Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Sistem biometrik diguna hujung Jun

Posted:

Sistem biometrik diguna hujung Jun

Sistem biometrik diguna hujung Jun


Hishammuddin Tun Hussein menurunkan tandatangan plak sebagai simbolik perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sambil diperhatikan Abu Seman Yusuf (kanan) dan Ismail Omar di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 6 Jun – Kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya penggunaan teknologi biometrik sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini yang kini dianggarkan berjumlah kira-kira 2 juta orang, penghujung bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu, agensi penguat kuasa di negara ini akan dapat memantau serta mengenal pasti tujuan kemasukan setiap pendatang asing ke negara ini.

"Penggunaan biometrik ini penting untuk kita mengenal pasti tujuan kemasukan setiap pendatang asing ke negara ini agar mereka tidak memberi ancaman kepada negara.

"Kita tidak pasti sama ada mereka yang masuk ke negara ini betul-betul mahu bekerja atau melakukan jenayah. Sebagai contoh, seorang pengganas itu boleh membawa kemusnahan kepada sesebuah negara dan ini yang membimbangkan jika tidak ditangani.

"Untuk itu, kita memberikan mereka masa untuk tinggal di negara ini tetapi perlu mendaftar kerana sistem biometrik ini adalah satu mekanisme yang berkesan untuk mengesan golongan terbabit," katanya selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Teknologi biometrik mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari. Maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah.

Sistem kawalan imigresen melibatkan penggunaan teknologi biometrik ini secara menyeluruh mula dilaksanakan mulai 1 Jun lalu di 63 pintu masuk di seluruh negara.

Hishammuddin pada masa yang sama tidak menafikan kebaikan dokumen keluar masuk sedia ada seperti pasport tetapi dalam jenayah tanpa sempadan sekarang, penjenayah bijak menggunakan tipu helah dengan memalsukan dokumen perjalanan itu.

Oleh yang demikian, beliau memberitahu, sistem biometrik dilihat satu kaedah yang berkesan kerana ciri-ciri keselamatan seperti menggunakan cap jari adalah satu-satu atau sekurang-kurangnya bukti yang sukar untuk dipalsukan.

Beliau berkata, melalui sistem itu juga, pihak penguat kuasa dapat mengenal pasti mana-mana sindiket atau syarikat yang melakukan jenayah pemerdagangan manusia dengan membawa masuk PATI.

"Selain Malaysia, pelaksanaan sistem biometrik ini turut melibatkan kerjasama dengan beberapa negara lain yang dikenal pasti sebagai negara asal, negara transit dan negara destinasi pendatang terbabit. Kita melakukan risikan dan kajian selama setahun setengah sebelum melaksanakan kaedah terbaru ini.

"Kita mahu melaksanakan sistem ini terlebih dahulu sebelum kita pergi kepada proses sebenar iaitu mendaftarkan mereka atau menetapkan tempoh mereka boleh berada di negara ini kerana ia berkait rapat dengan sektor lain yang memerlukan perkhidmatan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1MDB tawar 500 biasiswa

Posted:

1MDB tawar 500 biasiswa

1MDB tawar 500 biasiswa

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


MOHAMED Nazri Abdul Aziz (kiri) ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (kanan) pada sidang akhbar mengenai biasiswa JPA di Bangunan Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Jun - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menawarkan sebanyak 500 pembiayaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 8A+ dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 300 biasiswa diperuntukkan kepada golongan bumiputera dan selebihnya adalah untuk bukan bumiputera.

"Selain cemerlang dalam akademik, syarat lain yang perlu dipenuhi untuk memperoleh biasiswa itu ialah pendapatan ibu bapa perlulah di bawah RM5,000 dan tidak menerima biasiswa daripada agensi atau jabatan lain.

"Sekiranya pelajar yang cemerlang akademik dan mendapat 8A+ ke atas telah menerima biasiswa, kami akan memberi tumpuan pula kepada mereka yang mendapat 8A dan 7A+ yang belum mendapat biasiswa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemberian biasiswa 1MDB di sini hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, bumiputera Sabah dan Sarawak juga tidak akan dipinggirkan dalam pemberian biasiswa tersebut dan tiada sesi temuduga dilakukan bagi memperoleh biasiswa itu.

"Kami memberi kelonggaran kepada pelajar di Sabah dan Sarawak di mana mereka yang mendapat 6A+ dan 5A+ layak menerima biasiswa setelah mengambil kira kekurangan kemudahan pendidikan di negeri tersebut," jelasnya.

Mohamed Nazri menambah, jumlah pembiayaan biasiswa yang ditawarkan adalah berbeza kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

"Jumlah pembiayaan yang diperuntukan untuk pengajian di IPTA ialah sebanyak RM7,500 manakala bagi IPTS pula sebanyak RM15,000 dan RM10,000 mengikut bidang pengajian," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks bahan bukti di mahkamah?

Posted:

Video seks bahan bukti di mahkamah?

Video seks bahan bukti di mahkamah?

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Jun - Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi meredakan isu berkenaan yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakkan isu video seks itu terus menjadi polemik serta dipolitikkan pihak berkepentingan seperti dilakukan Pas baru-baru ini.

"Dalam perkara ini biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan menentukan adakah video ini boleh dijadikan bahan bukti kerana dalam Islam perlukan empat saksi dan saksi itu mestilah saksi yang beriman.

"Saksi beriman ini adalah subjektif, adakah mereka yang sembahyang lima waktu sahaja atau mereka yang melakukan solat sunat melebihi orang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa sembahyang sunat lebih daripada orang lain, bukan berdasarkan dahi yang hitam," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid mengulas pendirian Pas yang mendakwa rakaman video seks dikaitkan dengan Anwar sebagai satu fitnah dan tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai mata serta telinga.

Ketika menutup Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina.

Dalam pada itu Khalid menegaskan, penggunaan video seks itu sebagai bahan bukti akan ditentukan di mahkamah menurut Akta Keterangan sekiranya terdapat sebarang kes mengenainya.

"Sama ada bahan itu boleh dipakai atau tidak, mahkamah akan menentukannya dengan dipandu oleh Akta Keterangan, kita mesti rujuk kepada undang-undang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved