Selasa, 17 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia potensi sebagai hab penjagaan kesihatan - PM

Posted: 17 Sep 2013 02:21 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Malaysia berpotensi besar untuk muncul sebagai hab perkhidmatan penjagaan kesihatan di rantau ini sekali gus menjadi pemangkin kepada industri pelancongan kesihatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak tiga tahun lalu bidang pelancongan kesihatan negara telah meningkat lebih 20 peratus dan pada tahun lalu sahaja jumlah pendapatan yang berjaya dijana dalam bidang tersebut mencecah RM600 juta. - UTUSAN ONLINE

TPM imamkan solat zuhur di UIAM

Posted: 17 Sep 2013 12:00 AM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan solat zuhur berjemaah dan mengetuai bacaan wirid serta doa di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini.

Beliau seterusnya dijadualkan menghadiri Majlis Dialog Bersama Pelajar UIAM dan merasmikan pelancaran Teknologi Tanpa Wayar (WiFi) UIAM di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan universiti tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kontroversi SK Pristina angkara 'batu api' pihak luar

Posted: 16 Sep 2013 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Sept.- Kontroversi berhubung penyebaran gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh baru-baru ini dianggap selesai apabila semua pihak terlibat terutama ibu bapa memahami isu dan keadaan sebenar yang berlaku.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, isu tersebut sebenarnya digembar-gemburkan oleh pihak luar yang cuba menjadi 'batu api' dan memanipulasi terhadap salah faham yang terjadi apabila murid-murid sekolah itu terpaksa makan di bilik persalinan kerana kantin sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai.

"Sebenarnya ibu bapa murid terlibat faham dan tiada masalah dengan isu ini. Yang menjadi masalah adalah pihak luar yang tidak faham. Perkara ini telah diperbesar-besarkan sehingga dilihat sebagai isu perkauman.

"Pada hari ini, isu ini sudah selesai dan kita bermaaf-maafan di mana salah silap yang terjadi dan selepas ini kita akan teruskan perancangan untuk SK Seri Pristana seperti biasa demi perpaduan masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut ke SK Seri Pristana dekat sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved