Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Belanjawan pembangkang untuk tarik undi

Posted:

Belanjawan pembangkang untuk tarik undi

Belanjawan pembangkang untuk tarik undi

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Belanjawan bayangan yang diumumkan pembangkang semalam hanya bersifat populis bertujuan meraih undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, belanjawan tersebut juga merupakan belanjawan yang meletakkan angka dan nilai besar bukan pada tempat sepatutnya.

"Ia seolah-olah mahu memberi apa sahaja secara tidak rasional dan praktikal serta tidak berdasarkan kedudukan kewangan sehingga boleh mengakibatkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

"Persoalannya, apakah tujuan sebenar pembangkang mengenai belanjawan ini? Adakah hanya untuk meraih undi sehinggakan bersedia membenarkan negara menanggung beban besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai belanjawan bayangan yang dikemukakan oleh pembangkang tiga hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini.

Tambah Sivamurugan, belanjawan pembangkang itu dilihat akan membantutkan usaha negara menjadi negara maju.

"Pengumuman awal yang dibuat juga bagi menunjukkan seolah-olah mereka lebih baik daripada kerajaan. Sepatutnya, pembangkang mendengar dahulu belanjawan yang akan diumumkan dan membahaskan jika terdapat sebarang cadangan atau bantahan.

"Rakyat diharap tidak terpedaya dengan nilai-nilai besar yang dijanjikan dalam belanjawan itu dan saya juga tidak melihat di mana kesejahteraan yang mereka katakan itu," ujarnya.

Belanjawan bayangan pembangkang helah kaburi mata rakyat

Posted:

Belanjawan bayangan pembangkang helah kaburi mata rakyat

Belanjawan bayangan pembangkang helah kaburi mata rakyat

IPOH 5 Okt. - Belanjawan bayangan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan hanya helah politik pakatan pembangkang untuk mengaburi mata rakyat demi mendapat kuasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pembangkang boleh berjanji apa sahaja kerana yang penting bagi mereka adalah untuk meraih sokongan rakyat.

"Saya lihat dia (pembangkang) bercakap apa yang dia nak kerana yang penting adalah hendak memastikan rakyat menyokongnya.

"Soalnya, dia nak penuhi (janji) selepas ini dan perlu mendapat kuasa dulu. Bila nak dilaksanakan itu soal nombor dua," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas belanjawan bayangan pakatan pembangkang sebanyak RM220 bilion yang didakwa melibatkan penjimatan sebanyak RM14 bilion berbanding peruntukan yang dibelanjakan kerajaan.

Zambry berkata, belanjawan tersebut juga adalah helah pembangkang yang mahu mendahului Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

"Apa yang dibentangkan Perdana Menteri pada Jumaat ini, mereka (pembangkang) akan kata kepada rakyat bahawa Perdana Menteri mengikut bajet mereka," katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan helah pembangkang itu kerana percaya kerajaan mengambil keputusan terbaik dalam merancang bajet yang diumumkan kelak.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved