Isnin, 14 April 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masyarakat diminta salur maklumat kepada polis

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

JOKHIRI Abd. Aziz melepaskan peserta program Riadah Berbasikal di IPD Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 13 April - Masyarakat luar bandar diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis yang melakukan rondaan bagi bersama-sama mencegah jenayah di kawasan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendan Jokhiri Abd. Aziz berkata, tugas yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai, sebaliknya merupakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Beliau berkata, usaha membendung jenayah perlu mendapat sokongan daripada masyarakat dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kejadian yang tidak diingini di komuniti mereka.

Kami bersedia untuk diundang bagi menjayakan program-program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan aspek pencegahan jenayah," katanya selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal sempena peringatan Hari Polis Ke-207 peringkat daerah di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Pontian, di sini baru-baru ini.

Seramai 40 anggota polis dan 20 orang awam mengambil bahagian dalam acara tersebut melibatkan kayuhan sejauh 26 kilometer melalui Kampung Parit Patah sehingga ke Kampung Parit Basilam.

Jokhiri gembira dengan sambutan oleh orang ramai yang turut serta menjayakan program tersebut sebagai tanda sokongan atas usaha bagi mendampingi masyarakat.

Program ini juga salah satu aktiviti komuniti kepolisian untuk memberi kesempatan kepada pihak polis mendekatkan diri dengan masyarakat luar bandar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Riadah Berbasikal IPD Pontian, Asisten Supritendan Abdul Kadir Mansor mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjadi ahli kelab tersebut di daerah ini.

Rondaan di tempat awam menggunakan basikal lebih sesuai memandangkan keadaan jalan raya yang landai serta memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat lain," katanya.

Rumah rosak dilanda ribut

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

RUMAh Siti Norasyikin Abdul Rani rosak akibat dilanda ribut di Kampung Lubok Selumbar, Pogoh Muar, Johor, kelmarin.

SEGAMAT 13 April - Sebuah keluarga di Kampung Lubok Selumbar, Pogoh, dekat sini cemas apabila bumbung rumah mereka diterbangkan ribut dalam kejadian malam kelmarin.

Mangsa, Siti Norasyikin Abdul Rani, 23, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, dia sedang berehat di ruang tamu rumah bersama suami, Asmawi Idris, 29, dan anak mereka.

Ketika itu memang hujan lebat diikuti bunyi guruh dan saya tidak berfikir sesuatu yang buruk akan berlaku kerana sejak kebelakangan ini sering berlaku hujan lebat tanpa mengira waktu.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat seperti bunyi kayu patah di bahagian dapur diikuti bunyi atap zink berterbangan sebelum menyuruh suami meninjau keadaan di dapur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia terkejut dan cemas apabila suaminya memberitahu beberapa keping atap zink di bahagian dapur diterbangkan ribut menyebabkan lantai dapurnya itu dibanjiri air hujan.

Akibat kejadian itu, keluarganya kerugian kira-kira RM5,000 apabila beberapa keping zink, peti sejuk dan beberapa peralatan dan perabot yang diletakkan di bahagian dapur rosak.

Suami telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan langkah seterusnya adalah menghantar butiran yang diperlukan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved