Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PRU boleh diadakan bila-bila masa

Posted:

PRU boleh diadakan bila-bila masa

PRU boleh diadakan bila-bila masa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin ditemani Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) bercakap pada sidang ahkbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

Ini kerana menurut beliau, kesahihan serta kredibiliti sistem pilihan raya di negara ini sudah terbukti dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak tetapi jawatankuasa tersebut ditubuhkan bagi menambah baik sebahagian kecil daripada sistem sedia ada.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa. Ia tiada kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan soal bila tarikh tersebut, ia langsung tidak terikat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan Nurul Izzah Anwar yang mahu pembangkang menerajui jawatankuasa itu, Najib berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kena memahami tradisi sistem demokrasi terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan berkenaan.

Katanya, memang menjadi amalan di mana-mana negara demokrasi, parti majoriti yang akan mengetuai sesuatu jawatankuasa di peringkat Parlimen dan pembangkang perlu memahami hakikat tersebut.

Ditanya, apakah kerajaan akan meneruskan penubuhan jawatankuasa itu jika pembangkang bertindak memboikot dengan tidak menghantar wakil mereka, Perdana Menteri berkata, bila tiba masa yang sesuai, ia akan diteruskan.

"Tapi yang penting ialah kita telah tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak ada apa yang hendak dikhuatiri, dilindungi atau ditutup. Kita terbuka dalam isu ini dan kerajaan mengharapkan satu konsensus dapat diwujudkan antara semua parti politik," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai dakwaan pembangkang kononnya berlaku pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

"Kita nampak kecenderungan parti pembangkang membangkitkan nama individu tertentu. Tapi ada juga kes yang mereka bangkitkan apabila disiasat oleh pihak akhbar ternyata tidak benar," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isu gereja: Pendirian UMNO selari dengan perlembagaan

Posted:

Isu gereja: Pendirian UMNO selari dengan perlembagaan

Isu gereja: Pendirian UMNO selari dengan perlembagaan

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja baru-baru ini adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu agama lain tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.

Pada masa sama, beliau berkata, tuduhan Pas yang mengatakan UMNO mempunyai tangan ghaib bagi mengarahkan pemeriksaan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana JAIS terletak di bawah kuasa kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"JAIS di bawah siapa? Pastinya bukan bawah UMNO. Yang melakukan semua ini siapa? bukan orang UMNO. Tak kan orang UMNO boleh arahkan orang untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Tidak masuk akal. Susahlah orang yang buat tuduhan melulu begini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau diminta mengulas isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang dilakukan pada 3 Ogos lalu kerana dipercayai cuba memurtadkan 12 individu Islam dengan berselindung di sebalik majlis berbuka puasa.

Najib berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu menyelesaikan isu tersebut tanpa melibatkan kerajaan Pusat.

"Kita tahu ini soal negeri dan kita tegaskan ini bukan soal kerajaan Pusat. Jadi kemelut yang berlaku mesti diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Kalau tidak nyanyi, tolak markah’

Posted:

'Kalau tidak nyanyi, tolak markah'

'Kalau tidak nyanyi, tolak markah'

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my


SEBUAH rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang didakwa dijadikan kelas tuisyen bagi pelajaran Bahasa Inggeris, manakala gambar kecil, beberapa murid Melayu menunjukkan bahan bacaan yang diajar di kelas tuisyen itu. – utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 19 Ogos – Dua adik-beradik Melayu yang belajar di sebuah tempat tuisyen yang didakwa cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus, memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa yang dibuat oleh guru di situ adalah salah.

Utusan Malaysia yang berjaya menemu bual adik-beradik berkenaan mendapati kedua-dua mereka mengaku telah diajar menyanyi beberapa lagu yang mempunyai unsur agama Kristian sewaktu belajar di tempat tuisyen berkenaan.

Ketika ditanya, murid lelaki berusia tujuh tahun tersebut memberitahu, guru tuisyen itu akan membawanya berjalan-jalan kalau mendapat markah yang tinggi.

"Kalau tak nyanyi tolak markah. Ada kawan-kawan yang dibawa ke Genting Highlands dan tengok wayang," katanya.

Kakaknya yang berusia 12 tahun pula memberitahu, mereka juga diajak menonton video yang disimpan di dalam komputer guru berkenaan setiap kali kelas berlangsung.

"Markah akan ditolak kalau tidak tengok cerita. Kalau markah kosong nanti boleh kena buang dari tuisyen. Kena tengok cerita sampai habis. Cerita itu macam kartun pasal Jesus dengan banyak episod seperti pasal macam mana dilahirkan dan kematiannya.

"Kuiz akan dibuat dan mereka dapat markah tertinggi dapat hadiah. Saya juga pernah dibawa pergi berkelah di Sungai Congkak," ujarnya.

Menurut murid itu lagi, selain lagu dan video, setiap kali ulang tahun kelahiran, guru berkenaan akan mengadakan parti dan memberi hadiah, begitu juga ketika Krismas.

Menurutnya lagi, mereka tidak pernah memberitahu ibu bapa mereka tentang perkara tersebut.

Adik beradik dari keluarga miskin itu dan rakan-rakan mereka yang lain diberi tuisyen bahasa Inggeris secara percuma oleh guru berkenaan dan juga guru-guru lain di tempat tuisyen tersebut.

Apabila ditanya mengenai Jesus, dia menjawab: "Dia adalah Tuhan cikgu (guru tuisyen tersebut). Kawan-kawan yang sama belajar di situ beritahu saya, mereka kasihankan Jesus sebab cikgu kata dia mati kena paku."

Budak perempuan itu bagaimanapun memberitahu dia "tidak rasa apa-apa" apabila ditanya perasaannya apabila diajar lagu-lagu tersebut atau disuruh menonton video tentang Jesus.

Pertemuan kedua-dua beradik itu dengan Utusan Malaysia turut disertai oleh dua lagi rakan mereka yang juga belajar di tempat tuisyen sama.

Keempat-empat mereka turut memperdengarkan lagu yang diajar oleh guru tersebut yang antara lain liriknya berbunyi:

"Hari ini ku rasa bahagia, berkumpul bersama saudara seiman, Tuhan Yesus sudah satukan kita, tanpa memandang di antara kita. Kau sahabatku, kau saudaraku, tiada dapat memisahkan kita."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved