Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Prihatin kebajikan anak yatim

Posted:

Prihatin kebajikan anak yatim

Prihatin kebajikan anak yatim

Oleh AZMAN MD.NOOR
utusankedah@utusan.com.my


AHLI Kelab Staf USM memasang bumbung baru pada premis Rumah Anak Yatim dan Miskin Baling di Kampung Teluk Teduri, Pulai, baru-baru ini.


BALING 6 Jun - Ke mana perginya mereka yang sering melaungkan soal kebajikan sehingga nasib anak-anak yatim dan miskin di sini masih terabai ?

Demikian keadaan yang menimpa 20 penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Baling di Kampung Teluk Teduri, Pulai di sini yang berdepan bahaya apabila bumbung bangunan asrama tersebut hanya menunggu masa untuk menyembah bumi dan roboh.

Setiap kali hujan lebat pula, anak-anak malang itu terpaksa tidur dalam air hujan berikutan atap bumbung bangunan asrama berkenaan bocor pada hampir keseluruhan bangunan terbabit.

Malah keadaan bumbung bocor turut berlaku di bangunan kantin sehingga pelajar tidak dapat makan di kantin kerana bimbang bumbung akan runtuh.

Penyelia asrama terbabit, Norazmi Nordin berkata, keadaan menyedihkan itu telah berlarutan sejak setahun lalu kerana tiada pihak berkuasa termasuk wakil rakyat memberi perhatian kepada masalah rumah anak yatim berkenaan.

"Kita telah kemukakan permohonan kepada kementerian berkenaan dan turut merayu kepada wakil rakyat tetapi semuanya tidak memberikan sebarang jawapan," katanya di sini baru-baru ini.

Norazmi berkata, pihaknya bimbang jika berlaku tragedi melibatkan nyawa penghuni asrama dan pihak berkenaan pasti akan menuding jari kepada pihak pengurusan asrama.

"Ada penghuni patah tangan akibat terjatuh kerana lantai yang licin baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, rumah anak yatim dan miskin itu ditubuh dan diletakkan di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Amanah Masyarakat.

"Kami berharap ada pihak menghulurkan bantuan kerana anak-anak yatim dan miskin ini hidup dalam kebimbangan," katanya.

Sementara itu, luahan rasa penghuni rumah kebajikan terbabit sekurang-kurangnya didengari oleh warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang tampil menghulurkan bantuan.

Kira-kira 50 kakitangan dari Kelab Staf Pembangunan USM mengadakan program amal secara gotong-royong membaiki sebahagian bumbung bocor, membersih kawasan, mengecat dan membaiki sebahagian lampu di bangunan asrama anak yatim berkenaan.

Menurut setiausahanya, Shakina Samsudin, program itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial yang cuba dilaksanakan kelab tersebut untuk masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bengkel baiki generator terbakar

Posted:

Bengkel baiki generator terbakar

Bengkel baiki generator terbakar


ANGGOTA bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah bengkel baik pulih generator di Jalan Baru, Bukit Mertajam, semalam.


BUKIT MERTAJAM 6 Jun - Sebuah bengkel membaiki generator terletak bersebelahan Taman Pauh Jaya, Jalan Baru di sini hangus dalam kebakaran membabitkan kerugian kira-kira RM50,000 hari ini.

Turut musnah termasuk sebuah stor dan sebuah pejabat milik Chin Tat Generator Supplier yang sudah beroperasi lebih 15 tahun.

Kebakaran berlaku ketika pemiliknya, Lim Guan Heng, 71, melakukan kerja-kerja membaiki sebuah generator di luar kawasan tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.

Bagaimanapun, api dapat dipadam dalam masa setengah jam oleh 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bandar Perda dan Bukit Mertajam.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Zarain Mohd. Lazim berkata, kerja-kerja memadam api mendapat kerjasama anggota bomba sukarela dari beberapa tempat di sini.

"Sebaik sahaja menerima panggilan, anggota bomba terus bergegas ke tempat kebakaran dan apabila sampai, api mula merebak ke beberapa bahagian dalam bengkel itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesakit rayu bantuan

Posted:

Pesakit rayu bantuan

Pesakit rayu bantuan


MOHD. Zamani Jamaludin (tengah) yang menderita sakit buah pinggang dikunjungi jiran di rumahnya di Kampung Lahar, Bongor,Baling, Kedah, baru-baru ini.


BALING 6 Jun - Seorang pesakit buah pinggang, Mohd. Zamani Jamaludin dari Kampung Lahar, Mukim Bongor di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai kos rawatan penyakit yang dihidapinya itu.

Zamani, 27, kini terpaksa bergantung kepada isterinya, Romaizah Yahya, 25, untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana sudah tidak mampu bekerja sejak menghidap penyakit itu sembilan bulan lalu.

Selain itu, Zamani juga terpaksa bergantung harap kepada wang simpanan yang semakin berkurangan untuk membiayai kos rawatan dialisis setiap dua hari sekali dengan kos RM200 bagi sekali rawatan di sebuah hospital di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Zamani berkata, akibat penyakit itu, dia mengalami kesakitan seluruh badan dan terpaksa meminta pertolongan ahli keluarga untuk mengurutnya setiap kali diserang sakit itu.

Beliau berkata, pada mulanya dia mengalami demam biasa dan tidak mengesyaki mengalami penyakit sampingan sebelum mendapatkan pemeriksaan susulan di Hospital Bukit Mertajam dan disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

"Saya demam berpanjangan dan tidak sembuh walaupun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan klinik swasta sehingga pakar perubatan mengesahkan saya menghidap penyakit buah pinggang.

"Saya terpaksa berhenti kerja sebagai peniaga kerana kerap sakit menyebabkan seluruh badan terasa sakit yang kuat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zamani berkata, dia tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membiayai kos rawatan dialisis yang mencecah sehingga RM3,000 sebulan termasuk ubat.

"Saya bergantung kepada isteri untuk mencari nafkah yang bekerja sebagai operator kilang untuk menyara seisi keluarga, termasuk anak yang bersekolah," katanya.

Beliau berkata, anak-anaknya, Shazril Fazrin, 8, bersekolah dalam tahun dua di Sekolah Kebangsaan Bandar Perda manakala Shazlin Farhana, 6, belajar di tabika dan Sazana Farisha, 4, masih belum bersekolah.

Sementara itu, Romaizah berkata, dia terpaksa menggalas tanggungjawab itu untuk membantu suami selain memastikan anak-anaknya mendapat pelajaran sempurna.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Romaizah Yahya nombor 152050240258.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved