Rabu, 30 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pelajar UTM selami hidup OKU

Posted:

Pelajar UTM selami hidup OKU

Pelajar UTM selami hidup OKU

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian pelajar UTM bergambar bersama kanak-kanak kurang upaya pada program Nur Kasih 2011 di Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 29 Nov. – Seramai 53 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Kolej Tun Hussein Onn menabur bakti selama dua hari di Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa di sini baru-baru ini.

Pengarah program, Mohammad Amar Masuri berkata, program Nur Kasih 2011 dirangka bagi mempelajari dan meningkatkan pengetahuan penuntut institusi pengajian tinggi mengenai kehidupan golongan kelainan upaya.

Selain memupuk ikatan silaturahim, katanya, program tersebut juga bertujuan melahirkan penuntut yang berketerampilan tinggi dengan memiliki sahsiah terpuji dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.

"Ia merupakan program kebajikan untuk membantu insan-insan kurang bernasib baik di muka bumi. Sekurang-kurangnya mereka akan berasa dihargai dan disayangi oleh orang sekeliling.

"Program dua hari tersebut turut melibatkan 39 penghuni rumah kebajikan tersebut di mana mereka diajak untuk menyertai program gotong- royong, bermain lego, melukis muka dan menanam pokok," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad.

Tambah Mohammad Amar, kesimpulan daripada program tersebut, peserta mengetahui golongan kurang upaya khususnya yang berada di rumah kebajikan tersebut memerlukan bimbingan untuk berdikari.

"Selama ini kita beranggapan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian namun sebenarnya golongan tersebut memerlukan bimbingan atau pengajaran untuk berdikari terutama dalam menguruskan keperluan diri," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

UTHM jadi IPT pertama tubuh Briged Relasis

Posted:

UTHM jadi IPT pertama tubuh Briged Relasis

UTHM jadi IPT pertama tubuh Briged Relasis


HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) menyempurnakan simbolik pelancaran buku mengenai Panduan Briged Relasis di UTHM, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 29 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diberi kepercayaan oleh Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama menubuhkan Briged Rela Siswa Siswi (Relasis).

Seiring penubuhan briged itu, UTHM dengan kerjasama Rela telah mereka bentuk dan menyediakan buku mengenai Panduan Briged Relasis IPT sebagai rujukan dalam melaksanakan penubuhan Relasis di IPT lain di seluruh negara.

Tambah membanggakan, buku panduan itu telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis Penganugerahan Pangkat Pegawai Kehormat Rela UTHM di kampus universiti itu di sini baru-baru ini.

Hishammuddin dalam ucapannya pada majlis itu menyeru golongan belia agar membuka minda mereka untuk turut sama menjadi anggota beruniform bagi membangkitkan lagi kesedaran mereka dalam usaha mempertahankan negara.

"Relasis adalah salah satu daripadanya. Dengan menyertai badan beruniform ini, golongan belia yang terdiri daripada kepelbagaian majmuk dapat 'diikat' menjadi satu kumpulan yang kuat demi kestabilan negara," katanya.

Sementara itu Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, walaupun penubuhan Relasis masih di peringkat awal, jumlah pelajar yang berminat menyertainya amat membanggakan.

"Setakat ini Relasis UTHM mempunyai seramai 344 anggota dan jumlah pengambilan tersebut akan bertambah lagi selaras dengan pertambahan pelajar dari masa ke semasa," katanya.

Mohd. Noh berkata, walaupun Relasis dianggotai penuntut universiti, UTHM turut melantik 23 staf akademik dan bukan akademik sebagai Pegawai Kehormat Rela Universiti yang akan bertindak sebagai mentor.

Beliau berharap penyertaan dalam pasukan beruniform seperti Relasis akan dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai disiplin tinggi, bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keamanan negara selain mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved