Jumaat, 27 September 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


7 calon Pulau Pinang batal

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD dan AZELI ALI
pengarang@utusan.com.my

Musa Sheikh Fadzir (kiri) bersama Daud Taha menunjukkan nama tujuh calon pemilihan UMNO yang dibatalkan berikutan keahlian mereka digantung oleh Lembaga Disiplin parti dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

PULAU PINANG 26 Sept. - Sebanyak tujuh pencalonan dari negeri ini untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian dalam pemilihan UMNO dibatalkan berikutan keahlian mereka digantung Lembaga Disiplin parti.

Enam daripada mereka dari Bahagian Tasek Gelugor iaitu calon jawatan Pengerusi Tetap Bahagian, Mahamad Tahir Yusof; Dr. Md. Rozi Yusof (Timbalan Ketua Bahagian), Datuk Jasmin Mohamed (Naib Ketua Bahagian), Salmah Ahmad (Naib Ketua Wanita Bahagian) serta dua calon Ahli Jawatankuasa Bahagian, Azmidy Mohamad dan Rahim Che Noor.

Seorang lagi calon ialah Abd. Rashid Abdullah yang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian Nibong Tebal.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Daud Taha berkata, kesemua calon tersebut digantung keahlian kerana cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum lalu.

"Pada 23 September lalu, kita menerima surat bertarikh 20 September 2013 daripada ibu pejabat parti yang menyatakan hak-hak keahlian ketujuh-tujuh mereka digantung.

"Berdasarkan peraturan parti, mereka tidak boleh dipilih untuk bertanding, justeru pencalonan mereka ditarik keluar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzil.

Menurutnya, kedudukan calon-calon lain masih belum muktamad kerana saringan akhir sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat UMNO.

"Mereka nak pastikan semua calon tiada masalah seperti ada kes polis, bankrap dan sebagainya," ujarnya.

Calon berazam bersaing secara sihat meskipun pertandingan sengit

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Ahmad Zubib Saad, Halim Hassan, Abdul Jalim Mohamad

KULIM 26 Sept. - Calon-calon bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai berazam akan bersaing secara sihat dan tidak akan melakukan serangan peribadi sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Penyandang Setiausaha UMNO Bahagian, Ahmad Zubib Saad, 54, yang bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian berkata, walaupun berlakunya persaingan sengit iaitu melibatkan enam calon, beliau yakin proses berkempen dan pemilihan akan berjalan dengan lancar.

Katanya, kesemua calon juga bersaing secara terbuka, malah perhubungan antara kesemua mereka adalah rapat.

Walaupun berlaku persaingan sengit, tidak timbul soal serangan secara peribadi. Saya rasa setiap calon membawa misi berbeza.

Bagi saya, saya berganding bahu dengan tenaga muda yang professional untuk memastikan UMNO Bahagian Padang Serai berdaya maju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zubib berkata, beliau bergandingan dengan calon Timbalan Ketua Bahagian iaitu seorang pegawai perubatan, Dr. Raja Zainal Abidin Raja Hashim, 44, dan calon Naib Ketua Bahagian, Pakhirakiruddin Mat Saad, 44, yang juga peguam.

Sementara itu, penyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Halim Hassan, 48, yang turut bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam menghadapi pesaing-pesaingnya.

Saya yakin para perwakilan dan ahli-ahli dapat menerima baik saya. Sepanjang bertugas sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian, saya percaya telah melaksanakan tugas dengan jayanya," katanya.

Seorang lagi calon Ketua UMNO Bahagian, Abdul Halim Mohamad, 54, berkata, beliau sedia menghadapi lawan secara sihat dan terbuka.

Katanya, dalam pemilihan kali ini, beliau bergandingan dengan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kulim, Ahmad Asri Ariffin, 58, untuk merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Penghulu Mukim Keladi, Abdul Khalid Embi, 48, bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian.

Selain Ahmad Zubib, Halim dan Abdul Halim, tiga lagi calon bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai ialah penyandang Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Asmaidi Abu Talib; pemimpin belia, Ku Ahmad Rosidi Ku Mat Esa dan ahli UMNO, Mohamad Khozali Junus.

Tiga bahagian 'panas' rebut jawatan Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

PULAU PINANG 26 Sept. - Tiga bahagian di negeri ini bakal menjadi tumpuan dalam pemilihan parti bulan depan berikutan pertembungan empat penjuru bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian iaitu di Permatang Pauh, Jelutong dan Bukit Bendera.

Di Bahagian Permatang Pauh, calon-calon yang akan bertanding ialah Datuk Abdul Jalil Abdul Majid selaku penyandang, Abdul Naseer Mohamed Sherif, Datuk Ahmad Saad dan Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Di Jelutong pula menyaksikan perebutan antara Abdul Razak Abdul Rahman (penyandang), Mohd. Shariff Ibrahim, Nazri Ahmad dan Mohamad Ariffin Samsuddin.

Sementara itu di Bukit Bendera pula, Datuk Ahmad Ismail, Mohamed Ismail Mohamed Othman, Rose Akmar Ahmed dan Datuk Mohd. Salim Bari bersaing merebut jawatan Ketua Bahagian tersebut.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut menjadi tumpuan adalah pertemuan tiga penjuru bagi jawatan itu di Bagan yang ditandingi Shaik Hussein Mydin, Nor Haidi Che Dan @ Che Din dan Marzuki Yahya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved