Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Polis temui 1,470 BlackBerry curi

Posted:

Polis temui 1,470 BlackBerry curi

Polis temui 1,470 BlackBerry curi

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


TUN Hisan Tun Hamzah menunjukkan telefon bimbit curi jenama Blackberry pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, semalam. - MINGGUAN/ZAKI AMIRUDDIN


SEPANG 20 Ogos - Polis menemui kira-kira 1,470 unit telefon pintar berjenama BlackBerry bernilai RM1.7 juta di sebuah gudang barangan terpakai di Puchong semalam, dua jam selepas ia dilaporkan hilang dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, penemuan telefon model Bold 9780 itu hasil siasatan ke atas tiga pekerja bahagian Logistik KLIA yang ditahan selepas ia dilaporkan hilang di kargo KLIA di sini.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan pemilik gudang barangan terpakai berkenaan dan seorang pekerjanya, masing-masing berusia 52 dan 30 tahun.

"Polis mendapat laporan pagi semalam bahawa sejumlah 2,100 unit telefon bimbit bernilai RM2.3 juta itu telah hilang dari gudang.

"Selepas menjalankan siasatan dan tangkapan, kita menemui 1,470 buah telefon bimbit itu di sebuah gudang barangan terpakai di Puchong manakala bakinya, 630 unit lagi masih dikesan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Tun Hisan memberitahu, kelima-lima lelaki yang ditahan kini ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan.

"Berdasarkan laporan polis, kesemua telefon bimbit BlackBerry itu tiba di kargo KLIA pada 17 Ogos lalu dan ia sepatutnya dihantar ke sebuah syarikat di Petaling Jaya.

"Tetapi pada pukul 9.30 pagi semalam, seorang pekerja syarikat logistik mendapati telefon bimbit itu hilang apabila pintu gudang tempat ia disimpan telah dipecah masuk sebelum membuat laporan polis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MAIS akan beri bantuan bulanan RM400 kepada pesakit kanser kulit

Posted:

MAIS akan beri bantuan bulanan RM400 kepada pesakit kanser kulit

MAIS akan beri bantuan bulanan RM400 kepada pesakit kanser kulit

SHAH ALAM 20 Ogos - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan memberi bantuan bulanan berjumlah RM400 kepada pesakit kanser kulit, Muhammad Nazri Nuwis Abdullah, 39, bermula September ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Rohana Hassan berkata, mualaf itu juga akan menerima bantuan perubatan terkini yang permohonannya telah diterima oleh pihak MAIS pada 11 Ogos lalu.

"Tuntutan bantuan perubatan terkini dan bantuan bulanan yang dipohon itu sedang dalam proses untuk disalurkan kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Rohana, sebelum ini MAIS telah memproses dua tuntutan Muhammad Nazri iaitu pada Disember 2010 dan April 2011.

Hasil permohonan itu, kata beliau, Muhammad Nazri telah menerima bantuan dari MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 16 April, 2010 yang sehingga kini berjumlah RM7,632 merangkumi bantuan kecemasan, runcit, bantuan dermasiswa, bantuan hari raya dan bantuan perubatan.

"MAIS telah memaklumkan kepada Muhammad Nazri agar mengemukakan laporan perubatan daripada pakar bagi memudahkan bantuan disalurkan secara bulanan tetapi sehingga kini dia gagal mengemukakannya.

"Oleh itu, bantuan perubatan hanya diberi berdasarkan permohonannya," ujarnya lagi.

Tambah Rohana, sepanjang Muhammad Nazri mengemukakan tuntutan, beliau hanya melampirkan dokumen sokongan dari klinik swasta dan ini ternyata melanggar syarat-syarat permohonan bantuan perubatan yang memerlukan laporan dari pakar berkaitan.

Namun, ujarnya, atas dasar tanggungjawab, MAIS melalui LZS tetap membayar tuntutan perubatan yang dibuat di samping mengingatkan Muhammad Nazri agar mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk permohonan selepas ini.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan kisah Muhammad Nazri, seorang mualaf berketurunan Bidayuh dari Sarawak yang menderita kanser kulit merayu ihsan umat Islam untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya merawat penyakit tersebut.

Muhammad Nazri yang tinggal di Rumah Pangsa Kristina 7, Taman Sri Pristana 1, Sungai Buloh dekat Saujana Utama di sini, menderita kanser kulit sejak beberapa tahun lalu menyebabkannya tidak berdaya lagi untuk bekerja kerana tidak tahan cuaca panas.

Dia yang turut menghadapi masalah kulit albino mengalami kesakitan memandangkan kulitnya begitu sensitif dan hampir dipenuhi dengan luka yang ada antaranya agak dalam sehingga menampakkan daging serta urat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kastam rampas dadah cuba diseludup RM600,000

Posted:

Kastam rampas dadah cuba diseludup RM600,000

Kastam rampas dadah cuba diseludup RM600,000

SEPANG 20 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup dadah bernilai hampir RM600,000 yang dibawa masuk ke negara ini menerusi dua lapangan terbang utama di negara ini, semalam.

Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M. Govinden berkata, dua kejayaan itu berhasil selepas pihaknya membuat pemeriksaan di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.

Menurut beliau, dalam kejayaan di KLIA, seorang lelaki warga Afrika berusia 33 ditahan, manakala seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun diberkas ketika cuba menyeludup masuk dadah di LCCT.

Katanya, suspek warga Afrika itu ditahan sebaik sahaja tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha sambil membawa sebuah beg bimbit hitam pada pukul 12 tengah malam semalam.

Ketika diperiksa, katanya, bagasi yang dibawa suspek mencurigakan kerana kedua-dua bahagian dinding beg itu kelihatan agak tebal.

"Setelah dibuka dan diperiksa, setiap dinding itu menyembunyikan satu bungkusan dadah jenis syabu seberat 1.9 kilogram yang dianggarkan bernilai RM475,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, suspek kedua pula ditahan pukul 4.30 petang sebaik sahaja tiba di LCCT dengan penerbangan Air Asia dari Shenzhen, China.

Setelah imbasan terhadap bagasinya dibuat, pihaknya menemui empat bungkusan plastik berwarna perak mengandungi serbuk kristal dalam ruang khas pada lantai dan penutup bagasi itu.

"Hasil ujian yang dijalankan mendapati bahan yang disorokkan itu adalah 6.64 kilogram ketamin yang dianggarkan bernilai kira-kira RM120,000," kata beliau.

Kedua-dua suspek kini direman selama seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Sepanjang tahun ini juga, kata Govinden, pihaknya merampas 72.91 kilogram dadah pelbagai jenis melibatkan 17 kes dengan nilai pasaran sebanyak RM6.218 juta.

"Kita juga mengenal pasti modus operandi sindiket pengedaran dadah kini menggunakan kiriman mel dan kurier, khususnya dari China dan India," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved