Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


6,000 pesara tentera belum daftar

Posted:

6,000 pesara tentera belum daftar

6,000 pesara tentera belum daftar

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@yahoo.com

KUALA TERENGGANU 19 Ogos - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM cawangan Kelantan dan Terengganu menggesa kira-kira 6,000 pesara tentera di sini yang belum berdaftar sebagai ahli persatuan itu supaya segera berbuat demikian.

Bekas Pengarahnya, Lt. Kolonel Musa Ali berkata, ia perlu bagi membolehkan hal ehwal kebajikan pesara berkenaan dan ahli keluarga mereka terjamin.

Katanya, ketika ini, jumlah pesara tentera yang berdaftar di kedua-dua negeri ini hanya sekitar 4,000 orang sahaja.

"Sehubungan itu, saya berharap agar veteran tentera ini segera mendaftarkan diri mereka dengan JHEV.

"Kalau bukan dengan JHEV pun, mereka masih boleh mendaftarkan diri dengan PBTM (Persatuan Bekas Tentera Malaysia) untuk masa depan mereka dan keluarga," katanya selepas majlis penyerahan bantuan hari raya sumbangan Yayasan Veteran ATM kepada anggota veteran ATM Terengganu di sini hari ini.

Hadir sama Penolong Pengarah 1 Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi JHEV, Kementerian Pertahanan (Kementah) Komander Jumali Jabon dan Pengarah JHEV cawangan Kelantan dan Terengganu yang baru dilantik, Mejar Abu Bakar Siddiq Sulaiman.

Pada majlis itu, seramai 64 penerima yang terdiri daripada veteran ATM berusia 72 tahun dan ke atas, balu serta anak-anak yatim menerima bantuan hari raya berjumlah RM500 setiap seorang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Siti Nor Batik sumbang pakaian raya

Posted:

Siti Nor Batik sumbang pakaian raya

Siti Nor Batik sumbang pakaian raya


Siti Nor Muhamad menyampaikan kain pakaian kepada seorang daripada 220 anak yatim Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.


KOTA BHARU 19 Ogos – Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap pemurah dan prihatin mereka kepada golongan yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini dan menjelang sambutan Aidilfitri.

Pelbagai pihak sama ada individu mahupun korporat tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama di kalangan anak-anak yatim dan miskin.

Turut tidak ketinggalan ialah pengusaha butik Siti Nor Batik di Jalan Bayam di sini yang tampil memberikan sumbangan pakaian raya kepada 220 anak yatim, 85 daripadanya penghuni Rumah Puteri Harapan Sabariah dekat sini.

Menurut pemilik butik berkenaan, Siti Nor Muhamad, beliau ingin berkongsi kegembiraan menyambut lebaran dengan menghadiahkan pakaian kepada anak-anak yatim tersebut.

Ini kerana katanya, hari raya memberi erti yang cukup besar kepada kanak-kanak dan beliau mahu menggembirakan mereka.

"Mereka pasti bergembira di hari raya nanti kerana dapat berpakaian baru dan berjumpa dengan saudara-mara dan rakan taulan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Selain menyampaikan sumbangan baju raya, kana-kanak tersebut turut diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah harapan terbabit.

Siti Nor memberitahu, dia juga mahu berkongsi kenikmatan hasil kemajuan perniagaannya yang semakin berkembang dengan golongan terbabit.

"Sebagai anak Kelantan, saya berbesar hati dapat memberikan sedikit perkhidmatan untuk anak-anak yatim di negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPV bantu pelajar khas berdikari

Posted:

MPV bantu pelajar khas berdikari

MPV bantu pelajar khas berdikari

PASIR MAS 19 Ogos - Mata pelajaran vokasional (MPV) seperti projek batik, perkhidmatan dobi dan ternakan ikan keli yang diajar kepada pelajar khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 di sini akan dapat membantu mereka mencari kerjaya selepas tamat pengajian kelak.

Penolong Kanan Pentadbiran Khas sekolah berkenaan, Johari Hashim berkata, projek MPV yang dilaksanakan sejak 12 tahun lalu pada mulanya hanya membabitkan pelajar seramai empat orang, tetapi kini bertambah kepada 94 orang.

"Kita menekankan empat MPV iaitu penternakan ikan, mencanting batik, penanaman orkid dan mendobi. Ternyata hasil yang diperoleh menunjukkan kesan positif bukan sahaja kepada pelajar pendidikan khas di sekolah ini, malah ia berjaya mengubah persepsi dunia luar tentang anak-anak orang kurang upaya (OKU)," katanya pada program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Sultan Ibrahim 2 di sini baru-baru ini.

Selaras dengan tema 'Insan istimewa cakna bersama', Johari berkata, meskipun pencapaian akademik di kalangan mereka agak terbatas, MPV dilihat memberi rangsangan positif kepada minda mereka untuk lebih kreatif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved