Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kasih Ramadan UiTM Jengka

Posted:

Kasih Ramadan UiTM Jengka

Kasih Ramadan UiTM Jengka

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


MUHAMMAD Mohktar Samat (tujuh dari kanan) bersama pensyarah UiTM kampus Bandar Tun Razak, Jengka di rumah seorang penduduk miskin yang menerima bantuan menerusi program Sesuci Kasih Ramadan di Rumah Rakyat Maran, Pahang, baru-baru ini. – utusan/salehudin mat rasad


KUALA KRAU 7 Sept. – Program Sesuci Kasih Ramadan anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Bandar Tun Razak, Jengka, dekat sini berjaya memenuhi realiti tanggungjawab sosial institusi pengajian tinggi kepada masyarakat setempat.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UiTM Cawangan Pahang, Muhammad Mohktar Samat berkata, program itu istimewa kerana pensyarah turut turun padang melihat sendiri kesulitan penerima bantuan tersebut.

Menurutnya, penganjur juga turut mengadakan majlis penyerahan sumbangan di kampus itu baru-baru ini membabitkan lapan keluarga dengan menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

"Program itu begitu bermakna bagi mereka yang mana tujuh daripada lapan keluarga terbabit menerima sumbangan daripada warga UiTM," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Muhammad berkata, turut sama menerima sumbangan tersebut ialah satu keluarga daif di sekitar kawasan rezab Sungai Bandar Tun Razak, Jengka

Menurutnya, selain itu seramai 17 pelajar Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang datang daripada keluarga miskin turut menerima sumbangan tersebut.

"Melalui program itu warga UiTM Pahang turut prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik di samping memenuhi tanggungjawab sosial kepada warga UiTM dan masyarakat sekitar Bandar Tun Abdul Razak, Jengka," katanya.

Jelas beliau, secara tidak langsung ia memperkuatkan ikatan persaudaraan antara warga UiTM dengan masyarakat setempat.

Katanya, aktiviti sedemikian juga memberi kesedaran kepada warga UiTM mengenai kepentingan mengadakan program khidmat masyarakat terutama dalam membantu golongan kurang berkemampuan.

Kanak-kanak Orang Asli sertai pertandingan mewarna

Posted:

Kanak-kanak Orang Asli sertai pertandingan mewarna

Kanak-kanak Orang Asli sertai pertandingan mewarna


KANAK-kanak Orang Asli yang mengambil bahagian pada pertandingan mewarna dan melukis sempena Bulan Kemerdekaan di Projek Agropolitan Runchang, Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 7 Sept. - Seramai 80 peserta termasuk ibu bapa menyertai pertandingan mewarna dan melukis sempena Bulan Kemerdekaan anjuran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Projek Agropolitan Runchang, di sini baru-baru ini.

Program Sinar ECER anjuran bersama Pusat Pengajian Berterusan dan Pengajian Profesional (Cenfed) dan Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang (Matahari) itu melibatkan penyertaan daripada masyarakat Orang Asli di kawasan Agropolitan Pekan dan Runchang di sini.

Pengurus Projek program tersebut, Zainal Bahari berkata, program itu untuk memastikan peserta tidak ketinggalan dalam menjayakan sambutan Bulan Kemerdekaan yang disambut di seluruh negara ketika ini.

Menurutnya, tiga kategori dipertandingkan iaitu pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun, kategori 10 hingga 12 tahun dan kategori terbuka untuk ibubapa.

"Selain itu, turut diadakan majlis serahan bendera untuk dipasang di motosikal melibatkan 30 peserta projek Agropolitan Pekan yang disempurnakan oleh Tok Batin Runchang, Rahmat Mansor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif ECER Pahang, Mohd. Khairul Fikri Che Mat dan Pengurus Kawasan Projek Agropolitan, Shamsuri Mohamed.

Selain itu katanya, program tersebut dapat menyemai rasa cinta kepada negara di kalangan anak-anak dan peserta sendiri serta memberi pendedahan tentang Hari Kemerdekaan.

"Ia dapat menyemarakkan lagi semangat mengibarkan Jalur Gemilang di kalangan peserta Projek Agropolitan Pekan dan Runchang termasuk ahli keluarga mereka," ujarnya.

Sementara itu, dalam pertandingan mewarna bagi kategori enam hingga sembilan tahun, Najua Zuraina Juhan memenangi tempat pertama, diikuti Peter Juhan di tempat kedua, manakala Kazifizul Aziman a/l Karim di tempat ketiga.

Pemenang pertama bagi kategori mewarna dan melukis pula ialah Mariyani a/p Shamsul, tempat kedua, Diana Norfazlin a/p Daud dan Sheri Nizam di tempat ketiga.

Bagi kategori terbuka, tempat pertama dimenangi Norizan a/p Khalid, diikuti Roslan Kasai di tempat kedua dan Zurianiza a/p Osman di tempat ketiga.

38 maut Ops Sikap

Posted:

38 maut Ops Sikap

38 maut Ops Sikap

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 7 Sept. – Sebanyak 1,017 kes kemalangan jalan raya dicatatkan di negeri ini sepanjang Ops Sikap Ke-24 dengan 38 kematian sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Negeri Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, jumlah itu menurun berbanding Ops Sikap Ke-22 pada musim perayaan sama tahun lalu.

Menurut beliau, sebanyak 31 kes melibatkan kemalangan maut dilaporkan pada Ops Sikap Ke-24 berbanding Ops Sikap Ke-22 dengan 39 kematian daripada 34 kes.

"Kebanyakan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan jumlah kematian seramai 23 orang pada Ops Sikap Ke-24.

"Berdasarkan statistik pada Ops Sikap tahun lalu seramai 18 penunggang dan pembonceng maut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan maut kali ini banyak melibatkan Jalan Persekutuan dan negeri dan tiada kemalangan maut di laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved