Isnin, 22 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


1,000 warga emas teris bantuan cermin mata sumbangan 1MDB

Posted: 22 Apr 2013 03:00 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 22 April - Seramai 1,000 warga emas di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa menerima bantuan cermin mata percuma sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kesemua warga emas terbabit diberikan bantuan tersebut selepas melalui program Pemeriksaan mata yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dekat sini hari ini dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Kelantan, Zarina Md. Eusope berkata, program itu adalah satu usaha membantu masyarakat di sini terutama melibatkan warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak sekolah.

Menurut beliau, program itu melibatkan seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun fahaman politik kerana menjaga kebajikan rakyat adalah tanggungjawab semua pihak.

"Mereka akan memilih sendiri jenis cermin mata yang diingini dan selepas pemeriksaan mata dibuat, mereka akan mendapat cermin mata tersebut secara percuma selepas tiga minggu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: ATM perketat kawasan sempadan Kelantan-Thailand

Posted: 22 Apr 2013 02:05 AM PDT

KOTA BHARU 22 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan sempadan Kelantan dan Thailand sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Panglima Lapan Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Zaki Hamzah berkata, langkah tersebut bagi memastikan kawasan sempadan berada pada tahap terbaik sepanjang tempoh berkenaan.

Justeru katanya, rakyat di negeri ini tidak perlu risau kerana keadaan kawalan sempadan yang dibuat oleh anggota di bawah naungan Lapan Briged berada pada tahap terbaik.

"Anggota tentera bertugas di bawah Ops Merpati dan Ops Wawasan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

"Selain itu, kerjasama tentera antara dengan agensi penguatkuasaan yang lain sentiasa erat bagi memastikan kawalan sempadan sentiasa ketat dan bebas daripada sebarang anasir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemakaian pangkat anggotanya mengikut tempoh perkhidmatan dari Prebet kepada Lans Koperal dan Lans Koperal kepada Koperal di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Sinchuan

Posted: 22 Apr 2013 12:06 AM PDT

PUTRAJAYA 22 April - Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di wilayah Sinchuan, China Sabtu lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kementerian itu akan terus memantau situasi terkini di kawasan yang terlibat dan menyarankan agar semua rakyat Malaysia di wilayah tersebut agar menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming.

Katanya, mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral, Mohd. Nasri Abd. Rahman di Unit 403, tingkat 4, Floor Tower B, South Asia Top City Bulding, Dianchi Road, Kunming atau menghubungi talian 868713165088 atau melayari

www.kln.gov.my. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved