytona yang disyaki tiruan bernilai RM45,426, dirampas.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Abdul Kadir Aljailani Mohd. Sharriff berkata, serbuan pada pukul 10 pagi itu turut menahan dua lelaki yang dipercayai penyewa rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati rumah berkenaan dijadikan stor penyimpanan kerana minyak tiruan tersebut diproses di tempat lain," katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Kadir, pihaknya memperoleh maklumat berkaitan penjualan minyak enjin tiruan tersebut selepas mendapat aduan daripada pemilik Daytona.

Kita akan meneruskan siasatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika didapati bersalah akan didenda sebanyak RM10,000 bagi seunit untuk individu atau syarikat RM50,000 bagi seunit," katanya.

Laksana program libatkan jiran tetangga

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

RAUB 15 April - Setiap kawasan perumahan perlu melaksanakan program yang melibatkan jiran tetangga supaya dapat menyuburkan budaya kemasyarakatan dalam kalangan mereka.

Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, jiran tetangga juga perlu mengamalkan sikap saling menghormati agar tidak wujud persekitaran tidak menyenangkan.

Antaranya menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing seperti membuang sampah-sarap di tempat yang dikhususkan untuk mengelakkan bau yang boleh mengganggu jiran tetangga.

Selain itu, jika memelihara haiwan, uruskannya dengan baik seperti menyediakan tempat yang betul supaya tidak mengganggu jiran," katanya di sini semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved