Ahad, 29 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kawalan di sempadan tetap terkawal - Panglima Dua Divisyen

Posted: 29 Dec 2013 12:35 AM PST

PASIR MAS 29 Dis. - Keadaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand adalah terkawal walaupun berlaku beberapa kejadian termasuk letupan bom di selatan Thailand baru-baru ini.

Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad berkata, anggota pasukan keselamatan Malaysia tetap bersiap sedia menangani keadaan.

Beliau hari ini melawat kawasan sempadan di Jeram Perdah, Rantau Panjang di sini.

Turut hadir ialah Panglima Briged Kelapan Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Zaki Hamzah dan Panglima Briged Sempadan, Brig Jen Hasagaya Abdullah.

Mohd Shukuri juga berkata, sejak berlaku siri letupan bom di Danok pada 22 Dis lalu, jumlah rakyat Malaysia yang mengunjungi selatan Thailand dilaporkan semakin berkurangan. - BERNAMA

Penjawat awam jadi mangsa banjir boleh buat tuntutan insurans-PM

Posted: 28 Dec 2013 10:15 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan dan merupakan mangsa banjir baru-baru ini, boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam akaun Twitternya hari ini bagi mengulas pautan twitter Bernama bertajuk Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam. - BERNAMA

Tokoh veteran UMNO meninggal dunia

Posted: 28 Dec 2013 08:03 PM PST

MELAKA 29 Dis. - Tokoh veteran UMNO dan pejuang kemerdekaan, Datuk Borhan Mat Yaman, 85, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Jenazah dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Klebang Kechil dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klebang selepas waktu zuhur. - ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved