Sabtu, 8 Februari 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Zizan kuasai anugerah Meletop Era

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
pengarang@utusan.com.my

Zizan Razak memenangi Anugerah Kategori Top Top Meletop (lelaki) di Anugerah Meletop ERA di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. - MINGGUAN/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai selebriti paling berpengaruh apabila menguasai Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Zizan unggul menerusi empat daripada 17 kategori yang dipertandingkan seperti Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop.

Selain itu, dia juga pulang bergaya dengan wang tunai RM15,000 dan trofi apabila memenangi kategori Anugerah Wechat Meletop yang dipilih berdasarkan undian tertinggi menerusi aplikasi Wechat.

Kemenangan Zizan sudah dijangka apabila mendapat pencalonan tertinggi sekali gus membawa dia sekali lagi untuk memenangi kategori Top Top Meletop (Lelaki) manakala pelakon baru Zara Zya memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita). Kedua-duanya memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, penyanyi Hafiz pula memenangi tiga kategori iaitu Grup/Duo Meletop bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Penyanyi Meletop manakala lagu Bahagiamu Deritaku miliknya diangkat sebagai Lagu Meletop.

Dalam pada itu, duo kelahiran Singapura, Sleeq memenangi kategori Artis Serantau Meletop.

Filem KL Gangster 2 yang penuh kontroversi apabila dibocorkan di internet sebelum tarikh tayangan pula memenangi kategori Filem Meletop.

Lain-lain anugerah ialah Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Program TV Meletop, Bintang TV Meletop dan Bintang Filem Meletop

Anugerah yang pertama kali diadakan itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.

Persembahan daripada selebriti tempatan seperti Mark Adam, Najwa Latif, Azhael AF 2013, Altimet, Awi Rafael, Hazama, Stacy, Hafiz, Royal FT Force, Cakra Khan, Zizan, Kaka, Waris dan Datuk Hattan memeriahkan lagi majlis penganugerahan tersebut.

Rahim projek khas Sepahtu

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Aksi kumpulan Sepahtu pada pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013, malam kelmarin.

SHAH ALAM 8 Feb. - Kehadiran Rahim ternyata membawa tuah kepada Sepahtu apabila kumpulan tersebut dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) yang berlangsung di Stadium Malawati, semalam.

Kumpulan itu sebelum ini dianggotai oleh Jep dan Shuib tetapi telah mengundang Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 43, sebagai tambahan trio itu dalam MLM 2013.

Menurut Jep atau Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 28, penglibatan Rahim dalam kumpulan tersebut boleh dikatakan sebagai projek khas mereka.

"Rahim banyak membantu dan kami sungguh bersyukur serta berbangga kerana dia juga berusaha untuk melayakkan kumpulan kami beraksi di pentas akhir MLM 2013.

"Kemenangan kami sungguh tidak disangka dan wang akan dikongsi secara bersama. Pembabitan Rahim dalam kumpulan ini adalah kerjasama yang sudah dibincang sebelum ini memandangkan Rahim juga mempunyai kumpulan lain iaitu R2.

"Dari awal lagi, beberapa penjelasan telah diberikan kepada adik Rahim iaitu Ridhzuan Mat Ali yang turut menganggotai kumpulan R2," katanya ketika ditemui selepas pertandingan akhir MLM 2013 malam tadi.

Bagaimanapun, Jep berharap, ketiga-tiga mereka akan kekal sebagai sebuah kumpulan selepas program MLM berakhir.

Sementara itu, kumpulan Shiro yang diwakili Shahrol Azizie Azmi, 29, atau Shahrol dan Mohd. Hanaffi Razak atau Ajak, 27, berpuas hati di tempat kedua walaupun tidak menepati ramalan awal sebagai juara.

Kata Shahrol, mereka tidak pernah memikirkan akan kemenangan tetapi apa yang penting adalah lawak yang berkualiti dipersembahkan kepada penonton.

"Kami sudah berpuas hati dengan pencapaian kami yang telah layak ke akhir. Peminat adalah penyokong utama kami dan tanpa mereka kami tidak akan dapat gelaran naib juara.

"Penglibatan dalam MLM 2013 banyak membantu kami dan dianggap sudah lengkap dalam meningkatkan mutu lawak untuk menghiburkan penonton," katanya.

Dalam pada itu, kehadiran pelawak baru yang menggelar diri mereka sebagai Bocey juga memberi persaingan sengit kepada dua kumpulan yang menduduki tempat kedua teratas.

Mewakili kumpulan tersebut, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah berkata, mereka tidak menyasarkan apa-apa memandangkan kesemua kumpulan yang bertanding adalah hebat dan berbakat.

"Sebagai kumpulan baharu, kami tahu di mana tahap kekuatan dan kedudukan kami tetapi tidak pernah berputus asa untuk berusaha mencapai segala impian kami," katanya yang akan terus bersama dengan dua orang lagi kumpulan Bocey iaitu Abam dan Fad.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved