Jumaat, 9 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Risda tubuh anak syarikat

Posted:

Risda tubuh anak syarikat

Risda tubuh anak syarikat

Oleh Ali Mahmood
utusanktn@gmail.com


Rahim Tamby Chik (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan, Zamri Yaakob pada majlis Perhimpunan Pengerusi RISDA Bersama NGO Negeri Pahang di Dewan Tun Razak, semalam.


TEMERLOH 9 Dis. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menubuhkan sebuah anak syarikat baru iaitu RISDA Kayu untuk membeli kayu pokok getah pekebun kecil yang terlibat dengan program tanaman semula di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, langkah itu bertujuan melindungi pekebun kecil getah daripada dieksploitasi oleh pihak ketiga yang membeli kayu pokok tersebut pada harga terlalu murah dan tidak munasabah.

Menurutnya, dengan adanya syarikat itu nanti, Risda akan menceburi bidang pembuatan perabot dan perkayuan untuk menambah pendapatan pekebun kecil terbabit.

''Sekarang ini terdapat orang tengah membeli kayu pokok itu pada harga RM500 sehektar, sedangkan harga semasa yang ditawarkan adalah RM16,000 bagi keluasan sama.

''Malah, di selatan Thailand, pokok kayu berkenaan dibeli pada harga RM26,000 sehektar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Pengerusi Risda Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang di Dewan Tun Razak di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada persatuan dan koperasi pekebun kecil dan badan NGO dari seluruh negeri itu.

Rahim berkata, syarikat yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM5 juta akan membeli kayu pokok itu daripada pekebun kecil pada harga lebih baik.

Jelasnya, kayu pokok getah yang turut dikategorikan sebagai 'kayu putih' mempunyai kualiti dan nilai tinggi untuk menghasilkan perabot kini semakin popular di seluruh dunia.

Jelasnya, syarikat itu mengadakan rundingan bersama Felda serta Tabung Haji untuk membeli kayu pokok getah dan batang pokok kelapa sawit daripada kedua-dua agensi tersebut.

''Batang kelapa sawit juga boleh diproses menjadi baja dan menghasilkan chipboard untuk membuat perabut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan pantau ternakan burung walet

Posted:

Kerajaan pantau ternakan burung walet

Kerajaan pantau ternakan burung walet

KUANTAN 9 Dis. - Kerajaan negeri sentiasa memantau aktiviti penternakan walet di seluruh daerah negeri itu dengan melakukan pemeriksaan bagi memastikan pengusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, pemeriksaan bersama antara jabatan yang terlibat akan dilakukan bagi memastikan pengusaha mematuhi garis panduan tersebut.

"Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) masih menunggu keputusan kerajaan negeri untuk pematuhan syarat dan garis panduan lesen walet.

"Bagaimanapun, Jabatan Veterinar kini giat mendaftar premis yang menjalankan aktiviti penternakan walit kerana ia merupakan prosedur biasa sekiranya melibatkan sebarang aktiviti berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (Pas-Kuala Semantan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Khai Mun memberitahu, bagi tujuan pelesenan, jabatan akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis walet yang memohon melalui PBT dan seterusnya mengeluarkan surat sokongan sekiranya premis berkenaan mematuhi Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) walet.

"Setiap permohonan lesen perusahaan sarang itu diwajib melampirkan Sijil Kursus Perusahaan Sarang Burung Walet yang dianjurkan oleh Jabatan Veterinar.

"Semua permohonan lesen yang diterima oleh PBT akan dibawa kepada Jabatan Veterinar untuk mendapatkan ulasan teknikal," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM42 juta naik taraf saluran paip

Posted:

RM42 juta naik taraf saluran paip

RM42 juta naik taraf saluran paip

KUANTAN 9 Dis. - Sebanyak RM42.25 juta diperuntukan bagi kerja-kerja menaik taraf saluran paip di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, peruntukan itu bagi kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di negeri ini yang keseluruhannya berjumlah RM220 juta.

"Peruntukan di DUN Jengka akan digunakan bagi kerja pembinaan loji di Ulu Jempol, Jengka 8, Jengka 3 hingga 7 dan Sungai Tekam Utara membabitkan kos sebanyak RM33.84 juta.

"Manakala, pembinaan laluan paip di zon Jengka 3 hingga 7, Loji Jengka 8 ke Kota Gelanggi 1 hingga 3, tangki Kota Gelanggi 1 hingga 3, Kota Gelanggi 2 hingga 4 dan Jengka 8 pula melibatkan kos sebanyak RM5.67 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Salman Wan Ismail (BN-Jengka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Bagi pembinaan booster pump dan suction tank di Jengka 10 pula, katanya, ia melibatkan kos sebanyak RM0.44 juta dan supply HDPE adalah RM2.3 juta.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved