Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


10% diskaun lunas hutang LBNK

Posted:

10% diskaun lunas hutang LBNK

10% diskaun lunas hutang LBNK

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 19 Ogos - Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam untuk melunaskan hutang tertunggak mereka berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

Pengarahnya, Abd. Rashid Othman berkata, tawaran tersebut bagi menggalakkan peminjam melangsaikan hutang yang sehingga kini melibatkan tunggakan sebanyak RM14 juta dengan 2,491 peminjam.

Katanya, hutang pinjaman itu perlu dibayar bagi mengelakkan nama peminjam dan penjamin disenaraikan dalam sistem CTOS (Credit Tip Off Service) dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Sehingga kini sebanyak 584 orang peminjam dan penjamin sudah dikenakan tindakan CTOS," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, kelewatan peminjam melunaskan hutang mereka menyukarkan pemberian pinjaman kepada pelajar lain.

"Selain itu, LBNK juga akan menolak permohonan baru sekiranya didapati ibu bapa pemohon merupakan peminjam tegar LBNK," katanya.

Tambahnya, LBNK berjaya memungut hampir RM4.5 juta pada tahun lepas yang juga merupakan rekod terbaik kutipan balik pinjaman.

"LBNK sedia menawarkan pinjaman kepada pelajar yang merupakan anak negeri Kedah yang bakal menyambung pengajian pelbagai peringkat secara sepenuh masa," katanya.

Jelasnya, permohonan untuk 2011 dibuka bagi dua sesi iaitu pada Jun untuk pelajar Diploma dan Ogos untuk pelajar peringkat ijazah.

"Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman web LBNK di alamat www.lbnk.gov.my," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Kutipan Balik LBNK di talian 04-7744452.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

Posted:

286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

PULAU PINANG 19 Ogos - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan 286 kegiatan perjudian Internet di sekitar daerah Timur Laut sejak Januari 2009 sehingga kelmarin dengan melibatkan jumlah rampasan bernilai RM6 juta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan tersebut, sebanyak 4,039 mesin judi dan 96 mesin hadiah dirampas manakala 81 orang telah didakwa di mahkamah.

"Kita percaya, aktiviti yang beroperasi di premis tanpa lesen itu mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian di negeri ini.

"Yang terbaru, tiga lagi kegiatan perjudian menerusi Internet berjaya kita tumpaskan dengan menahan tiga penjaga premis di lokasi berasingan iaitu di Paya Terubong, pusat beli-belah Pulau Tikus dan Lebuh Noordin kelmarin," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut beliau, kesemua warga tempatan yang ditahan itu berusia 50 hingga 53 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan yang dilakukan secara serentak itu, pelanggan di premis berkenaan berjaya memboloskan diri manakala hanya penjaga premis sahaja berjaya diberkas.

"Malah, kita turut merampas 28 mesin judi bernilai RM40,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga

Posted:

Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga

Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga

KUALA KANGSAR 19 Ogos - Orang ramai yang melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil di sini malam tadi, gempar apabila seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengugut untuk terjun dari jambatan itu.

Tindakan remaja berkenaan duduk di tepi tembok jambatan itu bukan sahaja menimbulkan suasana cemas ahli keluarga tetapi orang ramai yang melaluinya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Dolah Samina Koromo berkata, semasa tiba di lokasi, remaja itu berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, remaja itu duduk di tempat paling kritikal dan jika berlaku kecuaian, mangsa boleh terjatuh ke dalam sungai.

"Usaha memujuk remaja berkenaan selama 20 minit gagal. Apabila ahli keluarganya sampai di lokasi, remaja itu mengugut akan terjun dan tidak mahu didekati.

"Bagi mengelakkan dia terjun atau pengsan, kami menyerbu mangsa menggunakan kelengkapan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Dolah berkata, selepas berjaya diselamatkan pukul 12.15 tengah malam, remaja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

Difahamkan remaja yang berasal dari Kampung Kandang Hilir Kota Lama Kanan itu bertindak demikian kerana mengalami masalah keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved