Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tiga generasi kebaya

Posted:

Tiga generasi kebaya

Tiga generasi kebaya

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar JEFFRI IRAN


Sulaman kerawang menjadi identiti penting dalam kebaya nyonya.


YU Lin memang tidak perlu susah payah memikirkan apa perniagaan yang sesuai dengan dirinya kerana dua generasi dalam keluarganya terlibat dalam dunia sulam dan jahitan kebaya Nyonya.

Tugas Yu Lin, dia hanya perlu memantapkan lagi 'asas' yang telah dimulakan oleh neneknya sejak lebih 50 tahun dahulu.

Perniagaan keluarga yang bermula di sebuah perkampungan kecil di Alor Setar, Kedah itu, memang cukup membuktikan bahawa semangat 1 Malaysia telah lama wujud.

"Asalnya, nenek saya membuka sebuah kelas sulaman kebaya nyonya. Kelasnya disertai ramai penduduk kampung terutamanya wanita yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India," ujar Yu Lin yang ditemui ketika majlis pertunjukkan fesyen The Blue Kebaya bertempat di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk memupuk minat bukanlah satu isu bagi Yu Lin kerana darah menjahit memang diperturunkan daripada nenek, kepada ibunya, Lean Ong dan seterusnya kepada dirinya.

Justeru seiring dengan zaman, Yu Lin melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen semata-mata untuk mendapatkan tauliah dalam industri tersebut.

Label Ang Eng, yang dimulakan oleh nenek Yu Lin terus menjadi jenama yang kini bukan saja dikenali di bandar Alor Setar, malah ke seluruh dunia.

Kini Yu Lin dan dua generasi sebelumnya memang boleh berbangga, kerana Ang Eng mempunyai butik eksklusif sendiri di pusat membeli belah Suria KLCC dan juga di The Great Eastern Mall.

Ketika ditanya apakah kepuasan dalam perniagaan tradisional itu, Yu Lin berkata, ia terletak kepada nilai sentimental kebaya Nyonya itu sendiri.

"Ang Eng menghasilkan kebaya Nyonya yang tidak akan sesekali mengabaikan ciri keaslian menerusi potongan, sulaman dan padanan sarungnya.

"Inilah yang mendokong kekuatan jenama ini hingga ke hari ini. Ciri klasik kebaya Nyonya Ang Eng boleh dilihat dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

"Paling istimewa ialah sulaman kebaya Ang Eng yang sentiasa kreatif. Sulaman memang satu elemen yang sangat penting kerana ia akan memberikan refleksi sebenar pada kain sarung sekali gus membuatkan penampilan keseluruhan kebaya menyerlah," jelas Yu Lin.

Dia turut menegaskan bahawa Ang Eng tidak akan sesekali menjejaskan keaslian kebayanya kerana ia kini menjadi pilihan bukan sahaja rakyat tempatan malah pelancong asing.

"Atas dasar itulah saya tidak mahu mengubahsuai keaslian dari segi potongan dan sulaman kerana ia sememangnya indah serta mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Keindahan seninya kini dihargai oleh pelancong asing yang membeli dan memakainya ketika majlis rasmi di negara mereka. Fakta itu memang suatu yang membanggakan.

"Seperkara lagi tentang kebaya ialah ia pakaian yang amat menyerlahkan ciri kewanitaan seseorang.

"Wanita yang menggayakannya bukan saja tampak anggun, malah melambangkan kesopanan dan kekuatan budaya tempat asal mereka tidak mengira usia," ujar Yu Lin yang pernah terlibat dalam beberapa pertunjukkan fesyen sebelum ini.

Sementera itu peragaan The Blue Kebaya Showcase anjuran bersama The Weld jenama barangan kemas ternama, Rafflesia, berjaya menghimpunkan 15 pereka tempatan.

Kesemua mereka tampil bersama karya kebaya biru masing-masing yang diperagakan oleh para selebriti termasuk pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha dan ramai lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Teknik solekan lebih sempurna

Posted:

Teknik solekan lebih sempurna

Teknik solekan lebih sempurna

Oleh ZUHAYATI YAZID

TIdak ada wanita yang ingin kelihatan lebih tua dari usianya. Sebab itulah, salah satu faktor kenapa ramai menggunakan pelbagai produk kecantikan demi merawat wajah supaya sentiasa kelihatan awet muda.

Teknik solekan atau merias wajah yang betul juga memainkan peranan untuk penampilan lebih muda dan berseri.

Jurusolek antarabangsa yang mewakili jenama Laura Mercier, Michelle Draper, berkata, ramai berpendapat solekan terang akan membuatkan wajah kelihatan seperti badut dan nampak dewasa daripada usia sebenar.

Hakikatnya wanita tidak perlu berasa ragu-ragu menata rias terutama dengan berwarna terang.

Katanya, untuk mendapatkan hasil solekan yang menarik, haruslah menggunakannya dengan kaedah yang betul.

"Misalnya, untuk kening yang cantik gunakan maskara untuk kening. Manakala pembayang mata berwarna terang seperti biru, hijau, ungu dan merah jambu boleh menyerlahkan keanggunan.

"Jika takut solekan tampak tebal, anda boleh merias wajah dengan solekan yang lembut," katanya pada sesi demonstrasi solekan anjuran Laura Mercier di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun menurut Draper, sebelum menyapu pembayang mata pastikan dilakukan solekan asas seperti menyapu pelembap, krim asas, bedak tabur dan bedak asas.

Dengan solekan asas, wajah akan nampak sempurna dan proses solekan jadi lebih mudah.

Katanya, krim asas berbentuk cecair adalah pilihan tepat untuk wanita muda.

Teksturnya yang lembut sesuai dengan kulit remaja yang muda dan tegang.

Selepas selesai solekan asas, barulah ke peringkat mewarnakan kelopak mata.

"Sekiranya, warna biru menjadi pilihan, sapukan pembayang mata di sekitar kelopak mata. Jika ingin kelihatan lebih menarik, gunakan pembayang mata biru yang berkilat.

"Kemudian, barulah ratakan pembayang mata dengan menggunakan berus khas untuk teknik merata.

"Disebabkan warna biru merupakan warna terang, jadi untuk bahagian pipi dan bibir, oleskan warna lembut dan pastel,'' ujarnya.

Bukan itu sahaja, sekiranya inginkan solekan yang lebih urban, boleh gabungkan dua warna pembayang mata yang sesuai.

"Pembayang mata berwarna hijau juga mampu menyerlahkan solekan. Ia juga sesuai digayakan oleh wanita yang berkulit gelap dan cerah.

"Seelok-eloknya sapukan hijau tua di bahagian tengah kelopak mata dan seterusnya, letakkan pembayang mata rona hijau muda di hujung mata. Akhir, sekali jangan dilupakan teknik merata," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved