Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sampah dibuang sesuka hati

Posted:

Sampah dibuang sesuka hati

Sampah dibuang sesuka hati

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


SAMPAH dibuang sesuka hati oleh individu yang tidak bertanggungjawab selepas berbuka puasa pada bulan Ramadan lalu di Padang MPK 2, Kuantan.


KUANTAN 5 Okt. - Tinggal di persekitaran yang kotor dan dikelilingi sampah sememangnya tidak diinginkan oleh sesiapa pun.

Namun hakikatnya, di sekeliling kita masih 'diwarnai' beraneka jenis sampah yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah menimbulkan bau yang menusuk hidung.

Isu sampah seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa.

Amaran dan denda nampaknya masih tidak menghalang segelintir individu daripada membuang sampah tanpa mengira tempat, sedangkan sampah yang dibuang itu dikaitkan dengan penularan pelbagai jenis penyakit selain menimbulkan masalah bau dan mencacatkan pemandangan.

Di bandar ini misalnya, masih ada yang 'buta hati' dalam menjaga kebersihan kerana ia dianggap sebagai tanggungjawab kumpulan tertentu dan bukan tanggungjawab bersama seluruh ahli masyarakat.

Ketika diajukan masalah berkenaan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob mengakui cukup kesal ekoran kesukaran mendidik penduduk dalam menjaga kebersihan.

Beliau menyedari usaha mengubah masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas ketiga sememangnya sukar walaupun kempen dan ceramah mengenainya banyak kali diadakan.

Apa yang paling mengecewakan, katanya, setiap kali selepas program yang diadakan di kawasan tumpuan awam seperti di padang MPK atau kawasan bandaran, plastik bungkusan makanan dan minuman ditinggalkan begitu sahaja.

"Contohnya di Padang MPK 2 di Jalan Mahkota di sini, sepanjang Ramadan baru-baru ini kita membenarkan warga Kuantan menggunakannya untuk berbuka puasa, malah kita turut menyediakan lampu dan tong sampah bagi kemudahan orang ramai.

"Namun saya kecewa kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membiarkan sampah di atas padang itu," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Bukan di situ sahaja, malah kata beliau, di tempat lain juga orang ramai tidak menjaga kebersihan misalnya di tapak pasar malam, pasar tani dan di tepi-tepi jalan kawasan bandaran termasuk kawasan perumahan walaupun MPK ada menyediakan tong sampah.

"Memang benar ada pekerja yang kerjanya mengutip dan membersihkan sampah, tetapi mereka tidak bertugas di semua kawasan.

"Mereka tidak dibayar untuk mengutip sampah sehingga ke dalam rumah atau halaman rumah kita. Urusan selebihnya sebenarnya terletak di bahu kita semua," katanya lagi.

Kata Zulkifli, jika dilihat kepada aspek kesihatan, kawasan longgokan sampah merupakan penyebab utama pembiakan nyamuk aedes.

"Kita tidak mahu sampah dilihat sebagai penunjuk gaya kepenggunaan yang keterlaluan selain memaparkan imej pengotor masyarakat. Oleh itu, kita kena jadikan kebersihan sebagai satu daripada amalan hidup kita," katanya.

Tambahnya, ia bukan sesuatu yang mustahil kerana jika ada kesedaran, perkara itu mampu dilakukan.

"Kewajarannya terletak kepada kesedaran dan kerjasama menyeluruh daripada semua lapisan masyarakat.

"Kita boleh menangani masalah sampah ini sekiranya kita mahu. Jangan hanya mengharapkan orang lain, kesedaran dan tindakan perlu bermula daripada kita sendiri," ujarnya.

Kebersihan: Contohi penduduk negara maju

Posted:

Kebersihan: Contohi penduduk negara maju

Kebersihan: Contohi penduduk negara maju

KUANTAN 5 Okt. - Setiap anggota masyarakat perlu mengubah mentaliti dengan mencontohi penduduk di negara maju sekiranya mahukan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada sampah.

Seorang jurulatih kecergasan di sini, Muhammad Ridzaudin Sulaiman, 38, berkata, perubahan sikap iaitu lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani masalah pembuangan sampah sangat penting.

Katanya, isu tersebut seolah-olah tiada jalan penyelesaian sekiranya masyarakat masih memandang remeh dan mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sesuka hati.

"Perbuatan itu harus dihentikan segera agar persekitaran kita bersih dan sihat. Selain 'sakit mata memandang', kita juga perlu ada perasaan malu dengan orang luar yang berkunjung ke sini," katanya ketika ditemui di sini, baru -baru ini.

Doreen Kee, 25, kakitangan swasta pula menyifatkan mereka yang gemar membuang sampah merata-rata adalah individu yang pengotor.

"Bagaimana mereka mampu membuang bekas makanan atau minuman begitu sahaja tanpa perasaan bersalah.

"Saya tidak tahu sama ada mereka hanya melakukannya di tempat awam atau di rumah sendiri pun mereka buat perkara yang sama. Sukar hendak dibayangkan jenis manusia seperti ini," katanya.

Sementara itu Marlia Omar, 29, pula berkata, pihak berkuasa boleh menambah bilangan tong sampah di kawasan tumpuan bagi memudahkan pengguna membuang sampah.

Namun jelasnya, sebanyak mana tong sampah disediakan sekalipun jika masyarakat tidak sedar mengenai pentingnya menjaga kebersihan selagi itulah isu sampah ini tidak akan berakhir.

Pelajar gagal ikuti latihan vokasional

Posted:

Pelajar gagal ikuti latihan vokasional

Pelajar gagal ikuti latihan vokasional

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com


ZAINUREEN Mohd. Noor (lima dari kanan) dan Zamiah Mohd. Ali (lima dari kiri) bersama pelajar cemerlang pada Hari Anugerah Kokurikulum Dan Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 5 Okt. - Para pelajar sekolah yang gagal meneruskan pengajian akademik tidak perlu kecewa kerana kerajaan menyediakan latihan kemahiran dalam memenuhi sektor guna tenaga di negara ini.

Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Teknik dan Vokasional, Zainureen Mohd. Noor berkata, sekolah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional bagi memberi peluang kepada mereka mengikuti latihan tertentu.

Katanya, langkah itu bertujuan membolehkan kerajaan memberi lebih tumpuan kepada pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional.

Menurutnya, pada masa depan permintaan terhadap pekerja berkemahiran dijangka meningkat dan lebih ramai tenaga mahir diperlu bagi memenuhi keperluan tersebut.

"Pendidikan vokasional dan teknikal penting bagi memenuhi keperluan dan permintaan sektor pekerjaan yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa depan," katanya.

Beliau berucap mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum Dan Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Puteri Temerloh di sini, baru-baru ini.

Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh, Zamiah Mohd. Ali hadir sama pada majlis itu.

Menurutnya, apabila memasuki era negara maju, mereka yang memiliki sijil kemahiran akan mendapat tempat dan mudah mendapat kerja.

Jelasnya, di negara-negara maju seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan lebih memberikan keutamaan dan penekanan terhadap pendidikan kemahiran vokasional.

Katanya, ibu bapa dan penjaga tidak lagi membuang masa dengan memaksa anak-anak mereka mengambil peperiksaan akademik sedangkan golongan itu lebih cenderung dalam kemahiran teknikal dan vokasional.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved