Rabu, 4 September 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Konsert jazz di Dewan Filharmonik 22 September

Posted: 04 Sep 2013 03:59 AM PDT

Oleh MOHAMMED KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Sebuah konsert muzik jazz yang menampilkan tiga penyanyi tempatan iaitu Atilia, Elvira Arul dan Dina Nazir bakal diadakan bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 22 September ini.

Konsert MPO and All That Jazz itu merupakan sebahagian daripada program DFP Seni Festival yang bertujuan untuk mempromosi pelbagai genre muzik yang berbeza di pentas berprestij tersebut.

Harga tiket bermula daripada RM60 hingga RM250 dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.mpo.com.my. - UTUSAN ONLINE

Rock jadi batu loncatan

Posted: 03 Sep 2013 10:30 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

ALBUM single pertama Nora Shima yang berada di pasaran baru-baru ini menjadi taruhan pertama .

INDUSTRI muzik tempatan tidak pernah sunyi dengan dentuman irama rock yang sentiasa relevan pada sepanjang zaman. Begitu juga dengan para penyanyi yang mendukung muzik rock sentiasa datang dan pergi silih berganti pada setiap dekad di negara ini.

Kalau pada era tahun 1980-an, Ella dan Shima antara penyanyi rock yang mewarnai persada muzik tanah air dan Abot sewaktu dekad 1990-an, maka pada era hari ini Nora Shamira pula merupakan rocker wanita terbaru yang bakal memeriahkan lagi bidang itu.

Pada usianya yang kini baru mencecah 18 tahun, Nora atau nama sebenarnya Nursyamira Shamsudin sudah mula mengembangkan bakatnya dalam kancah irama rock tempatan. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa dan akan menggunakan kesempatan itu.

Nora bertekad mahu melakar nama seperti yang pernah dilalui oleh Ella, Shima dan Abot dalam bidang yang diceburinya itu. Justeru, pada usianya kini yang masih hijau dia beranggapan ia adalah masa yang tepat untuk mencapai impian tersebut.

"Sebab itu selepas sahaja habis belajar di sekolah menengah sampai tingkatan lima, saya terus mengambil keputusan mahu menjadi penyanyi sepenuh masa. Saya nekad tidak mahu sambung belajar selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun lepas.

"Saya yakin dengan bakat menyanyi yang ada dan mahu menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya saya mulai sekarang. Saya tidak menyesal tidak sambung belajar dan ini adalah pilihan saya sendiri," katanya kepada Hits di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Nora, dia yang meminati muzik dan menyanyi sejak berusia lima tahun banyak didedahkan dengan penyanyi rock seperti Ella dan Shima & The Boys yang mana ia turut mempengaruhi minatnya terhadap muzik rock walaupun ia kedengaran bingit serta keras bunyinya.

Malah, kata penyanyi berasal dari Mersing, Johor ini lagi, irama rock dilihat cukup serasi dengan suara serta penampilan dirinya yang suka kelihatan ranggi. Sebab itu katanya, rock lebih dekat dengan jiwa serta pemilihan konsep muzik itu dalam bidang yang diceburinya itu.

"Sewaktu mahu menggunakan nama Nora sebagai nama komersial, ada orang kata nama itu kurang sesuai kerana sudah ramai artis seperti penyanyi Nora dan pelakon Nora Danish yang menggunakan nama ini. Tetapi saya suka dengan nama ini yang ringkas.

"Bagi memperlihatkan kelainan saya tambahkan Shamira dihujung nama Nora itu bagi membezakan saya dengan artis lain yang juga menggunakan Nora sebagai nama komersial mereka. Saya harap nama Nora juga akan membawa tuah seperti juga Ella atau Shima," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved