Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tiada cadangan panjangkan tempoh kursus

Posted:

Tiada cadangan panjangkan tempoh kursus

Tiada cadangan panjangkan tempoh kursus

YAN, 6 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat penambahbaikan kursus perkahwinan dari semasa ke semasa dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri tetapi tidak bercadang memanjangkan tempoh kursus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, Jakim akan bertindak sebagai urusetia memberi bantuan dari segi penambahbaikan modul kursus serta mengurangkan modul yang tidak diperlukan.

"Tempoh kursus pra-perkahwinan yang sedia ada selama 16 jam...terpaksa menjalani kursus selama dua hari. Kalau kita panjangkan lagi ia agak membebankan pasangan yang hendak berkahwin.

"Tentang kursus dari semasa ke semasa, kita serahkan kepada negeri masing-masing untuk penambahbaikan tetapi diurusetia oleh Jakim," katanya pada Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Jerai di Kompleks Pasar Tani FAMA dekat sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media bahawa lebih 200,000 pasangan suami isteri Islam Malaysia dilaporkan mendaftarkan perceraian mereka di pejabat jabatan agama Islam di seluruh negara bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Jamil Khir berkata angka 200,000 itu merangkumi tempoh perkahwinan antara 30 hingga 40 tahun dan terdapat juga yang berakhir dengan perdamaian.

"Ada yang tarik balik kes, dia bercerai rujuk semula, ada yang kes orang yang dah bercerai tetapi kahwin semula dan jumlah itu merangkumi tahun 2000 hingga 2010 sebanyak 200,000 kes termasuk bukan sahaja yang daftar kahwin pada tahun itu, tetapi juga kahwin dari tempoh yang lama. Jumlah ini bukan serius," katanya.

Jamil Khir berkata kursus perkahwinan bertujuan memberi kefahaman tambahan kepada masyarakat tentang tatacara perkahwinan sebenar dan mengikut syarak.

"Ia untuk memahami juga bagaimana nak uruskan kehidupan rumah tangga bila kahwin...dalam masa yang sama juga untuk mengetahui cara laporkan apabila berlaku pergaduhan, ataupun konflik dalam rumah tangga," katanya.

Beliau berkata faktor yang merupakan penyumbang paling besar kepada keretakan rumahtangga ialah tekanan ekonomi di samping tidak mempunyai perancangan rapi dalam membina sebuah rumah tangga bahagia. - BERNAMA

‘Kejam terhadap bangsanya’

Posted:

'Kejam terhadap bangsanya'

'Kejam terhadap bangsanya'

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 6 Sept. – Yayasan Warisan Johor (YWJ) menjelaskan terdapat satu lagi artikel dalam buku Pengukir Nama Johor berjudul Bajuri Haji Siraj, hasil kajian dan tulisan Sahgidon Dirhan yang menyifatkan Muhamad Indera sebagai pemimpin komunis Melayu yang melakukan kekejaman terhadap bangsanya sendiri.

Pengarahnya, Muhamad Fuad Radzuan berkata, buku tersebut merupakan hasil kajian penyelidik dan penulis individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi dan terserah kepada masyarakat khususnya sejarawan untuk mentafsir dan menilainya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pentafsiran daripada golongan yang tidak arif dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.

Katanya, ini kerana tujuan penerbitan keenam-enam buku berkenaan tokoh Johor adalah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat tentang mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

"YWJ pada dasarnya memberi kebebasan kepada para penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.

''Dengan harapan, ia dapat merangsang penulis lain memperkembang maklumat yang terdapat di dalamnya supaya menjadi lebih komprehensif," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada sidang akhbarnya semalam, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku Pengukir Nama Johor pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera yang ditulis Ismail Adnan.

Jelas Muhamad Fuad, penerbitan kesemua buku melibatkan tokoh Johor ini adalah hasil daripada Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (Pewaris).

''Ia melibatkan penyelidikan sejarah asal usul tempat, kampung, bandar dan tokoh-tokoh negeri ini melalui kajian dan penulisan untuk diketahui dan dihayati masyarakat awam,'' jelasnya.

NIOSH sokong wujud prosedur operasi standard

Posted:

NIOSH sokong wujud prosedur operasi standard

NIOSH sokong wujud prosedur operasi standard

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) menyokong cadangan supaya satu prosedur operasi standard (SOP) diwujudkan sebagai panduan semua pihak, termasuk pengamal media sebelum menyertai misi bantuan kemanusiaan ke luar negara.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, SOP yang dicadangkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu sangat penting untuk keselamatan petugas media terutama tempat yang dianggap berisiko tinggi.

"Sungguhpun keselamatan seseorang tidak boleh dijamin 100 peratus, namun melalui SOP itu dapat mengurangkan risiko yang boleh dihadapi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika menziarahi keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Lam Thye turut menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Allahyarham.

Tambahnya, mereka yang menyertai misi kemanusiaan contohnya perlu diberi kursus mengenai aspek keselamatan.

"Tragedi sedih yang menimpa Allahyarham perlu dijadikan iktibar kepada kita pada masa akan datang.

"Ia juga diharap tidak mematahkan semangat sukarelawan dan pengamal media dalam menyertai misi kemanusiaan ke luar negara, sebaliknya dijadikan iktibar agar kita lebih berhati-hati," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved