Khamis, 6 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kejar insentif bukan punca

Posted:

Kejar insentif bukan punca

Kejar insentif bukan punca


Muhyiddin Yassin diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Hartamas, Rosimawati Saad (kanan) meninjau suasana peperiksaan PMR di sekolah berkenaan, semalam. – utusan/Muhamad Iqbal Rosli


KUALA LUMPUR 5 Okt. _ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kejadian beberapa murid dihalang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpunca daripada pihak sekolah terlalu mengejar insentif sekolah berprestasi tinggi.

Menurut beliau, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kejadian yang berlaku kepada beberapa murid di sebuah sekolah di Sarawak dan Baling, Kedah itu merupakan kes terpencil.

Bagaimanapun, Muhyiddin mahu kejadian tersebut dijadikan iktibar dan berharap ia tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Yang penting adalah kesedaran. Jangan sebab hendak mengejar kecemerlangan, kita ketepikan hak pelajar atau abaikan peluang untuk mereka menduduki peperiksaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas dekat sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sempat meninjau 262 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah tersebut menjawab soalan ujian Bahasa Inggeris Kertas 1.

Muhyiddin berkata, kejadian yang berlaku itu juga bukanlah gambaran bahawa sistem pendidikan negara tidak betul.

Bagaimanapun beliau menegaskan Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan penting.

"Kita kini sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung kes berkenaan tetapi kalau disebabkan oleh para pelajar sendiri yang tidak mahu mengambil peperiksaan, kita akan kaji.

''Mungkin bukan salah guru, jadi tak perlu ambil tindakan," katanya.

Program pemutihan 6P bermula Isnin ini

Posted:

Program pemutihan 6P bermula Isnin ini

Program pemutihan 6P bermula Isnin ini

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses pemutihan Program 6P melibatkan pekerja asing dan pendatang tanpa izin akan bermula Isnin ini dengan majikan degil akan menjadi buruan utama.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak ada pengampunan akan diberikan kerana kerajaan sudah menyediakan peluang yang mencukupi kepada mereka untuk mendaftar dengan sistem biometrik.

Menurutnya, sehingga hari ini seramai 2,320,034 pendatang asing telah berdaftar dengan 1,016, 906 adalah pendatang yang sah, manakala 1,303, 126 (977, 140 lelaki dan 325,986 perempuan) adalah pendatang haram.

Jelasnya, program pemutihan itu akan dibuat seiring dengan proses penguatkuasaan dan majikan degil akan dihadap ke mahkamah sebelum tindakan sama diambil ke atas pekerja asing dan pendatang tanpa izin.

"Kita tidak boleh benarkan lagi mereka ini. Langkah penting ialah tindakan tegas ke atas majikan dan kemudian pekerja. Kita juga akan mengambil tindakan tegas mengikut sektor dan ia akan dibuat dalam masa terdekat.

"Kerajaan sudah menawarkan peluang tetapi masih ramai yang tidak menyambut tawaran tersebut," katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, di Parlimen, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, daripada lebih dua juta pendatang asing yang berdaftar dengan sistem biometrik di bawah Program 6P, seramai 50,000 dikenal pasti berkerja di sektor yang tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan semua 50,000 pekerja itu akan diserap ke lima sektor yang dibenarkan iaitu perkilangan; peladangan; pertanian; pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

"Proses ini akan mengambil masa. Kita akan tengok kekosongan dalam lima sektor berkenaan dan semua mereka akan diagih-agih mengikut permohonan daripada syarikat yang terbabit dalam sektor tersebut," katanya.

PIBG aktif bantu kecemerlangan sekolah diiktiraf

Posted:

PIBG aktif bantu kecemerlangan sekolah diiktiraf

PIBG aktif bantu kecemerlangan sekolah diiktiraf

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah akan diberikan pengiktirafan mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengiktirafan tersebut wajar kerana kerjasama erat antara sekolah serta PIBG mampu membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah berkenaan.

Sesetengahnya hubungan begini (antara sekolah dan PIBG) membantu (kecemerlangan). Tetapi, di sesetengah sekolah, PIBG tidak begitu aktif berperanan, jadi pencapaian (sekolah) pun menurun.

"Jadi saya hendak iktiraf sumbangan pimpinan ibu bapa di sekolah-sekolah," katanya selepas melawat SMK Seri Hartamas dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Seri Hartamas, Rosnimawati Saad dan Yang Dipertua PIBG SMK Seri Hartamas, Salmah Abu Bakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bentuk pengiktirafan yang akan diberikan itu akan ditentukan kemudian.

Beliau memuji langkah PIBG SMK Seri Hartamas yang berjaya membantu mengekalkan prestasi sekolah itu antara sekolah harian terbaik Wilayah Persekutuan bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Salah satu faktor yang saya dapati adalah kerjasama antara PIBG dengan sekolah. Di sini, pengetua dan Yang Dipertua PIBG bekerja rapat.

"Ini satu contoh kepimpinan ibu bapa yang membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved