Rabu, 3 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lahad Datu: Seorang lagi 'Datuk Seri' dicari bantu siasatan Ops Daulat

Posted: 03 Apr 2013 03:01 AM PDT

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

LAHAD DATU 3 April - Polis hari ini mengumumkan sedang mencari seorang lagi lelaki yang bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali yang dipercayai ada hubungan dengan Kesultanan Sulu.

Katanya, suspek warganegara Malaysia itu yang berusia 57 tahun dipercayai dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes yang berkaitan dengan Ops Daulat.

"Pihak polis berharap beliau dapat menyerah diri di balai polis berdekatan dengan segera bagi membantu siasatan Ops Daulat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu tersebut boleh menghubungi pihak polis untuk menyalurkan maklumat.

Kok Liang berkata, alamat terakhir individu itu adalah di Nombor 55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah. - UTUSAN

Isu pembalakan: Ahmad Yakob tidak akan mohon maaf

Posted: 03 Apr 2013 02:39 AM PDT

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 3 April - Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob tidak akan memohon maaf dan bersedia untuk bersemuka dengan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad di mahkamah berhubung kenyataan yang dikeluarkannya mengenai isu tanah di negeri ini.

Beliau mendakwa, kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini hanya merujuk kepada tanah tinggi Lojing dan menafikan dakwaan yang dibuat oleh Wan Khairul Ihsan.

Bagaimanapun, beliau mengakui wujud pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kelantan tetapi tidak mahu mengulas secara mendalam.

"Kalau kita merujuk kepada kenyataan itu, saya rasa tidak ada unsur fitnah, yang ada kenyatataan kerajaan menafikan dakwaan kerajaan memberi konsensi pembalakan di Lojing tanpa kawalan. Jadi saya nafi, sebab di sana kita telah bekukan pembalakan sejak 2008.

"Yang kedua, cantuman gambar yang disiar oleh televisyen selama 10 minit itu adalah meragukan dan mungkin memberi kekeliruan kepada rakyat sebab gambar-gambar itu banyak, saya fokus kepada Lojing, dan ini menimbulkan kekeliruan (kepada) rakyat seolah-olah semua gambar itu di Lojing.

"Saya rasa tidak ada masalah pergi ke mahkamah, tidak perlu minta maaf dan sehingga sekarang saya masih belum menerima notis tuntutan permohonan maaf. Saya hanya membuat kenyataan supaya tidak mengelirukan rakyat

sebab dia siar banyak, cantuman itu banyak boleh mengelirukan rakyat tentang kawasan Lojing," katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Kelmarin, Wan Khairul Ihsan mendesak Ahmad supaya memohon maaf dan menarik balik tuduhan bahawa pihaknya mengada-adakan cerita serta gambar mengenai aktiviti penggondolan tanah di negeri ini atau berdepan tindakan undang-undang. - UTUSAN

Lahad Datu: Polis cari 'Datuk Seri' untuk bantu siasatan

Posted: 03 Apr 2013 01:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LAHAD DATU 3 April - Polis mencari seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dari Sabah bergelar 'Datuk Seri' bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas di Lahad Datu. - UTUSAN ONLINE
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved