Jumaat, 9 Disember 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kesinambungan cabaran Seri Paduka

Posted:

Kesinambungan cabaran Seri Paduka

Kesinambungan cabaran Seri Paduka

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah pada Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (dua, kanan). Turut sama Najib Tun Abdul Razak (kiri) dan i Rosmah Mansor (kanan). - bernama


KEDUDUKAN Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 Malaysia nyata telah dibebani dengan banyak cabaran.

Ditabalkan pada 13 Disember 2006, Seri Paduka menjadi Ketua Negara paling muda dibebani pergolakan politik dalam negara yang dilihat semakin membawa perpecahan orang Melayu dan umat Islam.

Walaupun pergolakan turut ditanggung baginda Sultan-Sultan di peringkat negeri-negeri yang berdepan dengan kebiadapan sesetengah pihak semata-mata demi menguasai bumi Malaysia, beban berat turut ditanggung Tuanku Mizan di peringkat persekutuan.

Sungguhpun golongan yang biadap berpolitik semakin menghampiri tahap durhaka di Perak dan Selangor serta mengundang kemurkaan Sultan di negeri-negeri lain, Yang di-Pertuan Agong ke-13 pula terpaksa berdepan dengan agenda lebih besar pihak tertentu yang mahu mencabar keluhuran Perlembagaan Negara.

Ini terutamanya berkaitan kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga kepada bahasa kebangsaan.

Melalui titah akhir Seri Paduka pada 6 Disember lalu, Tuanku Mizan bertitah mengharapkan Parlimen mampu mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutama asas-asas utama tersebut di samping kewajipan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mendahulukan dan menjadi suara rakyat jelata.

Bagi pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, tugas utama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai pendamai dan pengaman dalam meredakan situasi yang tegang.

"Rakyat melihat kepada baginda Sultan-Sultan terutama sekali kepada Seri Paduka sebagai pengaman, lebih-lebih lagi sejak Pilihan Raya Umum 2008.

"Cabaran utama Tuanku Mizan melibatkan cubaan pihak tertentu mempersoalkan ketetapan Perlembagaan di samping ada yang mula berani membuat kenyataan tentang institusi Raja-Raja," katanya.

Beliau turut membangkitkan cabaran lain yang melibatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), cubaan menghasut rakyat tidak percaya kepada polis dan tindakan biadab ketika krisis di Perak sebelum ini turut terpalit kepada kedudukan Seri Paduka ke-13.

Namun, beliau menganggap Tuanku Mizan sebagai seorang pemerhati yang bijak dengan menyampaikan nasihat serta peringatan kepada parti politik, kerajaan dan rakyat tanpa mencampuri urusan pentadbiran harian.

"Seri Paduka telah beberapa kali menyampaikan titah nasihat tentang mengelakkan sikap ekstremis (pelampau), menjaga kedudukan Islam dan mengambil pendekatan sederhana.

"Melalui titah di Majlis Santapan Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka beberapa hari lalu, dapat dilihat sehingga ke akhir pemerintahan, Tuanku Mizan tetap cuba menjadi pendamai," ujarnya.

Ramlah menegaskan, Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai kuasa besar dalam Perlembagaan Negara dan mempunyai cukup kuasa untuk menangani sebarang ancaman termasuk seperti peritiwa seumpama tragedi 31 Mei 1969.

"Kedudukan Seri Paduka tidak tercabar dan jika perlu mampu mengawal keadaan dalam negara bersama semua pihak berkuasa sedia ada.

"Sultan-Sultan dan Yang di-Pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik serta bersikap neutral, dan ini nyata dalam kedudukan Tuanku Mizan yang tenang dan berhemah ketika bertutur, menjadi contoh yang baik kepada semua," jelasnya.

Beliau juga berharap teguran berulang kali Tuanku Mizan dan Sultan-Sultan tentang menjaga perpaduan, keharmonian, keselamatan negara, hubungan antara kaum, adab sopan dan tata susila diterima dan dipatuhi semua pihak.

Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula berpendapat kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan tidak akan menghadapi masalah selagi tiada ahli politik yang 'nakal'.

"Dari semasa ke semasa, Seri Paduka akan dikehendaki membuat keputusan bila timbul masalah yang tidak boleh dikendalikan rakyat.

"Yang di-Pertuan Agong dan Sultan merupakan suatu institusi positif untuk negara kita yang kompleks ini kerana Seri Paduka serta Tuanku Sultan sahaja tidak terlibat dengan politik negara dan tidak berat sebelah," tegasnya.

Tambahnya, di zaman moden yang mementingkan undang-undang kini, sistem demokrasi berparlimen memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan semuanya dan ahli politik mahupun Ahli Parlimen perlu patuh kepada rakyat.

"Kita tidak tahu siapa akan menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) atau jika ada pihak yang mahu atau akan cuba pinda Perlembagaan Negara.

"Kandungan Perlembagaan Negara sedia ada sudah cukup baik dan terjaga untuk semua. Rakyatlah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam menjamin keluhuran Perlembagaan," katanya.

Kay Kim menegaskan, setakat ini belum ada cabaran politik yang terlalu meruncing ke atas kedudukan Yang di-Pertuan Agong tetapi bukan mudah untuk Seri Paduka mahupun Tuanku Sultan-Sultan untuk campur tangan dalam urusan harian negara.

"Namun, sudah menjadi tanggungjawab Seri Paduka untuk cuba menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bersikap berat sebelah," jelasnya.

Tuanku Mizan bakal menyerahkan tanggungjawab menyambung perjuangan kepada Timbalan Seri Paduka, Sultan Kedah pada 13 Disember ini selaku Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Kedudukan Tuanku Abdul Halim sebagai Seri Paduka ke-14 mungkin berhadapan dengan cabaran paling getir dalam sejarah negara selepas selesainya PRU-13 kelak.

Dengan persaingan sengit antara dua pihak politik, pengalaman Tuanku Abdul Halim selaku pendamai setelah dua kali ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong mungkin menjadi titik penentu kepada penyatuan rakyat dan kelangsungan Malaysia sebagai negara berdaulat kelak.

Semoga segala usaha dan beban yang terpaksa dipikul Tuanku Mizan dan Tuanku Abdul Halim membawa negara ke arah masa depan yang lebih baik demi agama, bangsa dan negara untuk generasi pelapis kelak. Daulat Tuanku.

Full content generated by Get Full RSS.

DAP tidak mengharap calon Pas, PKR di kerusi majoriti Melayu!

Posted:

DAP tidak mengharap calon Pas, PKR di kerusi majoriti Melayu!

DAP tidak mengharap calon Pas, PKR di kerusi majoriti Melayu!

Oleh Azman Anuar

PAS Selangor awal-awal lagi berkata tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tapi kata-kata itu daripada mulut Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad. Keputusan Ahli Parlimen Shah Alam itu bukan muktamad. Ada yang lebih tinggi daripadanya untuk membuat keputusan.

Jadi tunggulah menjelang pilihan raya nanti, mungkin keputusan Pas itu akan berubah.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Jadi biarlah DAP dengan hasratnya untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu.

Motif DAP mahu meletakkan calon Melayu itu boleh dibaca. DAP mengharapkan sokongan pengundi Cina akan kekal dan undi kaum Melayu bertambah, yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Dalam peruntukan kerusi ini, DAP mungkin tidak mengharapkan kerusi Pas tetapi meminta pengorbanan beberapa kerusi sekutunya, PKR bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding PRU 13.

Desas-desus mengenai strategi DAP untuk meletakkan Melayu sebagai calon parti dalam PRU 13 kelak telah menjadi kenyataan!

Bukan tidak pernah DAP mengemukakan calon Melayunya. Pada PRU 12, DAP letak 13 calon Melayu bertanding di Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya umum 2008 juga DAP letak calon Melayu sebagai calonnya di Parlimen Raub (54 peratus pengundi Melayu), di Parlimen Tanjung Piai dan DUN Pekan Nenas Johor (juga kawasan majoriti Melayu).

DAP bangkitkan isu ini lagi setelah mengambil kira faktor pengaruh PKR dan Pas yang sedang merudum terutama sokongan pengundi Melayu. Sebab itu DAP melihat kedua-dua parti itu tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka perolehi sekarang.

DAP 'perasan' berdasarkan sokongan diterima dalam pilihan raya di Sarawak, trend menunjukkan pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR. DAP juga tidak lagi mengharapkan Pas untuk meraih sokongan Melayu dan memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

Sebab itulah DAP mahu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon Melayu. Kalau DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada PRU 13, maka ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis.

Persoalannya, DAP tetap berdegil mahu letak calon Melayunya, apa Pas dan PKR hendak kata?

Beranikah Pas bertindak keluar daripada pakatan pembangkang? Beranikah PKR berkokok membantah permintaan DAP?

Bagi kerusi atau tidak, DAP mungkin 'main langgar' tanpa peduli sama ada langkah itu memberi jaminan kemenangan kepada pakatan.

DAP mungkin sanggup lupakan sekutunya kerana mahu menakluk kawasan sebanyak yang mungkin tanpa terlalu bergantung pada sokongan Pas dan PKR.

Sebenarnya kemenangan besar dalam PRU 12 dahulu tidak pun dijangkakan oleh PKR, DAP dan Pas. Pakatan atau kerjasama hanya dibentuk semata-mata untuk menafikan Barisan Nasional terus berkuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Jelas sekarang, tindakan DAP itu dibuat kerana beberapa negeri memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Peristiwa pelantikan Menteri Besar Perak selepas PRU 12 menjadi iktibar kepada DAP untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada PRU13.

Hakikatnya DAP tidak mungkin akan membela nasib kaum Melayu. Sepanjang tempoh pakatan berkuasa di negeri yang mereka menangi, nasib bumiputera dan agama Islam tergugat.

DAP mempunyai agenda tersembunyi. Kerjasama DAP dalam pakatan lebih kepada usaha memperkudakan orang Melayu untuk tujuan politiknya. Hinggakan Pas 'takut' hendak memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Apa pun, sikap biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin DAP mengingatkan kita pada tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Mereka yang pernah menempuh zaman 'perintah berkurung' itu tidak akan lupa tentang niat dan tekad DAP yang diluahkan pada ketika itu - "menghalau Melayu dari buminya sendiri."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved