Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Khalid ke Mahkamah Syariah?

Posted:

Khalid ke Mahkamah Syariah?

Khalid ke Mahkamah Syariah?

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 6 Sept. – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau, bulan lalu.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

"Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada JAIS pagi ini kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan sebutan kes akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini JAIS tidak menetapkan sebarang tarikh untuk perbicaraan Khalid di mahkamah memandangkan siasatan atas dakwaan itu masih lagi berjalan dan sedang dalam proses untuk disiapkan.

"JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. JAIS memanggil beliau pada pagi ini untuk memberi keterangan," katanya.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu difahamkan, tauliah mengajar yang diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman pada tahun lalu tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempohnya bulan lalu.

Pelancongan golf dipertingkat

Posted:

Pelancongan golf dipertingkat

Pelancongan golf dipertingkat


Najib Tun Razak bersama Ng Yen Yen dan Nazir Tun Razak (enam dari kiri) pada Pelancaran CIMB Asia-Pacific Classic 2011 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 6 Sept. – Kerajaan memberi sokongan padu terhadap pembangunan industri pelancongan golf di negara ini dan kejohanan CIMB Asia-Pacific Classic 2011 merupakan bukti paling ketara serta kemuncak dalam usaha ke arah itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Malaysia semakin menyerlah sebagai destinasi pelancongan golf terkemuka di Asia dengan kewujudan lebih 207 kemudahan untuk sukan itu, yang melibatkan pelaburan lebih RM20 bilion.

"Hasrat kami ialah untuk membawa standard golf profesional dan permainan golf di negara ini ke tahap lebih tinggi melalui platform PGA - pertubuhan golf profesional terkemuka di dunia," kata Najib pada sidang akhbar rasmi CIMB Asia-Pacific Classic 2011 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Edisi kedua kejohanan itu akan berlangsung di The Mines Resort & Club dari 27 hingga 30 Oktober.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelancongan telah membuat penilaian terhadap kejohanan pada tahun lepas dan menyatakan kesediaannya untuk memberi sokongan padu ke arah menjayakan program pembangunan jangka panjang dan berterusan untuk memajukan sukan golf di Malaysia.

''Saya menggalakkan penggiat industri tempatan supaya bekerjasama dengan promoter untuk menawarkan pakej kreatif bagi menarik kedatangan pemain golf luar negara ke Malaysia untuk memanfaatkan, bukan saja kemudahan yang kami sediakan, tetapi juga menikmati keindahan negara ini serta kelazatan makanan dan keunikan warisan budaya yang benar-benar mencerminkan keistimewaan Malaysia," katanya.

Najib berkata, Malaysia memiliki kedudukan unik untuk menerajui pembangunan sukan di Asia dan negara ini turut memiliki alam semula jadi yang mempesonakan.

"Kami bukan saja memiliki kemudahan golf bertaraf dunia, tetapi juga prasarana pelancongan dan warisan budaya yang menjadi pelengkap kepada keseronokan bermain golf yang tidak terdapat di negara lain.

"Kami berbangga kerana dapat menjadi tuan rumah pelbagai acara sukan bertaraf dunia dan kami yakin akan terus berjaya sebagai destinasi terulung di rantau ini dalam arena golf profesional," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kelulusan yang diberi oleh PGA Tour kepada kejohanan itu telah meningkatkan profilnya dan memantapkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi acara sukan utama di rantau ini.

"Kejohanan yang diadakan untuk julung kalinya dulu mencatat kejayaan cemerlang apabila ia mendapat lebih 1,457 siaran dalam 29 bahasa untuk tatapan lebih 500 juta isi rumah di seluruh dunia.

"CIMB Asia-Pacific Classic 2011 akan terus mendapat sokongan padu kami, terutama dalam menjalin kerjasama dengan PGA Tour apabila ia menganjurkan kejohanan itu bagi kali ketujuh dan dalam meningkatkan standard golf profesional dan permainan golf secara keseluruhan di Malaysia," kata beliau. – BERNAMA

Esso Malaysia: Boustead nafi dakwaan

Posted:

Esso Malaysia: Boustead nafi dakwaan

Esso Malaysia: Boustead nafi dakwaan

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Boustead Holdings Bhd. (Boustead) hari ini menjelaskan pihaknya tidak pernah berhasrat menutup operasi loji penapisan di Port Dickson sekiranya berjaya mengambil alih pegangan dalam Esso Malaysia Bhd. (EMB).

Syarikat milik Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu juga menolak dakwaan yang pihaknya bercadang memberhentikan kakitangan.

Boustead membuat penjelasan itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini bagi memperbetulkan laporan tidak tepat ExxonMobil Corporation (ExxonMobil) sebelum ini.

ExxonMobil dalam sidang akhbar baru-baru ini mengatakan tawaran San Miguel Corporation (SMC) menjadi pilihan kerana kesediaan syarikat Filipina itu meneruskan operasi dua loji penapisan di Port Dickson, Melaka.

Isu penjualan saham EMB dan ExxonMobil serta ExxonMobil Borneo kepada SMC pada harga RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham menerima kecaman pelbagai pihak di negara ini kerana urus niaga itu dilihat merugikan Malaysia.

Boustead juga mengakui bidaan syarikat itu dikemukakan kepada ExxonMobil pada Julai 2011 untuk memiliki 65 peratus kepentingan dalam EMB, 100 peratus kepentingan dalam ExxonMobil dan ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd.

Menurut Boustead, pihaknya membuat bidaan berdasarkan kesinambungan dalam perniagaan iaitu meneruskan kendalian kilang ''Boustead telah mengemukakan tawaran yang adil dan kompetitif dari segi harga.

''Bidaan 65 peratus saham dalam EMB mengambil kira kepentingan para pemegang saham minoriti,'' kata Boustead.

Tambahnya, harga purata saham EMB bagi tempoh antara 3 Januari hingga 30 Jun 2011 adalah RM3.943 sesaham.

Sebelum ini, Naib Presiden ExxonMobil, Stafford T. Kelly berkata, SMC dipilih kerana menawarkan pakej harga yang menarik iaitu pada kadar tertinggi RM3.50 sesaham selain bersedia meneruskan operasi loji penapisan serta menjamin pekerjaan bagi 750 kakitangan ExxonMobil.

Kelly mendakwa tawaran SMC itu jauh lebih baik daripada Boustead dan sebuah lagi syarikat tempatan kerana menawarkan harga pembelian lebih rendah serta enggan meneruskan operasi loji penapisan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved