Sabtu, 7 September 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Himpunan haram: Polis Kelantan tahan 4 lelaki

Posted: 07 Sep 2013 09:32 PM PDT

KOTA BHARU 8 Sept. - Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 20 orang telah berhimpun pada masa itu namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.

Sementara itu, dua lelaki maut dan seorang parah selepas kenderaan mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Salor Baharu-Pasir Mas pada pukul 2 pagi ini.

Mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Honda Civic iaitu Mohd Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang Muhammad Atras Ramli, 29.

Muhammad Atras maut di tempat kejadian manakala Mohd Asrul Afian meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala yang parah Azizul Abdullah, 29, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dua lagi rakan mereka yang berumur berumur 29 dan 21 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jalaluddin berkata, kesemua mereka berasal dari Jertih, Terengganu dan dipercayai kenderaan ketika itu dipandu laju sehingga terbabas. - BERNAMA

Pemuda rentung dalam kebakaran di Telupid

Posted: 07 Sep 2013 09:29 PM PDT

BELURAN 8 Sept. - Seorang pemuda rentung manakala seorang lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah dan stor penyimpanan diesel di Kampung Gambaron 2 di Telupid kira-kira 7.30 malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sahar Mohd. Hatta, 26, manakala Rahmat Misse, 25, yang melecur kini menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan stabil.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.59 malam.

Katanya, anggota bomba diketuai Pegawai Operasi Bernadius Jacob hanya tiba di tempat kejadian pada 9.27 malam disebabkan lokasi kejadian terletak jauh kira-kira 99 kilometer dari Kinabatangan.

Menurutnya, operasi memadam api tamat pada pukul 9.50 malam dan mayat mangsa ditemui rentung di bawah sisa rangka rumah yang musnah terbakar.

Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved