Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penembak Noramfaizul didedah

Posted:

Penembak Noramfaizul didedah

Penembak Noramfaizul didedah


EMPAT anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Noramfaizul Mohd. Nor dikawal tentera lain di Mogadishu, Somalia. - BERNAMA


MOGADISHU 4 Okt. - Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan.

Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.

Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.

Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.

Mindanao: Peranan Malaysia nampak berhasil

Posted:

Mindanao: Peranan Malaysia nampak berhasil

Mindanao: Peranan Malaysia nampak berhasil


TUANKU Mizan Zainal Abidin dan Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama penerima-penerima pingat selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia 2011 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.


BAGAN DATOH 4 Okt. - Peranan Malaysia dalam mengetuai Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) Mindanao semakin menampakkan hasil apabila kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mula positif dalam usaha mewujudkan perdamaian di wilayah bergolak itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kedua-dua pihak belum mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara, perkembangan itu dianggap penting dalam usaha mewujudkan keamanan di Mindanao.

Dalam hubungan itu, katanya, Malaysia bersedia untuk terus memainkan peranan menerajui IMT sekiranya pelan damai gagal diwujudkan sehingga hujung tahun ini.

"Ketua MILF, Murad Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina (Benigno Aquino III) di Tokyo baru-baru ini bagi membincangkan beberapa perkara melibatkan tuntutan kedua-dua pihak.

"Walaupun beberapa perkara tidak dipersetujui kedua-kedua pihak, Malaysia selaku orang tengah dalam proses damai ini komited supaya perjanjian ini dapat dimeterai sebelum 31 Disember ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas menemui kumpulan bakal haji kawasan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Irhadiah, Batu 26, dekat sini, hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia mula melibatkan diri dalam IMT Mindanao bermula pada 9 September 2004 bagi memantau gencatan senjata serta perjanjian damai di antara kerajaan Filipina dan MILF.

Sehingga hujung tahun lalu, lima pasukan telah digerakkan mengikut giliran bagi memenuhi keperluan operasi tersebut.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah memberi kata dua dalam siri rundingan sebelum ini mengenai kuasa autonomi yang boleh diberi kepada MILF untuk mentadbir Mindanao selain peranan kerajaan Filipina untuk terus berperanan membangunkan wilayah itu.

"Sebagai orang tengah, Malaysia tidak bersikap memihak kerana ia melibatkan hal ehwal dalaman Filipina tetapi kita ada menyatakan keperluan supaya jalan perdamaian dicapai bagi memastikan kestabilan di rantau ini terus terpelihara," jelasnya.

RM2j tangani perhimpunan haram

Posted:

RM2j tangani perhimpunan haram

RM2j tangani perhimpunan haram

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membelanjakan sejumlah RM2 juta serta menugaskan 11,046 pegawai dan anggota polis bagi menjaga keselamatan di Lembah Klang sebelum dan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu termasuk 2,600 anggota yang dikerah dalam keadaan bersiap sedia di kontinjen-kontinjen di seluruh negara yang boleh dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Polis terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik lain," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Teresa ingin tahu bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai lepas serta perbelanjaan operasi menghentikan perhimpunan itu. – BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved