Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Dituduh berbohong: Rais tempelak Guan Eng

Posted:

Dituduh berbohong: Rais tempelak Guan Eng

Dituduh berbohong: Rais tempelak Guan Eng

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.

Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.

Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.

Merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rais menegaskan:

"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."

Rais menyatakan demikian dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam blognya, limguaneng.com hari ini yang mendakwa Rais membuat tuduhan palsu mengenai satu majlis rasmi dihadiri menteri berkenaan di Pulau Pinang yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Entri terbaru Guan Eng itu bertajuk Datuk Seri Rais Yatim Should Not Lie Like Utusan Malaysia But Prove Which Penang State Official Function He Attended Sidelined Bahasa Malaysia (Datuk Seri Rais Yatim Sepatutnya Tidak Berbohong Seperti Utusan Malaysia Tetapi Membuktikan Majlis Rasmi Negeri Pulau Pinang Yang Mana Beliau Hadiri Mengetepikan Bahasa Malaysia".

Dalam entri tersebut, Guan Eng mencabar Rais mengemukakan bukti dan menamakan majlis rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang dihadirinya yang mengetepikan Bahasa Malaysia.

Guan Eng mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang dikendalikan oleh pihak swasta dan majlis dihadiri Rais itu pula adalah anjuran kolej berkenaan, bukannya kerajaan negeri.

Menurut Guan Eng, sekiranya Rais gagal menunjukkan bukti, menteri tersebut perlu menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan juga mengemukakan permohonan maaf.

Semalam, Bernama melaporkan satu kenyataan Rais di Jelebu, Negeri Sembilan yang melahirkan rasa kesal beliau kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Rais dipetik memberitahu, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," katanya.

Peranan swasta meningkat

Posted:

Peranan swasta meningkat

Peranan swasta meningkat


NAJIB Tun Razak sempat berbual dan bersalaman dengan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Ir. Idris Haron sambil diperhatikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim di bangunan Parlimen sementara, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan rasa puas hati dan sukacita dengan penglibatan sektor swasta dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beberapa program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, seperti seminar dan kursus yang dianjurkan pelbagai pihak banyak menekankan penglibatan pihak swasta dalam pencegahan jenayah.

Pendekatan inklusif itu memberi tumpuan kepada aspek peningkatan teknologi keselamatan, polis bantuan serta penglibatan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan di atas platform tanggungjawab sosial korporat, katanya.

"Peranan sektor swasta dalam mempromosikan budaya pencegahan jenayah telah mendapat perhatian yang semakin meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini," kata Muhyiddin dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Amal Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri turut memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus berusaha mengurangkan kadar jenayah dengan melaksanakan inisiatif yang dirangka mengikut Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ia terbukti berhasil apabila Laporan Indeks Keselamatan Global meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 bagi negara paling selamat di dunia di kalangan 156 negara lain.

"Kedudukan tersebut boleh dicapai melalui pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan pencegahan jenayah sebagai salah satu bidang di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)," katanya.

Muhyiddin menegaskan walaupun tanggungjawab memelihara keselamatan dan ketenteraman awam diletakkan di bahu PDRM dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun kejayaan pencegahan jenayah turut bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara yang telah dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara malah akan terus mempertingkatkannya dengan sokongan semua pihak.

Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada MCPF kerana berjaya mengumpul dana sebanyak RM2.6 juta tahun ini dan berharap program pencegahan jenayah anjuran yayasan itu dapat dipertingkatkan lagi pada masa depan. – BERNAMA

9 anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Posted:

9 anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

9 anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen


Muhyiddin Yasin bersalaman dengan Pandikar Amin Mulia ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Pilihan Raya di Bilik Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. Turut kelihatan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih (dari kiri) Dr S. Subramaniam, Ong Ka Ting, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang diadakan hari ini mengesahkan pelantikan sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya.

Dengan keputusan tersebut, tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap cadangan senarai anggota jawatankuasa seperti yang telah diumumkan oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sebelum ini.

Wakil BN terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang telah diberi tanggungjawab mengetuai jawatankuasa berkenaan diikuti oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Sementara itu wakil pembangkang pula terdiri daripada Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) manakala wakil daripada bebas ialah Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam dan Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting.

Bagi pembangkang pula ia diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Sementara itu, menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, kesemua nama anggota jawatan kuasa tersebut akan diumumkan pada sidang Dewan Rakyat esok.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved