Isnin, 14 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kes culik: Esscom hantar sepasukan pegawai ke Selatan Filipina

Posted: 14 Apr 2014 03:24 AM PDT

KOTA KINABALU 14 April - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menghantar sepasukan pegawai ke selatan Filipina bagi membantu pihak keselamatan negara itu membebaskan pelancong warga China yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort awal bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata, pasukan itu mengadakan perbincangan dengan pihak risikan Filipina bagi mencari jalan terbaik membebaskan pelancong wanita berkenaan.

Mengulas wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) bagi membebaskan warga China itu, beliau berkata setakat ini tiada tuntutan rasmi daripada penculik.

``Kemungkinan ada pihak lain yang membuat tuntutan,'' katanya dalam sidang akhbar di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik sekumpulan tujuh lelaki pada kira-kira 10.30 malam. - BERNAMA

Malaysia perlu pertingkat sistem pertahanan - Hishammuddin

Posted: 14 Apr 2014 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 April - Wujud keperluan untuk menaik taraf sistem pertahanan negara bagi memperkukuh kawalan keselamatannya pada masa depan susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, langkah itu perlu selepas ada keperluan mendedahkan maklumat sulit radar ketenteraan dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas.

``Kita telah membuat keputusan berani dengan mengetepikan kepentingan dan keselamatan negara apabila mendedahkan sebahagian maklumat sulit radar ketenteraan pada peringkat awal misi mencari dan menyelamat.

``Situasi sekarang menuntut kita melihat semula keperluan kita pada masa depan dan lebih penting kita juga melihat dalam konteks rantau Asean sebagai satu kumpulan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Global Komited Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Weststar Group of Companies and Thales UK, di sini hari ini. - BERNAMA

Murid tadika maut van terbabas dalam kolam kumbahan

Posted: 14 Apr 2014 02:57 AM PDT

JOHOR BAHARU 14 April - Seorang murid Tadika Kemas maut akibat van yang dinaikinya bersama lima rakannya yang lain terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti, Skudai hari ini.

Murid yang meninggal dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar, 4.

Ketua Polis Johor Baharu Utara, Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata mangsa meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.

Beliau berkata seorang daripada lima rakannya itu didapati kritikal manakala empat lagi cedera ringan.

Mereka ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5, yang kesemua mereka turut dibawa ke klinik berkenaan.

Mereka kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah sementara mayat Muhammad Azri dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya untuk dibedah siasat.

``Kejadian dipercayai berlaku apabila van itu yang sedang menunggu untuk menaikkan murid-murid itu tiba-tiba menggelongsor dan merempuh pintu pusat kumbahan sebelum menjunam ke dalam kolam kumbahan,'' kata Mohd Khamsani.

Beliau berkata ketika itu pemandu van terbabit seorang wanita berusia 40-an sedang berada di luar kenderaan terbabit.

Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved