Jumaat, 9 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua maut nahas kereta, lori

Posted:

Dua maut nahas kereta, lori

Dua maut nahas kereta, lori

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


KERETA yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan dua remaja setelah bertembung dengan sebuah lori ayam di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, semalam.


RANTAU PANJANG 9 Dis. – Seorang wanita tidak menyangka kemalangan maut disaksikan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu ketika dalam perjalanan bersama suami untuk ke rumah ibu saudaranya di sini, melibatkan adiknya yang merupakan antara dua mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, Rosneeda Che Kamaruddin, 23, dari Batu Gajah, Tanah Merah, berkata, dia tidak berhenti melihat kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Rosneeda berkata, adiknya, Lukmannulhakim , 21, keluar terlebih dahulu dari rumah mereka di Kampung Cherang Lali, bersama dua rakannya dengan menaiki kereta lain dan menuju ke rumah ibu saudara mereka bagi menghadiri majlis kenduri.

"Saya dan suami keluar kemudian. Namun perjalanan kami tersekat apabila jalan di Kilometer 10 sesak akibat kemalangan.

"Kami lalu meneruskan perjalanan dan tidak berhenti menjenguk tanpa menyedari mangsa kemalangan adalah adik saya sendiri.

"Saya masih terkejut dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon adik saya sendiri yang mungkin dihantar polis," katanya ketika di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, Lukmannulhakim dan rakannya, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, maut manakala pemandu kereta Proton Iswara yang mereka naiki, Sazali Muhamad, 21, cedera parah dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Mohamad Aiezat berasal dari Kampung Jerangau, Tanah Merah, manakala Sazali berasal dari Kampung Gual Petai Lima.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu gagal dikawal ketika melalui sebuah selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, kereta itu lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ayam mengakibatkan kesemua mangsa terhumban ke gaung sedalam tiga meter.

Bapa Sazali, Muhamad Derasa, 54, berkata, keadaan anaknya masih parah akibat kecederaan di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Makheter Yaakcob ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

Posted:

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Walaupun pelbagai laporan mengenai cinta Internet didedahkan akhbar, namun masih ada yang terus menjadi mangsa khususnya kalangan wanita yang 'kesunyian' dan menjadikan beberapa laman web untuk bersembang serta mencari jodoh.

Terbaru, seorang ahli perniagaan wanita tempatan kerugian RM1.02 juta selepas terpedaya dengan janji dan kata-kata manis teman lelaki yang dikenalinya menerusi Internet dipercayai warga Afrika.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa yang berasal dari Johor Bahru dan dikenali sebagai Madam Lim, berusia 47 tahun, berkenalan dengan teman lelakinya, Kevin Axcel Brown, berasal dari Kanada dalam laman web, Match.com, September lalu.

Katanya, Kevin mendakwa bekerja di Terengganu sebagai jurutera dan memiliki sebuah syarikat yang dilantik sebagai subkontrak syarikat konglomerat tempatan, Petronas.

"Dalam tempoh itu, kedua-dua mereka sering berhubung melalui telefon. Kevin turut mengupah seorang wanita untuk menyamar sebagai ibunya bagi meyakinkan Madam Lim yang telah bercerai dan mempunyai dua anak bahawa dia seorang yang baik dan bertanggungjawab.

"Perbualan dengan 'ibu' Kevin meyakinkan Madam Lim bahawa dia seorang yang baik dan serius dalam perhubungan mereka," katanya ketika ditemui di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Tambah Michael, Kevin kemudian meminta mangsa meminjamkannya wang tunai RM1 juta selepas dia menerima kontrak baru selain menampung masalah kos-kos pengurusan syarikatnya.

Difahamkan, Kevin turut menggunakan kepala surat Petronas Gas Bhd. bagi meyakinkan Madam Lim mengenai masalah yang dihadapi.

Katanya, akibat percaya dengan pujuk rayu dan janji manis Kevin yang akan membayar semula wang itu, Madam Lim telah memasukkan wang tunai RM1 juta seperti yang diminta ke tiga bank tempatan iaitu Maybank, RHB dan AmBank.

Jelas beliau, Kevin kemudian memaklumkan kepada Madam Lim bahawa pihak syarikat telah menawarkannya untuk mengendalikan satu projek di Nigeria.

"Sebaik sahaja berada di Nigeria, suspek telah menghubungi Madam Lim dan menyatakan hasrat datang ke Malaysia bagi membayar wang yang dipinjamnya daripada mangsa.

"Namun, mangsa perlu memasukkan wang tunai RM21,000 melalui kiriman wang Western Union dan mengarahkan Madam Lim menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

"Madam Lim sekali lagi memasukkan wang itu. Namun mangsa kecewa apabila Kevin tidak muncul di KLIA dan selepas beberapa jam menunggu, mangsa membuat laporan polis," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved