Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Maut selepas tetak mati kontraktor

Posted:

Maut selepas tetak mati kontraktor

Maut selepas tetak mati kontraktor

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek setelah kereta curi yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/BAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 7 Sept. – Dua perompak menerima padah apabila seorang daripadanya maut manakala rakannya parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebatang pokok sejurus selepas menetak mati seorang kontraktor syarikat perkapalan ketika merompak mangsa, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, S. Vijayaratnam, 47, yang ditetak di belakang kepala oleh suspek meninggal dunia pada pukul 12.04 tengah malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Regency di sini.

Isterinya, G. Vijayalakshmi, 45, pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Menurut pembantu rumah mangsa, P. Rasathi, 31, kejadian berlaku pada pukul 7.30 petang semasa kedua-dua majikannya itu bersembahyang di luar rumah.

Katanya, anak kedua pasangan itu, V. Deeliip, 12, pula berada di bilik di tingkat atas rumah.

"Tiba-tiba saya nampak dua lelaki berada di luar rumah. Saya yang tidak sedap hati terus masuk ke dalam rumah bersama puan (Vijayalakshmi) dan kami menyembunyikan diri di dalam bilik air.

"Tidak lama kemudian suspek menendang pintu bilik air sehingga pecah dan sebaik sahaja keluar saya lihat tuan (Vijayaratnam) sedang diacu dengan parang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Rasathi berkata, suspek kemudian membawa mereka ke tingkat atas sebelum menggeledah bilik majikannya itu untuk mencari barang berharga.

Katanya, ketika di tingkat atas, majikannya ditetak setelah anak mereka enggan keluar dari bilik yang dikunci dari dalam sejurus menyedari berlaku rompakan.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana begitu takut melihat kedua-dua majikan ditetak dengan parang dan turut menyerahkan barang kemas saya.

"Sebaik sahaja mendapat barang kemas, mereka terus melarikan diri dengan kereta milik majikan saya," katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian anak ketiga majikannya itu, V. Sevendran, 6, tiada di rumah kerana ke kelas tambahan, manakala anak sulung mereka, V. Nishindren, 18, menuntut di sebuah kolej swasta di Mantin, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan awal percaya rompakan itu didalangi oleh empat lelaki dan sebaik sahaja sampai di lokasi kemalangan pihaknya menemui dua daripada suspek dalam keadaan parah, kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

"Suspek yang memandu kereta curi itu berusia 39 tahun maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 31 tahun parah. Polis menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa di dalam kereta tersebut," katanya.

Katanya, pihaknya masih memburu dua lagi rakan suspek yang masih bebas.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenayah simbah asid ditiru melalui laporan media?

Posted:

Jenayah simbah asid ditiru melalui laporan media?

Jenayah simbah asid ditiru melalui laporan media?

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Polis tidak menolak kemungkinan suspek- suspek yang terlibat dalam kejadian simbah cecair kimia dan asid terhadap individu tertentu yang dilaporkan sebelum ini, meniru perbuatan jenayah itu melalui laporan media massa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, secara psikologi memang manusia suka meniru sesuatu melalui apa yang dilihat dan didengar.

Beliau berkata, kes-kes simbah cecair kimia dan asid bukanlah baru berlaku akhir-akhir ini tetapi sudah wujud sejak dahulu lagi.

"Ia nampak seperti trend jenayah baru apabila media massa memberi fokus dan kerap melaporkan kejadian tersebut baru-baru ini.

"Akibatnya, ia menjadi ikutan apabila ada individu tidak bertanggungjawab meniru perbuatan itu untuk melakukan jenayah samun dan membalas dendam terhadap mereka yang dibenci.

"Kes simbah asid sama macam lumba haram, jumpa ular sawa atau buang bayi. Bila media melaporkan kes-kes itu, ia menjadi ikutan dan boleh dilihat apabila ia berturutan berlaku hampir di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagi Selangor, kata Tun Hisan, hanya dua kejadian simbah cecair disyaki asid dilaporkan berlaku pada tahun ini iaitu di Kajang dan Ampang.

Katanya, namun siasatan mendapati kedua-dua mangsa dalam kes itu disimbah menggunakan cecair pencuci dan bukan asid merbahaya.

Katanya lagi, pasukan khas dianggotai polis Selangor dan Kuala Lumpur yang ditubuhkan baru-baru ini bagi mengesan suspek-suspek terlibat dalam kejadian terbabit masih berusaha memburu penjenayah berkenaan.

Dalam pada itu, Tun Hisan menasihatkan orang ramai terutama pengguna jalan raya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali yang melanggar kereta dari belakang atau memaklumkan kenderaan mengalami kerosakan seperti tayar pancit.

Katanya, mungkin tayar kenderaan itu sengaja dipancit oleh individu terbabit yang berniat mahu menyerang mangsa dengan asid sebelum disamun.

"Jika anda pada masa itu berada di tempat pemandu dan mahu melarikan diri, saya nasihatkan anda keluar ikut pintu kiri kerana kebiasaannya suspek menyerang dari arah kanan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved