Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


YWJ buka lebih banyak muzium

Posted:

YWJ buka lebih banyak muzium

YWJ buka lebih banyak muzium

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Asiah Md. Ariff meletakkan piring hitam pada alat muzik lama sebagai gimik perasmian Hari Muzium Antarabangsa 2011 di Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 26 Jun - Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat membuka lebih banyak muzium di negeri ini bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya di Malaysia.

Pengarahnya, Muhamad Fuad Radzuan berkata, pada masa ini pihaknya sedang dalam proses untuk membuka Muzium Tokoh Johor di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di Bukit Senyum di Johor Bahru dan Galeri Dato' Onn Jaafar di kediaman pegawai daerah di Batu Pahat.

Beliau berkata, kedua-dua muzium berkenaan bakal dibuka kepada orang ramai menjelang tahun depan.

"Kami juga dipertanggungjawabkan untuk merangka dan mewujudkan Muzium Timbalan Setia Negeri yang terletak di Bukit Timbalan, Johor Bahru," katanya pada majlis perasmian Hari Muzium Antarabangsa 2011 peringkat negeri di Muzium Kota Tinggi, di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Hari Muzium Antarabangsa 2011 peringkat negeri diadakan selama dua hari bermula semalam itu berjaya mendapat penyertaan membanggakan daripada pelbagai institusi muzium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kastam gagalkan seludup barang RM29 juta

Posted:

Kastam gagalkan seludup barang RM29 juta

Kastam gagalkan seludup barang RM29 juta

PONTIAN 26 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM29 juta sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Ramli Johari berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM10.2 juta berbanding rampasan bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM18.9 juta.

Menurutnya, sebanyak 67 tangkapan dibuat dalam tempoh berkenaan, dengan tujuh kes berjaya diselesaikan di mahkamah dan pelaku telah dikenakan hukuman masing-masing.

"Secara keseluruhan, daerah Pontian mencatatkan peningkatan hasil tangkapan yang melebihi RM16 juta," katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Mencegah Penyeludupan bersama penduduk Kawasan (2) Mukim Ayer Masin di Kampung Penerok, dekat sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof. Turut hadir Ketua Kampung Kawasan (2) Mukim Ayer Masin, Hamzah Isa.

Ramli berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah memiliki, mengangkut, menyimpan dan mengedar barangan yang belum diluluskan duti kastam yang tertakluk dalam Akta Kastam 1967 seperti rokok dan minuman keras.

"Kedudukan daerah ini yang terletak berhadapan dengan negara jiran selain dikelilingi pantai dan laut menjadi faktor utama aktiviti penyeludupan aktif berlaku," katanya sambil memberitahu kawasan tumpuan aktiviti penyeludupan adalah terletak di pesisiran pantai atau sungai yang mudah dijadikan laluan masuk.

Bagi membendung kegiatan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai dengan melaporkan kegiatan yang diragui di kawasan masing-masing selain usaha pihaknya yang sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved