Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Ekspedisi solo jelajah Antartika

Posted:

Ekspedisi solo jelajah Antartika

Ekspedisi solo jelajah Antartika


ANTARA pencapaian Muhamad Nur Azrul adalah menakluk Gunung Kalapathar pada Mei 2010.


SELEPAS berjaya mengibarkan 10,000 Jalur Gemilang di lereng Gunung Kalapathar, Banjaran Himalaya, Nepal pada Mei 2010, anak muda yang gigih ini bakal menakluk benua tersejuk di dunia, Antartika pada Disember 2012.

Percubaan itu akan dilakukan menerusi projek Ekspedisi Solo Malaysia – Antartika 2012 (ESMA 2012) pada 12 hingga 27 Disember 2012 di South Shetland Islands, Antartika.

Harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di benua itu terletak sepenuhnya di bahu Muhamad Nur Azrul Che Zabani, 32, seorang Pegawai Tadbir yang kini bertugas di Majlis Sukan Negara.

Menurutnya, tujuan utama ekspedisi itu adalah untuk mengutip derma bagi pesakit jantung terutamanya kanak-kanak.

"Hasil sumbangan tajaan sempena projek ini nanti akan diserahkan kepada Institut Jantung Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada S3.

Beliau bersungguh-sungguh ingin menjayakan ekspedisi ini kerana simpati melihat kanak-kanak kecil yang mengalami kompilasi jantung.

"Nak menderma pakai duit poket sendiri tak mampu. Dengan menggunakan pengalaman yang luas dalam bidang rekreasi dan dunia pendakian, saya mendapat idea untuk melaksanakan Ekspedisi Solo Malaysia – Antartika 2012 ini.

"Hasil daripada tajaan dan sumbangan itu nanti, sebahagiannya saya akan salurkan untuk mereka. Sekurang-kurangnya saya dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka," tambahnya

Dalam ekspedisi Antartika itu, beliau akan membawa dan mengibarkan 5,000 Jalur Gemilang di benua paling selatan itu.

Biarpun misi ini dianggap mustahil, namun mesej dan amanah penting yang dibawanya itu diharap dapat membuatkan sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan.

"Untuk berada di benua Antartika, ia menuntut saya melakukan persiapan yang rapi dari segi fizikal dan mental, terutamanya apabila 'bermain' dengan suhu yang boleh mencecah -40 darjah celsius pada waktu malam dan -10 darjah celsius pada sebelah siang.

"Sudah tentu suhu yang ekstrem itu bakal menguji kekuatan mental dan fizikal saya," ujarnya.

Bagi menggalas misi nasional ini beliau akan memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menaungi program tersebut.

"Saya akan menggunakan pengalaman sebanyak enam kali menakluk Banjaran Himalaya dan Everest Base Camp sebagai bekalan di Antartika kelak," katanya.

Selain itu, Muhamad Nur Azrul juga akan melakukan kajian ilmiah dan mengumpul data-data saintifik berhubung kesan psikologi, emosi dan ketahanan mental dan fizikal manusia apabila melakukan sesuatu kerja dan aktiviti di dalam suhu ekstrem secara bersendirian dengan menjadikan dirinya sebagai subjek kajian.

"Saya akan berada di South Shetland Islands di benua Antartika bagi tujuan tersebut," ujarnya.

Menurutnya, dia juga telah mendapat kelulusan bertulis daripada Agensi yang akan menguruskan beliau di Antartika kelak.

Pada perkembangan yang sama, Muhamad Nur Azrul berkata, projek ESMA 2012 ini memerlukan bantuan kewangan sejumlah RM395,000 daripada pihak korporat, swasta mahupun individu.

"Saya memohon kepada semua warga korporat dan swasta untuk bersama-sama saya menderma kepada mereka yang memerlukan di IJN," katanya mengharap.

Untuk pertanyaan, bolehlah hubungi beliau di talian 019-3784644.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Flying fox di Pulau Perhentian

Posted:

Flying fox di Pulau Perhentian

Flying fox di Pulau Perhentian

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my


FLYING fox merupakan daya tarikan terbaharu di Pulau Perhentian.


BANYAK aktiviti riadah boleh dilakukan di Pulau Perhentian, Terengganu. Selam skuba, snorkeling, jelajah hutan, bersantai dan melihat penyu antara aktiviti yang sering dilakukan apabila berada di pantai dan pulau.

Yang pasti, apa yang dilakukan di Pulau Perhentian, juga terdapat di pulau-pulau lain seperti Tioman, Redang, Tenggol, Kapas, Mabul dan Lang Tengah.

Namun, jangan terkejut jika anda berkunjung semula ke Pulau Perhentian kerana kini terdapat satu daya tarikan terbaharu iaitu aktiviti 'flying fox'.

Tarikan terbaharu ini mungkin satu-satunya sahaja yang terdapat di situ berbanding dengan pulau-pulau lain.

Flying fox yang terdapat di penginapan D'Lagoon di Pulau Perhentian Kecil itu sering mendapat perhatian pengunjung sejak ia dipasang lebih sebulan lalu.

Apa yang menarik, pengunjung yang menginap di D'Lagoon tidak dikenakan bayaran apabila mencuba aktiviti berkenaan.

Flying fox itu yang dipasang pada ketinggian 15 meter dengan jarak 120 meter, begitu menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.

Mereka yang melakukan aktiviti flying fox berkenaan pasti berasa kagum kerana dapat merasai suasana yang berbeza.

Apa tidaknya, bermula di kawasan hutan dan berbatu, flying fox tersebut melalui kawasan pesisir pantai dengan pemandangan laut dan bukit dan seterusnya mendarat di atas pasir di tepian pantai berhadapan D'Lagoon.

Anda juga jangan terkejut, kerana cubaan kali pertama melakukan flying fox akan membawa kepada keinginan untuk mencubanya kali kedua.

Inilah antara perasaan mereka yang mencubanya setelah dapat melihat keindahan apabila 'terbang' bersama flying fox di D'Lagoon.

Bagi yang ingin mencubanya, kakitangan D'Lagoon terlebih dahulu akan memastikan tali untuk aktiviti flying fox tersebut selamat digunakan sebelum membenarkan pengunjung mencubanya.

Mungkin ada yang tertanya apakah flying fox di D'Lagoon itu selamat?

Yang pasti, pemasangan tali itu mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

Pengusaha D'Lagoon sendiri yang merupakan bekas pegawai tentera selama 10 tahun, menggunakan pengalaman serta kemahirannya untuk memastikan flying fox itu selamat.

Malah, apabila ditanya, pengusaha D'Lagoon itu memberitahu, antara latihan yang dilalui semasa dalam pasukan tentera ialah melakukan flying fox.

Sehubungan itu, beliau menggunakan pengalaman semasa dalam tentera itu untuk mewujudkan aktiviti flying fox bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan aktiviti berkenaan.

Tarikan terbaharu di Pulau Perhentian itu secara tidak langsung berjaya menarik kehadiran pengunjung yang mahukan kelainan apabila berada di pulau berkenaan.

Bagi mereka yang ingin mencuba flying fox selain aktiviti skuba, treking, snorkeling dan bersantai di Pulau Perhentian, boleh menghubungi pengusaha D'Lagoon di talian 012-9850678.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved