Sabtu, 7 September 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Minat sejak sekolah

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

AJAK tidak berkesempatan untuk menunggang motosikal disebabkan jadual hariannya yang padat.

MOTOSIKAL berkuasa tinggi dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan, begitu jugalah dalam hidup insan seni yang bergelar pelawak, Mohamad Hanaffi Razak atau lebih dikenali dengan nama Ajak Shiro.

Menurut Ajak, sejak kecil dan masih bersekolah lagi, dia sudah meminati dunia permotoran. Namun, ketika itu dia belum berpeluang memiliki motosikal berkuasa tinggi, sebaliknya motosikal biasa sahaja.

Waktu itu masih bersekolah, jadi motosikal yang dimiliki cuma motosikal biasa, tetapi cukuplah untuk melepaskan keinginan menunggang laju pada waktu itu.

Tidak dinafikan sewaktu zaman persekolahan dahulu saya agak nakal orangnya, selalu juga menunggang laju bersama rakan-rakan apabila ada kelapangan.

Boleh dikatakan waktu itu memang saya seorang Mat Rempit, sehinggakan pernah ditahan pihak polis akibat perbuatan tersebut," katanya yang kini berusia 27 tahun.

Ajak mula dikenali selepas dia bersama seorang lagi rakannya dalam kumpulan Shiro iaitu Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menjuarai pertandingan Raja Lawak musim keenam (RL6).

Tambah Ajak yang sudah mendirikan rumah tangga sejak berusia 23 tahun lagi, dia mula memasang impian untuk mempunyai sebuah motosikal berkuasa tinggi apabila mula memasuki alam pekerjaan.

Habis sahaja sekolah, saya terus bekerja dan pada waktu itulah, mula timbul niat untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. Namun pendapatan pada waktu itu tidak mengizinkan.

Tetapi mujurlah rezeki memihak kepada saya dan Shahrol apabila kami berjaya muncul juara RL6. Ini kerana tidak lama selepas itu, saya beroleh perkara yang telah lama saya idamkan.

Perkara utama yang saya suka berhubung motosikal berkuasa tinggi ini adalah kelajuan yang dapat dicapainya. Ini kerana saya merupakan seorang yang amat suka kepada kelajuan," katanya yang membeli motosikal Honda CB400 selepas bergelar juara.

Ajak yang kini memiliki motosikal Kawasaki Z1000 berkata, pada awalnya dia berniat untuk menunggang motosikal apabila mempunyai kelapangan, namun ternyata, perancangan asalnya tidak menjadi.

Mulanya saya fikir bila sudah memiliki motosikal ini, dapatlah saya selalu menunggangnya tetapi sebaliknya berlaku kerana jadual harian yang padat sehingga sukar mencari masa untuk berbuat demikian.

Jadi, motosikal saya itu lebih banyak mengumpul habuk di rumah daripada digunakan, sehingga isteri saya pernah menyuruh saya menjual sahaja motosikal tersebut," katanya sambil ketawa kecil.

Namun begitu, Ajak akan mencari peluang untuk keluar menunggang sama ada bersendirian ataupun secara konvoi sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana dia amat meminati hobi tersebut.

Cabaran melawak spontan

Selepas muncul juara RL6, tumpuan kumpulan Shiro tidak terhenti setakat itu kerana mereka turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012, di belakang kumpulan Jozan dan Jambu.

Jelas Ajak, cabaran sewaktu menyertai pertandingan tersebut amat tinggi, apatah lagi bersaing bersama nama-nama yang cukup besar dalam industri lawak jenaka tempatan.

Tidak dinafikan cabaran dan tekanan untuk kedua-dua pertandingan tersebut amat tinggi, namun kami mempunyai masa dan ruang untuk berlatih lawak dan apa yang mahu disampaikan.

Ia ternyata berbeza dengan satu lagi pertandingan yang mana saya turut serta kini iaitu Super Spontan 2013," katanya yang menganggotai kumpulan Semut Sentap bersama pelawak Johan Raja Lawak, Jep Sepahtu dan juga Norkhiriah.

Rancangan yang sudah bersiaran sejak 30 Ogos lalu ini disiarkan di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134) setiap Jumaat pada pukul 10 malam.

Tambah Ajak lagi, dia sedar kedudukannya dalam pertandingan ini belum sebaris dengan nama-nama besar lain tetapi dia melihatnya sebagai satu cabaran dan juga platform untuk mengukuhkan dirinya sebagai pelawak tanah air.

Tidak dinafikan kesemua yang terlibat sudah mempunyai jenama tersendiri dan masing-masing amat hebat ketika beraksi, jadi saya mahu melihat sejauh mana saya dapat bersaing dan juga belajar daripada mereka.

Untuk menang pertandingan ini memang jauh sekali, tetapi saya juga tidak mahu mengalah begitu sahaja, sekurang-kurangnya saya berharap untuk bertahan sehingga memasuki minggu keempat.

Jika dapat bertahan lebih lama daripada itu, bagi saya itu sudah dikira kemenangan," katanya yang amat menghormati dan mengagumi bakat serta sifat yang ditunjukkan oleh seorang lagi pelawak iaitu Jep.

Kwon Sang Woo kecewa

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

Bersama Noona Kha-jidah

HERO drama King Of Ambition, Kwon Sang Woo melahirkan perasaan kecewa di laman sosial tentang khabar angin yang mendakwa dia menjalin hubungan dengan personaliti televisyen yang juga model, Kang Ye Bin.

Saya benar-benar sakit hati dan sebab itulah saya tinggalkan pesanan di laman sosial fancafe ini. Saya boleh menganggap gosip ini sebagai gurauan tapi bagaimana dengan keluarga dan peminat saya. Dapatkah mereka terima seperti mana saya terima berita ini," katanya.

Isterinya, Son Tae-young yang berlakon sebagai Lee Hye-shin dalam drama Youre the Best, Lee Soon-shin yang dikahwini sejak lima tahun lalu tampil memberi sokongan kepada Kwon Sang Woo menerusi Facebooknya.

Tae shin daripada Medical Top Team, Kwon Sang Woo, jangan ambil kisah dengan apa yang diperkatakan, tumpukan perhatian pada kerja. Foto awak dalam majalah Bazaar tampak menarik," ungkapnya.

Sementara itu, Kang Ye Bin menerusi agensinya, F.I.S Enterprise berkata, gosip yang disebarkan itu tidak benar dan tidak berbaloi untuk mereka mengambil tindakan.

Dalam pada itu, agensi Kwon Sang Woo berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang menyebar berita palsu itu. Tindakan undang-undang akan diambil kerana penyebaran itu menyebabkan aktor tersebut tertekan dan menggugat kebahagiaan rumah tangganya.

Biarpun berduka, Kwon Sang Woo tetap meneruskan penggambaran drama Medical Top Team sebagai Park Tae Shin. Drama itu turut dibintangi oleh Jung Ryeo Won, Joo Ji Hoon, Alex (Clazziquai), Lee Hee Jin, dan Minho, anggota SHINee yang bakal bersiaran pada 2 Oktober nanti selepas tayangan drama Two Weeks selesai.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved