Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PM: Syarikat bumiputera dibantu

Posted:

PM: Syarikat bumiputera dibantu

PM: Syarikat bumiputera dibantu

Oleh HELMI MOHD. FOAD
dan RAJA SHAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak diiringi Abdul Rahim Tamby Chik bersalaman dengan para peserta selepas merasmikan Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam, semalam. – BERNAMA


SHAH ALAM 19 Ogos – Kerajaan akan membantu membangunkan syarikat-syarikat bumiputera melalui pelaksanaan sistem meritokrasi bagi memastikan hanya usahawan yang berkemampuan dan tulen dapat dilahirkan, sekali gus menjayakan agenda memajukan ekonomi masyarakat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) sedang dalam proses membantu menyenaraikan sejumlah 1,100 syarikat bumiputera ke dalam Bursa Malaysia dan program tersebut akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

Menurutnya, format tersebut diyakini akan lebih berjaya berbanding dahulu iaitu golongan bumiputera diberi saham sehingga mencecah RM60 bilion, tetapi sekarang hanya tinggal RM2 bilion.

"Kita kenal pasti syarikat yang boleh disenaraikan di bursa saham, kalau dapat sedikit pertolongan kerajaan, dia boleh. Setakat ini nilai saham hampir RM1 bilion.

"Dalam masa terdekat ini, kita akan bentangkan syarikat tersebut. Ini satu cara baik kerana cara dulu dia tidak dapat bertahan dan tidak mapan sebab tiada kemampuan hendak pegang saham, jadi kalau beri saham, bila harga naik dia jual saham itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Hadir sama pada konvensyen dua hari itu ialah Pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan tersebut tidak mengamalkan kaedah 'siapa yang kamu kenal', tetapi tahu bagaimana menjalankan operasi perniagaan dan cara itu sekali gus dapat menghapuskan kronisme dan ketirisan dalam pemberian projek dan tender kerajaan.

"Ada orang datang jumpa saya minta tandatangan tetapi apabila diselidik di belakangnya sebenarnya bukan bumiputera. Sewaktu saya menjadi Menteri Besar Pahang dahulu, apabila saya perhati di tempat letak kereta, dia sudah berurusan dengan orang lain. Dapat kawasan balak kemudian jual kepada orang lain.

"Istilahnya let go, jadi berlaku ketirisan. Kalau begitu tunggu sampai kucing bertanduk pun kita tidak akan maju dan kalau tidak ubah sikap sampai bila pun kita akan bergelut isu yang sama," tegasnya.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan akan mempertimbangkan resolusi yang dihasilkan melalui konvensyen tersebut bagi membolehkan ia menjadi input kepada penambahbaikan agenda bumiputera yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Percayalah, kerajaan amat komited untuk melakukan proses transformasi menjadi negara maju menjelang 2020 dengan negara mempunyai pendapatan tinggi supaya kemakmuran (ekonomi) boleh diagihkan. Kalau negara tiada pertumbuhan dan tidak berkembang lima atau enam peratus, bagaimana hendak agihkan kepada semua," katanya.

Keduanya jelas Perdana Menteri, kerajaan juga akan memastikan kekayaan diagihkan secara adil dan saksama iaitu dengan mengambil kira keperluan masyarakat di pedalaman yang memerlukan satu dasar bagi membantu mereka untuk turut berjaya.

"Ada orang kata sudah sampai masanya tidak perlu lagi tindakan afirmatif, kuota tak perlu, sudah sampai masa kita amalkan masyarakat meritokrasi. Saya kata orang bukan Melayu kaya, tetapi mereka kaya sebab negara kita stabil, ditadbir urus dengan baik. Sejak dulu lagi, siapa bagi lesen beras, lesen bank, lesen gula, sebab itu mereka berjaya, sebab kepemimpinan Melayu adil.

"Namun, jangan mereka tidak bertimbang rasa kepada orang Melayu. Orang Melayu sebahagian besar berada di luar bandar, masih perlukan pertolongan daripada kerajaan melalui dasar yang menguntungkan semua pihak sebab kalau kita hendak laksanakan meritokrasi sepenuhnya, tak adil," katanya.

Najib juga menyeru golongan bumiputera agar menyesuaikan diri dengan struktur baru ekonomi melalui perhubungan yang konstruktif sesama mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan jadi 'enau dalam belukar'

Posted:

Jangan jadi 'enau dalam belukar'

Jangan jadi 'enau dalam belukar'

SHAH ALAM 19 Ogos - Para pemimpin politik Melayu di negara ini tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang diingatkan supaya sentiasa bersatu demi kelangsungan ekonomi dan tahap sosial bangsa itu.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana persaingan tidak sihat para pemimpin Melayu demi kepentingan politik masing-masing hanya akan merugikan bangsa tersebut secara keseluruhan.

"Saya takutkan kerakusan segelintir pemimpin masyarakat yang tidak amanah menjalankan tugas dan mereka menjadi penyumbang besar kepada kegawatan dan perpecahan bangsa.

"Bangsa kita dilihat telah terbahagi-bahagi, retak menunggu belah dan peluang ini sebenarnya telah diambil oleh segelintir masyarakat lain untuk menundukkan kerajaan bangsa kita yang memerintah.

"Masing-masing rakus untuk berkuasa dan menunjukkan kuasa dan kerana itulah ada di antara kita lebih bersifat individualistik umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja sempena Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UiTM di sini hari ini.

Sahol menjelaskan, masyarakat Melayu mungkin akan hilang segala-galanya pada masa depan termasuk negara sendiri jika terus berbalah sesama sendiri demi kepentingan politik kepartian yang tidak begitu signifikan.

Sebagai contoh, katanya, kegagalan Melayu untuk bersatu serta merancang telah mengakibatkan Singapura keluar dari Malaysia dan keadaan sama kini disaksikan di Pulau Pinang.

Katanya, keadaan di kedua-dua tempat itu menunjukkan Melayu kini semakin kehilangan kuasa politik dan identiti mereka kian terhakis.

"Tidak berapa lama dahulu, 90 peratus daripada penduduk Pulau Pinang adalah terdiri daripada orang Melayu, (namun kini) yang tinggal di Pulau Pinang, yang pulau itu sahaja, tidak termasuk di Seberang Perai, adalah 750,000 orang.

"Daripada 750,000 orang tersebut, hanya 249,000 sahaja orang Melayu. Kenapa begini?" soalnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Graduan Melayu, bumiputera terima gaji permulaan terkecil

Posted:

Graduan Melayu, bumiputera terima gaji permulaan terkecil

Graduan Melayu, bumiputera terima gaji permulaan terkecil

SHAH ALAM 19 Ogos - Para graduan Melayu dan bumiputera merupakan golongan terbesar yang menerima gaji permulaan terkecil sebaik sahaja memasuki pasaran kerja iaitu antara RM501 sehingga RM2,000 ke atas berbanding kumpulan etnik lain.

Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mat Noor Nawi berkata, berdasarkan statistik 2009, sebanyak 24 peratus daripada golongan itu menerima gaji antara RM501 hingga RM1,000; RM1,001-RM1,500 (29 peratus); RM1,501-RM2,000 (24 peratus) dan hanya 19 peratus menerima gaji RM2,000 ke atas.

Katanya, ia berbeza dengan 70 peratus graduan berketurunan Cina yang mendapat gaji permulaan antara RM1,501 hingga RM2,00 ke atas; RM1,001-RM1,500 (21 peratus) dan lapan peratus daripada mereka menerima antara RM501 hingga RM1,000.

Bagi graduan berketurunan India pula katanya, sebanyak 14 peratus menerima gaji permulaan antara RM501 hingga RM1,000; RM1,001 hingga RM1,500 (29 peratus); RM1,501-RM2,000 (28 peratus) dan sebanyak 27 peratus daripada mereka menerima gaji melebihi RM2,000.

"Sementara penyertaan bumiputera sebagai (ahli) lembaga pengarah di syarikat-syarikat besar adalah tinggi tetapi bukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

"Satu-satunya Ketua Pegawai Eksekutif bumiputera selain daripada di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di Shell," katanya semasa membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Dalam pembentangan itu, Mat Noor memetik pelbagai kajian dan laporan bebas antaranya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi Bloomberg, Bursa Malaysia dan penyiasatan pendapatan isi rumah 2009.

Bagi kategori pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut aktiviti dan kumpulan etnik pula katanya, masyarakat Melayu dan bumiputera yang bekerja sebagai majikan hanya memperoleh RM7,078 berbanding RM7,271 (India) dan RM8,559 yang diperolehi para majikan berketurunan Cina.

Menurutnya, untuk kategori pekerja sektor awam pula, kumpulan bumiputera memperoleh pendapatan bulanan purata sebanyak RM4,925; RM5,109 (India) dan RM6,288 bagi masyarakat Cina.

"Bagi yang bekerja sendiri, masyarakat bumiputera memperoleh RM2,487 diikuti India menerima RM3,717 dan Cina sebanyak RM4,561," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved