Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya ke majlis minum petang

Posted:

Gaya ke majlis minum petang

Gaya ke majlis minum petang

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar JEFFRI IRAN


Hiasi dengan satu kerongsang besar di dada agar penampilan lebih menawan.


GAYA bagaimanakah yang anda inginkan apabila hendak menghadiri majlis minum petang atau majlis malam?

Ada ketikanya kita jemu dengan fesyen pakaian yang memenuhi almari. Banyak yang hanya sesuai untuk ke pejabat dan kasual ringkas. Hanya sehelai dua yang boleh dipakai ke majlis. Namun apa yang pasti kita tidak mahu memakai yang itu sahaja.

Justeru jika inginkan kelainan berfesyen dan mahu tampil berbeza mungkin boleh mencuba koleksi terbaru daripada Aida Collections.

Dres labuh mengikut potongan badan rekaan Aida sendiri ini merupakan pilihan yang tepat kepada mereka yang mencari pakaian yang nampak ringkas namun menarik untuk ke majlis.

Sama ada ke majlis kasual bertemu kawan-kawan, minum petang, majlis malam atau formal, dres labuh yang mengikut bentuk badan ini dibuat daripada fabrik lycra yang ringan dan lembut.

Selain itu, ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok dan amat praktikal bagi mereka yang sentiasa sibuk.

Terdapat dua pilihan corak fabrik, iaitu polos dan bercorak. Dres daripada fabrik polos ditambah dengan hiasan kristal swarovski yang dijahit pada depan baju. Kristal yang dijahit rapat-rapat dan berkilauan menjadikan dres ini nampak lebih eksklusif.

Dres daripada fabrik bercorak pula ditaburi dengan kristal yang memenuhi seluruh bahagian depan dan belakang. Agar nampak lebih cantik, sedikit kristal dijahit pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Apa yang menarik, dres rekaan Aida Collections yang didapati dalam saiz S, M, L dan XL ini ringkas, selesa dan tidak berserabut. Hanya sematkan satu kerongsang besar di depan baju sudah cukup menjadikan anda tampil anggun.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved