Khamis, 6 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


125 bebas Perintah Kediaman Terhad

Posted:

125 bebas Perintah Kediaman Terhad

125 bebas Perintah Kediaman Terhad

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak turun daripada Buggy sebelum beliau membentangkan usul pada sidang Dewan Rakyat di dewan sementara Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad serta merta ekoran pemansuhan Akta Perintah Kediaman Terhad 1933 (Akta 377) yang kini dibentangkan di Dewan Rakyat.

Serentak dengan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan serta merta lebih 200 waran yang belum diserahkan kepada individu terlibat.

"Saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini bagi memulakan proses mengotakan janji kerajaan. Hakikatnya, amat jarang di dunia bagi sebuah kerajaan yang sedang berkuasa untuk secara sukarela memudarkan kuasa yang dimiliki.

"Kerajaan ini insaf bahawa amanah untuk mengurus tadbir negara tercinta perlu diasaskan kepada kerelaan serta kepercayaan rakyat terbanyak dan bukannya atas dasar kuasa yang mampu menggusarkan," kata Perdana Menteri ketika membentangkan akta itu di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua hari ini.

Hakikatnya, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mengimpi pada suatu kuasa yang mutlak atau sekalipun tampak mutlak kerana ia bertentangan dengan citra hidup demokratik

"Sesungguhnya kuasa, adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan memansuhkan akta itu adalah disebabkan ia sudah lapuk, ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berlandaskan kepada dua faktor utama.

Faktor pertama katanya, prinsip demokrasi dan keadilan iaitu Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi semenjak mencapai kemerdekaan dengan berasaskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"(Oleh itu) Sejajar dengan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang telah berlaku hasil daripada perancangan rapi serta pelaksanaan berkesan kerajaan semenjak lebih lima dekad lalu maka sudah tiba masanya untuk kita akur dengan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi yang telah berubah.

"Kontemporari menuntut kita untuk mengkaji semula undang-undang serta amalan yang tidak selaras dengan prinsip asas demokrasi dan keadilan," ujarnya.

Apa yang jelas beliau berkata, tindakan terhadap pelaku jenayah hendaklah diambil di bawah undang-undang sedia ada dengan mematuhi prinsip bahawa sebarang hukuman perlu berdasarkan sabitan oleh mahkamah selepas mengambil kira segala bukti, sesuai dengan prinsip universal.

"Di samping itu, ia juga seiring dengan semangat maqasid syariah dan prinsip usul fiqh "bahawa perkara yang yakin itu tidak akan diselindungi yang syak". Di sudut lain, maxim perundangan common law menyebut "It is better that ten guilty men go free than that one innocent men to be convicted."," ujarnya.

Najib berkata, faktor kedua yang diambil kira dalam pemansuhan akta tersebut ialah kemajuan teknologi dan maklumat.

"Sebagai contohnya, jika dahulu, individu menjalani perintah kediaman terhad diasingkan dan dipindahkan ke kawasan terpencil. Hari ini, dengan kemajuan prasarana fizikal, sistem pengangkutan dan proses urbanisasi, hampir dua pertiga Malaysia sudah menjadi kawasan bandar. Sebahagian besar ceruk dan pelosok negara sudah boleh dihubungi," ujarnya.

Perdana Menteri ketika membentangkan rang undang-undang tersebut turut menyelar pihak pembangkang apabila mereka mendakwa keputusan kerajaan itu adalah hasil daripada cadangan daripada mereka.

"Walhal, tiada siapa pun yang mempengaruhi kita, tiada siapa pun yang mendesak kita. Kerajaan membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikkan.

"Ujiannya, sama ada kita mengotakan janji atau tidak, pihak lain boleh saja tanpa segan silu atau semberono mengaku bahawa ini adalah idea atau pandangan mereka. Sedangkan mereka bukanlah kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat untuk menunaikan apa yang dijanjikan," katanya.

Mansuh Akta Buang Negeri 1959 kerana tidak relevan

Posted:

Mansuh Akta Buang Negeri 1959 kerana tidak relevan

Mansuh Akta Buang Negeri 1959 kerana tidak relevan

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 adalah wajar kerana ia tidak lagi relevan untuk dilaksanakan pada masa sekarang apatah lagi akta tersebut tidak lagi digunakan sejak 34 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu pemansuhan itu juga akan memperkemaskan lagi sistem perundangan negara apabila peruntukan penahanan dan pemulangan warga asing yang termaktub di dalam akta berkenaan turut terdapat di dalam Akta Imigresen 1959/63.

Pemansuhan itu kata Najib, turut disifatkan sebagai aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran berasaskan sistem perundangan yang lebih adil dengan mendukung prinsip-prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan.

''Seperti yang ramai maklum, Akta Buang Negeri 1959 telah tidak digunakan sejak 34 tahun yang lalu. Dengan merujuk rekod yang ada kali terakhir ia digunakan ialah pada tahun 1977 di dalam kes Menteri Dalam Negeri lawan Chu Choon Yong dan Anor.

''Ternyata selepas daripada kes tersebut dan sehingga kini akta ini tidak pernah digunakan lagi. Bertolak dari situ juga, semua kes penahanan warganegara asing kini dikendalikan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 1955) walaupun peruntukan sama turut terkandung dalam Akta Buang Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, di dalam Akta Imigresen 1959/63, ia mempunyai peruntukan untuk memindahkan seseorang yang bukan warganegara sebagaimana terkandung di bawah Akta Buang Negeri melalui peruntukan subseksyen 33(1), 32 dan subseksyen 56(2).

''Di dalam subseksyen 33(1) Akta Buang Negeri ada memperuntukkan tentang pemindahan orang yang berada di Malaysia secara tidak sah, seksyen 32 memperuntukkan tentang pemindahan pendatang tanpa izin daripada Malaysia.

''Subseksyen 56(2) pula memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan di mana seorang yang bukan warganegara secara menyalahi undang-undang cuba memasuki semula ke Malaysia.

''Maka pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 adalah wajar oleh sebab ia tidak lagi relevan di samping dapat memperkemaskan lagi sistem perundangan negara," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, meskipun Akta Buang Negeri dimansuhkan, masih terdapat mekanisme perundangan lain yang berupaya menangani perkara-perkara yang dihasrat dilindungi di bawah akta berkenaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

''Kerajaan akan terus memastikan bahawa keselamatan negara serta ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara terus dikekalkan,'' ujarnya.

Najib berkata, rang undang-undang pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 yang dibentangkan hari ini tidak akan menjejaskan apa-apa waran, perintah, arahan atau surat cara lain yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri sebelum tarikh permulaan kuat kuasanya.

''Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 itu juga tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan," kata Perdana Menteri.

Tahanan dibebas selewat-lewatnya hari ini - Hishammuddin

Posted:

Tahanan dibebas selewat-lewatnya hari ini - Hishammuddin

Tahanan dibebas selewat-lewatnya hari ini - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Semua 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad dijangka dibebaskan selewat-lewatnya esok, selepas segala dokumentasi mengenainya diselesaikan oleh ketua polis daerah di mana mereka ditahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, arahan mengenai pembebasan semua tahanan sudah ditandatangan dan polis akan melaksanakan tugas tersebut sebaik mungkin.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai tidak terjejas dengan keputusan kerajaan membebaskan individu berkenaan kerana segala langkah perlu sudah dan sedang diambil oleh polis.

"Saya jangka paling awal semua mereka akan dibebaskan esok, tetapi paling penting kita memberi keutamaan kepada soal keselamatan orang ramai.

"Kita memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai terjamin dan begitu juga soal keselamatan semasa pembebasan tahanan tersebut dibuat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang Dewan Rakyat hari ini mengumumkan pembebasan 125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad 1933, berkuatkuasa serta merta ekoran pemansuhan akta tersebut.

Selain daripada pembebasan 125 tahanan berkenaan, Kementerian Dalam Negeri juga akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan kepada suspek, berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah bersedia dan mempunyai mekanisme khas untuk melaksanakan arahan tersebut dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan keresahan kepada masyarakat.

Katanya, orang ramai tidak perlu merasa bimbang dengan pembebasan 125 tahanan berkenaan kerana negara masih mempunyai banyak undang-undang lain yang boleh digunakan bagi melindungi keselamatan rakyat.

"Kita memang sudah bersedia dengan pengumuman pembebasan ini. Polis sudah bergerak dengan mekanisme tertentu sejak awal-awal lagi dan kami memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat akan sentiasa terjamin," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved