Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Skim pinjaman rumah tiada sambutan

Posted:

Skim pinjaman rumah tiada sambutan

Skim pinjaman rumah tiada sambutan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9 @utusan.com.my

SEREMBAN 19 Ogos - Peruntukan RM60 juta disalurkan kerajaan tahun lalu bagi tujuan membiayai skim pinjaman pembelian rumah kos rendah di kalangan pekerja ladang seluruh negara masih tidak terusik di negeri ini berikutan tiada pemohon.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan apabila tiada sebarang permohonan diterima bagi menggunakan kemudahan disediakan kerajaan itu khusus untuk golongan sasar terbabit.

''Saya hairan kerana tidak ada seorang pun tampil membuat pinjaman khas ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri sejak tahun lalu.

''Mungkin pekerja ladang ini tidak tahu bahawa wujudnya skim khas ini, kerana kemudahan tersebut membolehkan mereka membuat pinjaman khusus untuk membeli rumah kos rendah," katanya kepada pemberita kelmarin.

Jelas Mohamad, kemudahan di bawah Kementerian Sumber Manusia itu disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional untuk tujuan pengurusan termasuk proses pinjaman.

''Namun, setiap permohonan turut akan diteliti oleh Unit Perumahan Kerajaan Tempatan (UPKT) di peringkat negeri sebelum diluluskan.

''Oleh itu, saya ingin menasihatkan pekerja-pekerja ladang agar tidak melepaskan peluang ini dan menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan demi masa depan mereka.

''Ini kerana selepas bersara, pekerja terbabit sudah tidak dibenarkan untuk mendiami rumah di dalam ladang, ke mana mereka hendak pergi selepas itu jika tidak mempunyai rumah sendiri," ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung skim tersebut, Mohamad memberitahu, syarat kelayakan amat mudah, pekerja terbabit hanya perlu mempunyai gaji tidak kurang daripada RM650 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan untuk memohon.

''Pada masa sama, umur pemohon tidak boleh melebihi 55 tahun dan masih berkerja.

''Lebih menarik, pinjaman ini boleh dibuat di bawah dua nama, sebagai contoh nama bapa boleh disertakan dengan nama anak dalam satu permohonan," katanya.

Bagaimanapun, tambah Mohamad, pinjaman yang dibuat mestilah bertaraf kos rendah dan tidak boleh melebihi harga rumah jenis berkenaan iaitu RM45,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rakyat perlu kenang jasa, pengorbanan anggota keselamatan

Posted:

Rakyat perlu kenang jasa, pengorbanan anggota keselamatan

Rakyat perlu kenang jasa, pengorbanan anggota keselamatan


Mohamad Hasan bersama Raja Salbiah Tengku Nujumudin menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Osman Salleh (kiri) sambil diperhatikan oleh Abdullah Karim di Seremban, semalam.


SEREMBAN 19 Ogos - Sumbangan serta jasa pasukan keselamatan negara dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat perlu dikenang berikutan kesanggupan mereka bertugas tanpa mengira masa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sikap segelintir pihak yang mula melupakan pengorbanan pasukan keselamatan serta menabur fitnah amat dikesali dan menimbulkan prasangka di kalangan masyarakat.

Kata Mohamad, ada juga di kalangan pesara tentera yang pernah berjuang memerdekakan tanah air, namun nasib mereka langsung tidak terbela dan miskin.

"Oleh itu, kita mahu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berperanan penting dalam mengenal pasti golongan ini agar tidak terus dilupakan" kata beliau.

Mohamad berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kuih raya kepada anggota tentera, polis, bekas polis dan ibu tunggal anjuran bersama Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) dan kerajaan negeri di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Panglima 1 Briged Kem Rasah, Brigedier Jeneral Abdullah Karim dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Sementara itu Raja Salbiah berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap pengorbanan pasukan keselamatan yang selama ini memastikan kemakmuran dan keamanan negara.

"Ketika kita bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri, pasukan keselamatan terpaksa bertugas menjaga keselamatan negara tanpa mengira waktu dan masa.

"Kami berharap sumbangan ini akan menggembirakan mereka untuk bersama-sama meraikan Hari Lebaran walaupun terpaksa bertugas dan berjauhan dengan keluarga," kata beliau.

Lebih 7,000 bungkusan kuih yang disediakan Pekerti diagihkan kepada anggota tentera dan polis yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sini selain bekas anggota polis dan ibu tunggal di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

30 anggota penguat kuasa PPDNKK pantau harga

Posted:

30 anggota penguat kuasa PPDNKK pantau harga

30 anggota penguat kuasa PPDNKK pantau harga

MELAKA 19 Ogos - Seramai 30 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) ditempatkan di pasar dan pusat perniagaan di seluruh negeri bagi memastikan peniaga menjual barang keperluan perayaan tidak melebihi harga siling.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, pihak berkuasa terlibat akan memantau perkembangan tersebut sepanjang musim perayaan ini bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Menurutnya, peniaga yang didapati menaikkan harga dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga akan dikenakan kompaun maksimum serta denda.

"Misalnya, harga ayam sudah ditetapkan pada harga RM7.40 hingga RM7.50 sekilogram, peniaga perlu mematuhi peraturan harga tersebut dan tidak menjual melebihi harga ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini hari ini.

Jelas beliau, penerangan tentang senarai harga barangan keperluan yang ditetapkan sepanjang perayaan itu akan disebarkan setiap hari melalui radio RTM Melaka bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan harga barangan yang dijual peniaga.

Dalam perkembangan sama Ghazale berkata, pihaknya diberi jaminan oleh pembekal dan pemborong bahawa barang keperluan adalah mencukupi sepanjang musim perayaan ini.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan aduan atau maklumat mengenai kenaikan harga barang di kawasan masing-masing bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga terlibat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved