Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


OUM sasar 130,000 penuntut tahun 2015

Posted:

OUM sasar 130,000 penuntut tahun 2015

OUM sasar 130,000 penuntut tahun 2015

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


Mohamed Khaled Nordin memahat batu sebagai simbolik perasmian Bangunan Pusat Pembelajaran OUM di Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 26 Julai - Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menyasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 130,000 penuntut menjelang 2015.

Presiden dan Naib Canselornya, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali berkata, hingga kini lebih 100,000 orang memasuki universiti itu dengan jumlah lulusan yang berjaya dilahirkan melebihi 32,000 orang.

"Sambutan baik daripada masyarakat menunjukkan OUM adalah antara pilihan utama golongan yang ingin belajar sambil bekerja.

"OUM juga telah membelanjakan hampir RM100 juta untuk membeli dan mengubah suai pusat-pusat pembelajaran di seluruh negara bagi kemudahan para penuntutnya," katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Pusat Pembelajaran OUM di sini baru-baru ini.

Perasmian Bangunan Pusat Pembelajaran OUM itu disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Anuwar berkata, pusat pembelajaran OUM di daerah itu memenangi anugerah reka bentuk terbaik daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia pada 2007 dan ia adalah antara 18 pusat pembelajaran yang beroperasi di bangunan milik OUM.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, langkah OUM menyediakan infrastruktur dan program akademik berkualiti amat bertepatan bagi membolehkan universiti itu memberi khidmat terbaik kepada penuntutnya.

"Hakikatnya, dengan adanya bangunan sendiri, OUM boleh mempertingkatkan lagi usaha dalam menyediakan program-program berkualiti kepada rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

1,109 pegawai kadet Palapes UTHM turun berkhidmat di kampung

Posted:

1,109 pegawai kadet Palapes UTHM turun berkhidmat di kampung

1,109 pegawai kadet Palapes UTHM turun berkhidmat di kampung


PEGAWAi kadet PALAPES membersihkan kawasan tanah perkuburan di Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 26 Julai - Seramai 1,109 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) melakukan khidmat masyarakat di daerah ini dan Kluang, baru-baru ini.

Mereka dari 14 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu program Jiwa Murni di, 11 kawasan terutamanya di kampung-kampung berdekatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Antara khidmat masyarakat yang dilaksanakan adalah membersihkan kawasan perkuburan, mengecat surau dan batu nisan, menanam pokok dan bergotong-royong menyediakan juadah untuk aktiviti itu.

Ia dilakukan di kawasan Parit Raja Darat, Parit Nipah, Kampung Sri Paya, Bukit Kuari, Parit Karjo, Kampung Baru, Parit Salleh Ros, Sri Lalang, Batu 9 Kampung Melayu, Felda Ayer Hitam dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja.

Timbalan Pengerusi PDK DUN Parit Raja, Salleh Pandak berkata, program itu dapat memberi peluang kepada pegawai kadet Palapes untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat demi kepentingan bersama.

"Saya juga merasakan program ini dapat memberikan motivasi kepada penghuni PDK dan menguatkan semangat mereka untuk berjaya," katanya yang juga Penghulu Mukim 8, Sri Gading.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK) Sri Lalang, Zulkefli Kantan terharu dengan khidmat yang diberikan pegawai kadet terbabit dan berharap program itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyumbangkan pokok-pokok untuk ditanam bagi mengindahkan lagi tempat kami ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved