Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sasar 3,400 tan buah-buahan

Posted:

Sasar 3,400 tan buah-buahan

Sasar 3,400 tan buah-buahan

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 6 Sept. – Program Negeri Sembilan sebagai Kebun Buah-buahan dijangka bakal menampakkan keberkesanannya dengan jangkaan penghasilan 3,400 tan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, program berkenaan baru sahaja di peringkat pelaksanaan dan kesan ekonominya hanya akan diketahui dalam tempoh berkenaan.

Ujar beliau, di bawah program ini, setiap rumah kampung dan taman-taman telah dibekalkan dengan dua anak pokok buah-buahan berserta baja kimia sebanyak 500 gram selain baja organik seberat 2 kilogram.

"Jenis pokok buah-buahan yang dibekalkan adalah manggis, nangka, mangga, jambu batu, jambu air, pulasan, kelapa, limau kasturi, limau nipis dan durian belanda.

"Sehingga Jun 2011, sebanyak 30,010 pokok buah-buahan pelbagai jenis telah diedarkan kepada 15,005 orang peserta setakat ini," katanya di sini, hari ini.

Jelas Yunus, keberkesanan program ini diukur mengikut agihan yang disasarkan berjumlah 163,520 pokok yang setakat ini telah diedarkan kepada orang ramai sebanyak 43,142 pokok di seluruh daerah negeri ini dan bakinya akan selesai diedarkan akhir tahun ini.

Tambahnya, tumpuan masa ini adalah untuk meningkatkan bilangan peserta dan penambahan bilangan anak pokok yang akan ditanam di samping memastikan pokok yang dibekalkan dapat ditanam dan dibuat penjagaan yang secukupnya.

"Melalui program ini, kita menjangkakan matlamat yang dicapai akan memenuhi sasaran dan kita akan melaksanakannya dengan terbaik mungkin bagi memastikan program ini dapat memenuhi keperluan yang dihasratkan oleh kerajaan negeri.

"Malah kita berharap, masalah kebergantungan buah-buahan tempatan yang diimport dari negeri-negeri lain dapat dikurangkan sekali gus dapat memenuhi keperluan orang ramai di negeri ini dan sekitar Lembah Klang," ujar beliau.

Trauma makan mi segera bersawang, berulat

Posted:

Trauma makan mi segera bersawang, berulat

Trauma makan mi segera bersawang, berulat


Mi segera yang bersawang dan berulat yang dibeli oleh Syed Mazlan Syed Zubir di sebuah pasar raya di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 6 Sept. - Seorang kakitangan kerajaan terkejut selepas salah satu bungkusan mi segera berjenama terkemuka yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini didakwa bersawang dan berulat.

Syed Mazlan Syed Zubir, 42, berkata, kejadian berkenaan disedari oleh isterinya ketika hendak menyediakan hidangan itu kepada anak perempuannya yang berusia enam tahun baru-baru ini.

"Setelah memeriksa dengan teliti, saya dapati ada benda asing menyerupai sawang labah-labah dan ulat berada di permukaan mi segera itu," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan tarikh luput yang tertera pada pembungkus mi segera itu adalah pada 11 September ini.

"Agak trauma juga saya selepas ini untuk menikmati mi segera tersebut kerana bimbang mengandungi ulat," dakwanya.

Syed Mazlan berkata, syarikat pengeluar mi segera tersebut perlu menjalankan pemeriksaan secara lebih teliti dan kerap ke atas produk makanan mereka yang dijual bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Taman burung terbesar Asia di Melaka

Posted:

Taman burung terbesar Asia di Melaka

Taman burung terbesar Asia di Melaka

MELAKA 6 Sept. - Sebuah taman burung terbesar di Asia akan dibina di Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini melibatkan kos bernilai RM30 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, taman seluas 1.8 hektar itu akan mula dibina menerusi peruntukan Kementerian Pelancongan hujung bulan ini.

Menurutnya, Syarikat Terbit Serba Boleh Sdn. Bhd. (STSB) telah dilantik untuk membina taman burung dan dijangka memakan masa 18 bulan untuk disiapkan.

"Taman burung ini akan menjadi satu lagi mercu tanda tarikan pelancong datang ke negeri ini kerana ini merupakan taman burung terbesar di Asia.

"Taman ini juga lebih besar daripada Jurong Bird Park yang terdapat di Singapura dan Taman Botanikal dipilih kerana mempunyai hutan hujan tropika yang amat sesuai untuk menempatkan pelbagai spesies burung di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke tapak pembinaan taman burung di Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd. Ali berkata, taman itu akan menempatkan kira-kira 300 spesies burung dan enam spesies utama burung kakak tua yang akan menjadi tarikan utama.

Selain menempatkan burung-burung tempatan katanya, pelbagai spesies burung dari rantau Asia akan turut terdapat di taman ini.

Katanya, antara spesies burung itu ialah burung kasih, bangau kendi, enggang badak, nuri pekicau, kakak tua jambul kuning, nuri jalur kuning, burung unta, burung upeh, burung bangau dan sebagainya.

"Kita telah minta STSB untuk menyiapkan taman ini dalam tempoh setahun dan bukannya 18 bulan. Jika siap nanti, ia mampu menarik kedatangan 1 juta pelancong setahun," katanya.

Beliau berkata, taman tersebut akan dilengkapi restoran, kedai menjual cenderamata, tandas, surau, taman permainan kanak-kanak, kawasan rehat, pentas, tempat letak kereta dan bas.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved