Sabtu, 4 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Warga emas hilang empat hari ditemui di hutan

Posted: 04 Jan 2014 03:02 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Mohamed Nawawi Buntal, 73, yang hilang sejak Rabu lepas ditemui oleh anaknya dalam keadaan lemah hari ini di sebuah hutan kecil di Taman Buana, Petaling Jaya.

Anaknya, Afnida, 37, berkata, bapanya ditemui oleh adiknya Mohamed Shukri, 34, dalam keadaan terbaring dengan tangan kiri patah dan kaki kanan terseliuh dipercayai terjatuh ke kawasan curam yang bersemak di dalam hutan kecil itu pada 2.30 petang ini.

Katanya, jarak lokasi kejadian dengan rumah tidak sampai dua kilometer.

"Ayah telah dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Afnida, yang bertugas sebagai pembantu tadbir di PPUM, menjelaskan kehilangan ayahnya menjadi misteri kerana keluarganya mencari ayahnya di kawasan hutan itu sebanyak tiga kali tetapi tidak menjumpainya sehinggalah hari ini. - BERNAMA

Guru ditahan miliki 7 pistol tiruan

Posted: 04 Jan 2014 02:30 AM PST

KOTA BHARU 4 Jan. - Tindakan seorang guru sekolah swasta menjual pistol tiruan secara dalam talian membawa padah apabila dia ditahan pihak polis di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas bersama tujuh pucuk pistol tiruan dalam Op Cantas Khas yang dijalankan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada pukul 1.30 petang, hasil maklumat awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, pistol tiruan tersebut disorokkan dalam but sebuah kereta Perodua Viva milik suspek.

Ketika ditahan, katanya, suspek tersebut mengakui senjata terbabit adalah untuk dijual di internet.

Suspek dipercayai menjual pistol tiruan itu di laman sosial, Facebook dengan menggunakan nama AIRSOFTMALAYSIA.

Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan suspek sebelum ini dipercayai dari Kuala Lumpur dan tujuan mereka (pelanggan) membeli pistol tiruan itu untuk menembak cicak dan bermain Paintball," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini. - UTUSAN

Grundfos tawar rumusan kawalan banjir

Posted: 04 Jan 2014 01:16 AM PST

SINGAPURA 4 Jan. - Grundfos, pendahulu dalam teknologi pengurusan air global, menawarkan rumusan kawalan banjir yang boleh dipercayai untuk menguruskan gelombang kedua banjir di Malaysia.

Pengurus Besar untuk Malaysia, Leong Chee Khuan berkata, sebagai pengeluar pam, sumbangan syarikat secara terasnya berkaitan pengurusan risiko banjir.

"Kami bermula di mana alam semula jadi berhenti. Mengehadkan potensi kemusnahan banjir pantai dan pedalaman memerlukan sistem rumusan pam yang boleh dipercayai," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara melalui e-mel.

Pada jangka panjang, kata Leong, rumusan kawalan banjir yang sesuai boleh mengelakkan pencemaran sistem bekalan air minuman, kemusnahan kepada prasarana dan potensi risiko kebuluran.

"Menggunakan simulasi Dinamik Cecair Berkomputer yang canggih pada fasa rekaan, kami akan membina rumusan pam yang boleh menangani beban aliran laju air permukaan atau ribut.

"Kepakaran kami dibangunkan menerusi dasar bekerja dengan jurutera/perunding tempatan, kontraktor dan pihak berkuasa tempatan," kata beliau. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved