Sabtu, 8 Februari 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Turki tumpas rampas pesawat

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

lelaki yang disyaki cuba merampas sebuah pesawat dan mengancam meletupkan bom di dalam pesawat itu ditahan di Lapangan Terbang Sabiha Goksen di Istanbul, Turki, kelmarin. - AFP

ISTANBUL 8 Feb. - Jet pejuang Turki memaksa sebuah pesawat penumpang mendarat di sebuah lapangan terbangnya, selepas seorang lelaki bertindak merampas pesawat itu dengan mengancam untuk meletupkan bom di dalam pesawat tersebut, semalam.

Juruterbang pesawat Pegasus Airlines Boeing 737-800 yang membawa 110 penumpang itu berjaya memberi maklumat tentang rampasan itu sebelum memasuki ruang udara Turki.

Sejurus kemudian, jet pejuang F-16 Turki dikerah memaksa pesawat itu yang berlepas dari bandar Kharkov, Ukraine supaya mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di sini.

Perampas itu yang dikenali sebagai seorang lelaki warga Ukraine berumur 45 tahun kemudian berjaya diberkas pasukan keselamatan Turki dalam satu operasi.

Sebelum itu, suspek mengarahkan juruterbang mengubah haluan penerbangan ke Sochi, venue Sukan Olimpik Musim Sejuk di Rusia.

Operasi dilancarkan pada pukul 10 malam waktu tempatan, beberapa jam selepas pesawat itu mendarat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Turki, Habib Soluk berkata, lelaki itu memegang sebuah bahan peledak dan cuba memasuki kokpit dan mendakwa ada bom di dalam pesawat itu.

Pasukan keselamatan berjaya menangkap suspek dan tidak berlaku sebarang kecederaan, katanya, sambil menambah kata, kesemua penumpang telah dipindahkan dari pesawat itu dengan selamat.

Sementara itu, Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu dalam sidang media selepas operasi itu berkata, suspek membawa sebuah beg kecil mengandungi barangan elektronik dan bukannya bom.

Sekeping gambar yang disiarkan rangkaian berita NTV menunjukkan seorang lelaki memakai baju berwarna merah, putih dan biru dipercayai suspek, berdiri berhampiran tempat duduknya di bahagian hadapan pesawat dengan krew kabin memerhatikannya.

Klip video turut menunjukkan penumpang pesawat duduk dengan tenang di dalam pesawat berkenaan sebelum pasukan keselamatan melancarkan operasi menyerbu pesawat itu. - REUTERS

Israel serbu Masjid al-Aqsa

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Beberapa wanita Palestin membawa bendera Palestin ketika polis Israel menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, selepas solat Jumaat, kelmarin. - AFP

BAITULMAQDIS 8 Feb. - Satu pertempuran tercetus antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid al-Aqsa selepas solat Jumaat, semalam.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan polis Israel menggempur kawasan masjid itu dan menggunakan bom tangan pegun ke atas penduduk Islam Palestin, yang kemudian bertindak balas membaling batu ke arah polis Israel.

Seorang penduduk Plestin dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Imam masjid, Mohamed Hussian mengutuk serangan di kawasan suci orang Islam itu yang turut dikenali sebagai Temple Mount oleh penganut Yahudi.

Mereka jelas mencabul kehormatan Masjid al-Aqsa dan ini merupakan satu kesalahan dalam agama dan undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Israel bertanggungjawab dalam hal ini kerana mengarahkan polis mereka menyerbu ke dalam masjid secara ganas," katanya.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld mendakwa polis bertindak selepas mereka dibaling dengan batu oleh penduduk Palestin.

Selepas solat Jumaat, penduduk Palestin mula melontar batu ke arah polis yang berada di kawasan Mughrabi di luar masjid.

Unit polis kemudian bertindak balas menggunakan bom tangan pegun dan memasuki kawasan masjid bagi menyuraikan perusuh," katanya.

Rosenfeld berkata, polis menahan tujuh penduduk yang terlibat dalam serangan itu.

Dalam perkembangan lain, tentera Israel menyuraikan bantahan penduduk Palestin di Lembah Jordan dekat Ramallah di Tebing Barat, yang bermula sejak seminggu lalu berikutan keengganan Israel mengeluarkan kawasan itu dalam perjanjian damai.

Menurut satu kenyataan, tentera, polis serta pengawal sempadan meminta kumpulan pembantah meninggalkan kawasan itu sebelum mengusir mereka dari kawasan itu.

Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Diana al-Zeer, tentera Israel menggempur dan melemparkan bom tangan serta menggunakan kekerasan untuk mengeluarkan mereka dari kawasan tersebut. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved