Sabtu, 8 Februari 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ringkas namun elegan

Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST

TUDUNG kain polos sesuai digayakan dengan blaus bercorak.

SIAPA kata penampilan ringkas tidak cantik. Kadangkala penampilan yang terlalu sarat akan membuatkan kita dipandang pelik kerana kelihatan tidak kena pada gaya.

Mana tidaknya, dengan melilit selendang tebal di atas kepala, ditambah lagi dengan ropol-ropol pada selendang membuatkan kita seolah-olah mempunyai serban yang besar di atas kepala!.

Bukan sahaja ia tidak sesuai digayakan, bahkan membuatkan diri si pemakai tidak selesa, sekali gus merimaskan.

Justeru, penampilan lebih ringkas adalah lebih baik dan senang digayakan ke mana sahaja.

Penggunaan kain daripada jenis polos satu warna memberikan kesan yang minimum tetapi elegan, tidak serabut dan cantik dipandang.

Malah kain seperti itu banyak memberikan kemudahan, selain seseorang tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk memakai, membetulkan tudung dan sebagainya.

Cuma pin dan lilit sahaja, semuanya akan nampak cantik. Jika pandai, pelbagai cara lilitan boleh digayakan bagi menampakkan kelainan dari segi pemakaian tudung.

Koleksi yang didatangkan oleh Cloverush ini diberi nama Lanaa dan Elle menggunakan material jenis crepe bagi Elle dan kapas Viscose berkualiti untuk koleksi Lanaa. - AMIRUL

Formula atasi kulit merengsa

Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST

LOSYEN muka berbentuk cecair pertama oleh jenama Clinique.

RAMAI wanita beranggapan bahawa mempunyai kulit kering dan merengsa mungkin disebabkan faktor genetik.

Pelbagai kajian ke atas kulit menunjukkan kulit orang Asia lebih sensitif dan mudah terdedah kepada rasa pedih serta mengalami penyahhidratan disebabkan lapisan kulit yang nipis.

Bagi mencari penyelesaian terhadap penemuan saintifik tersebut, Clinique telah menemui formula khusus untuk kulit orang Asia iaitu Even Better Essence Lotion, losyen muka berbentuk cecair pertama oleh jenama tersebut.

Produk terbaru daripada Clinique itu mengandungi bahan dipanggil NMF Complex yang berfungsi seolah membuka kunci yang menyekat lembapan, menjadikan kulit serta merta terhidrat dan tahap kelembapan semakin baik untuk jangka masa panjang.

Selain itu, ia turut menjadikan kulit lebih berseri dan bersinar melalui kandungan bahan-bahan pencerah sekali gus menyelesaikan masalah kulit kusam dan pucat.

NMF Complex diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak tembikai, epal, dan kekacang serta sodium PCA, bagi membantu mengekalkan terhidrat pada paras optimum bagi menjadikan kulit lebih lembut dan anjal, manakala ekstra timun memperbaiki tahap kelembapan.

Turut ditampilkan Even Better Brightening Moisture Cream Plus, pelembap yang dibangunkan khusus untuk kulit kering dan kombinasi.

Diperkaya dengan mentega shea dan avocado yang bertindak mengganti dan mengembalikan kandungan lipid dalam sel kulit. Lipid merupakan bahan yang membantu menguatkan lapisan pelindung pada kulit menjadikan ia terhindar daripada kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang merosakkan.

Kesemua produk ini boleh diperoleh bermula Februari ini pada harga RM125 bagi Even Better Essence Lotion dan RM175 bagi Even Better Brightening Moisture Cream Plus.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved