Rabu, 5 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Almari pengering pakaian

Posted:

Almari pengering pakaian

Almari pengering pakaian

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


SEKUMPULAN pelatih ILP Ledang bersama ciptaan mereka iaitu Almari Pengering Pakaian yang dipamerkan di ADTEC Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 4 Okt. – Faktor ketiadaan ruang menyidai pakaian yang baharu dibasuh, terutamanya di flat dan kekerapan hujan memberi ilham kepada sekumpulan anak muda untuk mengatasi masalah itu menerusi ciptaan mereka yang dinamakan Almari Pengering Pakaian.

Ciptaan pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang dekat sini itu, turut menjadi penyelesaian kepada masalah 'pencemaran pemandangan' iaitu pakaian basahan bergantungan yang sering 'mewarnai' bangunan flat khususnya di ibu kota.

Menerusi ciptaan itu, pengguna hanya perlu menyidai pakaian dalam almari yang dilengkapi alat pemanas, alat kawalan masa serta suhu, kipas pengering dan ruang pengudaraan.

Inovasi tersebut dihasilkan tiga pelatih iaitu Mohd. Taufik Ali, 27; Siti Fazlin Nur Ali, 19; dan Mohd. Hairudin Baharuddin, 19, dengan kos hanya RM400 dan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan.

Mohd. Taufik memberitahu, fokus utama rekaan itu untuk memenuhi keperluan pengguna yang lebih mesra, jimat kos, serta mesra alam selain menjimatkan masa.

"Pengguna hanya perlu menyidai pakaian dalam almari dan tetapkan suhu serta masa yang dikehendaki.

"Pada masa ini 20 helai pakaian boleh dikeringkan pada satu-satu masa dengan menggunakan almari pengering ini," katanya.

Beliau ditemui pada Pertandingan Kreativiti, Inovasi dan Laman Web anjuran Jabatan Tenaga Manusia di ADTEC Batu Pahat, baru-baru ini.

Mohd. Taufik berkata, pasukannya berharap rekaan itu dapat dikomersialkan dan memberi faedah kepada banyak pihak, termasuk industri pelancongan negara.

"Tentu tak elok apabila pelancong melihat pakaian disidai di bangunan flat. Kami berharap agar ciptaan ini dapat dipasarkan dengan kos mampu milik," katanya.

Sertai alumni wujud perkongsian maklumat

Posted:

Sertai alumni wujud perkongsian maklumat

Sertai alumni wujud perkongsian maklumat


SEBAHAGIAN penuntut yang juga pereka fesyen menggayakan busana pengantin ciptaan masing-masing pada Malam Pra Graduan KPYPJ di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 4 Okt. - Graduan Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) disaran menyertai persatuan alumni kolej masing-masing supaya dapat mewujudkan perkongsian maklumat sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.

Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Alim Abd. Shukor berkata, alumni mampu menjadi medan pertemuan untuk semua ahli dan pentadbir kolej serta menjadi wadah penyebaran ilmu selepas tamat pengajian.

Sehubungan itu katanya, pihak pengurusan kolej diharap dapat mengatur pelbagai program menarik sepanjang tahun bagi menggerakkan alumni masing-masing.

"Mudah-mudahan melalui alumni ini bukan sahaja pihak kolej, malah KPYPJ dapat menjalinkan kerjasama dengan bekas penuntut dalam pelbagai bidang yang menyumbang ke arah keuntungan bersama," katanya pada Malam Pra Graduan Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-14 di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang serta 700 graduan termasuk ahli keluarga mereka.

Majlis tahunan KPYPJ itu diadakan bertujuan meraikan graduan sekali gus memberi pengiktirafan kepada mereka atas usaha dan kegigihan dalam menimba pengetahuan.

Abdul Alim berkata, perkongsian pintar antara KPYPJ dan bekas penuntutnya boleh direalisasikan dalam pelbagai bidang seperti menerusi bidang latihan yang dijalankan oleh pihak kolej.

"Apatah lagi ramai lepasan institusi ini yang telah mengecapi kejayaan dalam lapangan masing-masing dan ia sedikit sebanyak dapat membantu bakal graduan lain menimba pengalaman tentang kerjaya masa depan mereka.

"Saya bersyukur dan tumpang gembira melihat ramai graduan telah mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian tahun lalu. Ia merupakan petanda positif penerimaan baik pihak majikan dan pasaran kerja terhadap lepasan KPYPJ," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved