Selasa, 15 April 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kecoh di Stadium Perak

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

SEORANG lelaki melihat salah sebuah bas pasukan JDT yang disembur dengan cat di kawasan letak kereta sebuah hotel di Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH - Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Taazim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dicemari dengan insiden kekecohan penyokong yang bermula dari tempat duduk penyokong pasukan lawan.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya menghalang insiden tersebut menjadi lebih buruk manakala kira-kira 250 penyokong JDT lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri.

Setakat pukul 11.30 malam semalam, penyokong pasukan lawan masih berada di padang dan tidak keluar dari stadium atas faktor keselamatan.

Sekurang-kurangnya tiga penyokong ditahan oleh pihak polis dan dalam masa yang sama penyokong tuan rumah turut membakar suar serta membaling mercun selepas perlawanan tamat.

Jurugambar dari Kumpulan NST, Supian Ahmad pula mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan akibat terkena batu bata yang dibaling ketika cuba merakam gambar kekecohan dari tempat duduk penyokong JDT.

Dia yang terus rebah selepas terkena balingan tersebut segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, di sebelah pagi kontroversi sudah tercetus apabila dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan diconteng di bahagian sisi dengan ayat This Ipoh dengan cat kuning ketika diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima tiga laporan berkenaan insiden bas diconteng itu yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam dekat sini.

Katanya, laporan berkenaan masing-masing melibatkan semburan cat pada dua buah bas dan sebuah kereta jenis Toyota Hilux milik pasukan JDT yang dibuat oleh pihak pengurusa pasukan berkenaan.

Kejadian itu disedari pihak berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi," katanya.

Selangor bawa misi wajib menang

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Hanya kemenangan sahaja yang akan membantu Selangor untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala AFC apabila mereka menentang Arema Indonesia dalam perlawanan kelima Kumpulan F di Stadium Kanjuruhan, Malang hari ini.

Kekalahan akan menutup terus ruang buat Red Giants, sementara keputusan seri bermakna mereka terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir antara Arema dan Hanoi T&T, selain wajib mengalahkan kelab dari Maldives, Maziya SR&C di Stadium Shah Alam pada 23 April nanti.

Menurut jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, walaupun pemainnya amat kepenatan kerana terpaksa bermain 10 perlawanan dalam tempoh 29 hari, beliau meniupkan cabaran kepada anak-anak buahnya untuk mengejutkan Arema di laman sendiri.

Memang situasi kami ketika ini sangat sukar. Kami perlu menang dalam perlawanan esok (hari ini) dan tiada cara lain jika kami mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Situasi memang sukar kerana enam daripada 10 perlawanan terakhir kami adalah di tempat lawan. Saya akui kami terpaksa bekerja keras esok, apatah lagi Arema memang sebuah pasukan yang bagus.

Kemungkinan saya juga terpaksa melupakan khidmat Andik Vermansah, namun semuanya bergantung kepada latihan terakhir petang ini (semalam) dan dari situ saya akan buat keputusan," katanya pada sidang akhbar di Malang, Indonesia semalam.

Sementara itu, ketua pasukan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar bersedia menghadapi tekanan daripada penyokong lawan yang dijangka mengganggu rentak mereka setiap kali menguasai bola pada perlawanan hari ini.

Memang semua orang tahu begitu dahsyat penyokong Arema tetapi saya dan rakan sepasukan akan menguatkan mental bagi menghadapi permainan esok.

Apa yang mustahak, kami semua kena fokus kepada permainan kerana misi kami di sini adalah mahu mendapatkan tiga mata dan mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya," katanya.

Selangor yang memungut lima mata selepas empat perlawanan berada dalam momentum terbaik selepas mengalahkan pendahulu kumpulan, Hanoi T&T 3-1 di Stadium Shah Alam pada 1 April lalu.

Jika berjaya mengalahkan Arema, Selangor mampu memintas kelab Indonesia itu dengan kelebihan satu mata sebelum berdepan kelab yang berada di tangga tercorot kumpulan, Maziya SR&C.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved