Sabtu, 6 April 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Anggun menawan dengan selendang

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

CORAK jenis ini merupakan antara yang paling popular buat masa ini. Ia menampilkan rekaan yang seakan lukisan atau corak sesuatu puak.

ENGGUNAAN selendang sebagai penutup kepala sememangnya sudah dilakukan sejak dahulu lagi bagi menunjukkan kesopanan gadis Melayu dalam berpakaian.

Selendang yang digayakan sebagai hijab kini dilihat sangat popular dengan pelbagai rekaan dan corak menarik dan sesuai digayakan untuk apa jua majlis, tidak kira formal ataupun bersantai bersama rakan.

Penggunaan material daripada jenis sifon dan polister crepe yang selesa serta lembut memberikan keselesaan kepada si pemakai agar tampak anggun dan menawan.

Ruangan Trend minggu ini menampilkan beberapa koleksi dari butik De Wanie Scarft & Shawl yang dimiliki oleh Norsyazwani Ismail, 25, yang ternyata memberikan kelainan dalam rekaannya.

Bagi mereka yang ingin menggayakan selendang atau lebih dikenali dengan shawl perlu pandai menggunakan lilitan yang betul agar tidak menampakkan susuk wajah yang besar.

Ini kerana jika lilitan yang salah, wajah seseorang itu akan kelihatan agak besar dan membonjol , jadi cuba belajar cara lilitan yang banyak di Youtube ataupun dari koleksi De Wanie ini.

Mari kita lihat antara trend terbaharu selendang yang kini semakin hangat di pasaran dengan pelbagai pilihan warna dan corak untuk disesuaikan dengan diri kamu. - AMIRUL/JEFFRI IRAN

Cara mudah simpan alat solekan

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

SELITKAN peralatan solek anda. Tarik hujung getah pakaian tadi untuk ketatkannya.

ERSOLEK sememangnya menjadi perkara wajib bagi setiap wanita sebelum melangkah keluar dari rumah.

Tempoh yang digunakan untuk bersolek bergantung kepada kemahiran seseorang termasuk jenis solekan yang digunakan.

Tetapi pada zaman serba pantas ini, ada wanita sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan peralatan solek yang boleh memudahkan mereka bersolek dengan tujuan menjimatkan masa.

Bagaimanapun, masih ramai yang menggunakan peralatan sederhana yang tidak tersusun di dalam laci solekan mereka. Keadaan itu mendatangkan masalah untuk mereka yang sudah lambat ke tempat kerja ataupun majlis penting.

Ada di antara mereka menggunakan bekas atau kotak khas tetapi peralatan sebegitu memerlukan ruang khas lain seperti di bawah meja solek.

Minggu ini, .com ingin kongsikan bersama pembaca tentang kreativiti menghasilkan penyimpan peralatan solek dengan cara yang mudah dan ringkas.

Penyimpan peralatan solek ini bukan sahaja boleh diletakkan di dalam laci meja solek anda dengan kemas tetapi juga sesuai dibawa ke mana sahaja. Tambahan pula, ia memudahkan anda mencapai sebarang peralatan dengan mudah. Selamat mencuba.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved