Isnin, 14 April 2014

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Khazanah marin Brunei

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

Oleh Mohd. Hazli Hassan

PELURU lama di tempat kapal Amerika karam antara lokasi hot-spot selam skuba di Brunei.

MENYELAM skuba di Brunei Darussalam mungkin agak asing bagi kebanyakan penyelam skuba. Malah bukan hanya asing bagi penyelam skuba Malaysia, Brunei juga tidak tersenarai dalam peta selam skuba dunia.

Namun dalam diam-diam, negara yang mempunyai pemerintahan beraja mutlak itu menyimpan permata menarik di dasar lautnya, malah hampir keseluruhan dasar laut Brunei masih utuh dengan pelbagai landskap marin menarik.

Kru Lensa Panca yang berkesempatan menyelam ke dasar laut perairan Brunei baru-baru ini atas tajaan Penerbangan Royal Brunei, Brunei Tourism, Poni Divers dan Rakyat Travel kagum dengan apa yang ada di Brunei walaupun tidak dapat menandingi kehebatan marin di Malaysia.

Ini disebabkan Brunei yang hanya berkeluasan 5,765 kilometer persegi itu masih boleh memberikan keasyikan dan keunikan dasar lautnya.

Bagaimanapun, penyelam skuba yang mahu menyelam di Brunei perlu mengetahui masa yang sesuai bagi mengelakkan diri terperangkap dengan angin monsun yang membadai perairan itu.

Namun apa yang menjadi tarikan ketika menyelam di Brunei ialah puluhan kapal karam Perang Dunia Kedua dan juga beberapa kapal karam diraja yang dikaramkan bagi membolehkan ia menjadi tukun tiruan dan lokasi selam skuba yang unik.

Mereka yang berminat untuk merasai sendiri menyelam di Brunei boleh menghubungi Rakyat Travel di talian 03-26812761/62/63 atau lawat laman web Brunei Tourism di www.bruneitourism.travel untuk mengetahui pakej-pakej selam skuba sedia ada.

Jika ada sebarang pertanyaan, e-mel dengan subjek Dasar Laut ke klik.mingguan@gmail.com. Sebahagian karya saya boleh dilihat di Flickr-http://bit.ly/fotobobo.

RAKAMKAN apa sahaja subjek atau suasana. Tujuh gambar terbaik akan dipilih untuk diterbitkan dalam ruangan ini. Sila sertakan nama, alamat, tajuk gambar, keterangan ringkas gambar, jenis kamera, jenis lensa, bukaan (aperture), kelajuan pengatup (shutter), ISO. Sila hantar ke pcdanpen@gmail.com.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved